Saya yakin sebahagian besar pemimpin tua dan muda yang ada sekarang duduk dalam Parlimen merasai tindakan daripada AUKU ? Kebanyakannya dari UMNO, PAS, ..parti lain saya rasa tak banyak. Kalau ada mungkin bukan kerana bersuara.... tetapi saya yakin kebanyakan pemimpin yang lahir daripada AUKU lebih ketrampilan kerana mereka telah terbukti keberaniannya, berwawasan, berani mengambil risiko kerana kebenaran dan kepercayaan idealisma yang dibina dalam jiwa mereka.. betul atau tidak, itu soal lain. Yang penting mereka membuktikan bahawa AUKU tidak pernah menghalang mereka menjadi pemimpin, malah mereka lebih perihatin dan bertanggungjawab dengan kepimpinannya.Curahan minda dan rasa terhadap isu semasa. Komentar,pandangan serta idea berkaitan dengan pembangunan belia dan generasi baru ke arah lebih cemerlang mengikut acuan tradisi Islam dan Melayu.
Friday, December 12, 2008
AUKU atau AUTU
Saya yakin sebahagian besar pemimpin tua dan muda yang ada sekarang duduk dalam Parlimen merasai tindakan daripada AUKU ? Kebanyakannya dari UMNO, PAS, ..parti lain saya rasa tak banyak. Kalau ada mungkin bukan kerana bersuara.... tetapi saya yakin kebanyakan pemimpin yang lahir daripada AUKU lebih ketrampilan kerana mereka telah terbukti keberaniannya, berwawasan, berani mengambil risiko kerana kebenaran dan kepercayaan idealisma yang dibina dalam jiwa mereka.. betul atau tidak, itu soal lain. Yang penting mereka membuktikan bahawa AUKU tidak pernah menghalang mereka menjadi pemimpin, malah mereka lebih perihatin dan bertanggungjawab dengan kepimpinannya.Thursday, November 27, 2008
Dailog Muslim-Kristian keperluan dalam era ini?

Baru-baru ini saya mengikuti bicara daripada Prof Dr Cristian Troll, berkaitan dengan contemporary Muslim Cristian Dialoque with special reerence to
Namun bagi kehidupan sebenar kita tidak boleh lari dari bertembung diantara satu sama lain. Kerana kedua-dua merupakan agama misi. Penganut yang mempunyai berbagai ragam berlatarbelakang sejarah, sosial dan ekonomi, ianya memberi berbagai bentuk reaksi dalam memahami diantara satu sama lain.
Namun begitu, banyak persamaan dari menilai kehidupan dalam kepercayaan kedua-dua agama ini yang diperkembangkan. Bagaimana pertemuan komunikasi ini boleh berlaku secara keseluruhannya, ianya menjadi cabaran seterusnya umat ini.
Saya merasakan peranan orang politik tidak kurang pentingnya dengan golongan agamawan dalam merancakkan engagement ini. Kita tidak boleh membiarkan sesetengah golongan mengambil kesempatan dengan kekurangan yang ada, mengadu domba umat bag kepentingan diri (populariti) dan politik.
Dan penting juga difikirkan pengalaman kita dalam berhadapan isu ini, kerana pengalaman kita mungkin juga perlu difahami bahawa kita ini semuanya convertors....kita bukan Arab atau Inggeris, kita melayu Islam/kristian bangsa cina, india dan peribumi yang mempunyai tolerance yang tinggi....
Friday, November 21, 2008
Mengapa mesti ada pertarungan...
Dalam membina sebuah negara yang maju dan progresif, perbahasan berkaitan dengan isu-isu yang perkauman seharusnya ada noktah. Kita sudah sepakati persoalan dan hujah yang mengaitkan kita dengan isu ras ini, namun kita tidak harus juga lupa dalam mempertahankan mana-mana kaum penilaian utama kita ialah nilai sejagat iaitu keadilan dan kebenaran.
Apakah debat, perbahasan idea ini, meningkatkan perpaduan kaum ? keamanan? Apakah ianya menjamin kesejahteraan dan kepuasan untuk semua orang ? Apakah ianya boleh menyebabkan kita semua merasa serong diantara kita? Mungkin di dunia luar /barat perbahasan akademik sedemikian tidak dilanjut oleh orang politik sebagai bahan mengaut keuntungan sokongan, tetapi di negara ini, perbahasan akademik turut juga dimainkan oleh segolongan orang yang digunakan oleh orang politik atau golongan tertentu untuk menjadi jurucakap mereka. Amat malang sekali, sekiranya perbahasan dalam mencari kebenaran serta mencari ruang-ruang untuk perubahan menjadi medan kecaman, penghinaan, menanam kebencian serta mengundang kepada msyarakat yang tidak stabil.
Friday, November 07, 2008
Obama akhirnya ke "White House"

Democrat memang dijangka menang jika melihat polar mengundi cara Amerika, mereka sering bertukar daripada Republican ke Democrat atau sebaliknya. Bagi mereka penukaran ini membolehkan mereka melihat perubahan yang mamu dibuat oleh parti yang memerintah itu.
Namun demikian, berbeza kali ini, sekiranya calon Democrat berkulit putih, sudah pasti orang tidak peduli dan penukaran kepada parti democtrate itu biasa. Tetapi calon kali ini ialah, Obama yang berkulit hitam, sudah pasti ianya menarik perhatian rakyat Amerika sekaligus dunia.
Menurut penganalisa politik, Obama berupaya menarik kembali undi wanita, blue collar, religious, non white dan pengundi muda. Pengundi muda yang menjadi mengundi baru, punyai semangat untuk membuat perubahan kerana sudah bosan dengan perbuatan Bush yang tidak memperdulikan masyarakat dan suka peperangan. Malah pengundi “non white atau non american (asia,
Strategi kempen yang cekap dan kewangan yang mantap membolehkan mereka merangka perancangan yang baik. 240 juta telah dibelanjakan oleh Obama dalam kempen kali ini untuk pengiklanan dari lebih 600 juta dikumpul dari sumbangan. Dan selebihnya untuk pentadbiran dan acara untuk orang ramai.
Akhirnya mereka berjaya membawa Obama ke White House. Dan ternyata sekali ”white” tidak menjangka Obama boleh menang, dan baru mereka sedari pilihan orang tua, 71, McCain dan Palin (wanita muda dan banyak isu) adalah salah dibandingkan Obama 47 tahun dan pandai berbicara. Kita lihat bagaimana kesudahan pemimpin ini .....Maybe he should change white House to First/America House...but definately not Black House..
Wednesday, October 15, 2008
Kualiti Harapan untuk Pemimpin Baru…
- Berikan tolenrasi kepada pihak lawan siasah, hargai saranan mereka, puji atas kebaikan , maklumkan pada mereka sekiranya mereka melontar kritikan keras dan kebencian peribadi, manafaat kesempatan untuk memahami antara satu sama lain, berikan hak sesuai dengan keadilan dan undang-undang. Buangkan sifat egoism, kebencian, tanamkan sifat berlapang dada, bersatu dan tolong menolong.
- Teruskan jalinan erat dengan rakyat dengan ziarah dengan sederhana dan kerendahan jiwa, jauhkan fomaliti yang berlebihan, bicara dengan urusan penting mereka.
- Jauhkan diri dari rasuah. Buangkan sikap nepotism dan kronism keterlaluan. Bicara iklas dan telus dalam tindakan. Rasakan amanah kepimpinan dengan kemuliaan, kebenaran dan menghormati keadilan.
- Tahan diri dari bermewah-mewah., pembaziran dan elaun besar. Mulakan dengan pempinan peringkat tertinggi. Biarkan kita merasakan kesusahan dan kesulitan agar jiwa dapat merasai jiwa rakyat.
- Fokus kepada ekonomi dan hindarkan kemiskinan rakyat. Usahakan pembangunan ekonomi rakyat , peluang kepada rakyat untuk merasai kehidupan yang lebih baik. Sesungguhnya kemiskinan akan mendekatan lagi kepada huru hara.
- Bersikap tegas dengan hal berkaitan dengan negara. Terus terang dengan rakyat sikap ini. Teruskan interaksi dan mengambil pandangan rakyat.
- Lindungi syariat, hindari perkara yang boleh mendatangkan mudarat keada rakyat, didik rakyat dengan kesopanan, berbudi tinggi, berilmu. Laksanakan dengan bijaksana.
”Sebaik-baik pemimpin kamu yakni pemegang kendali pemerintahan kami ialah orang yang kamu cintai dan mencintai kamu, mendoakan kebaikanmu dan kamu doakan kebaikan untuk mereka. Sedangkan seburuk-buruk pemimpin kamu ialah yang kamu benci dan membenci kamu, yang kamu kutuk dan mengutuk kamu” (HR Muslim).
Perubahan kepimpinan yang akan berlaku harus mengambil iktibar dan marilah kita jadikan nasihat ini sebagai pedoman dan kepada gerakan dakwah , teruskan dakwah dalam menjadikan negara kita lebihdiberkati dan mendapatkan keampunan Allah s.w.t
Tuesday, October 14, 2008
Politik dan Perkauman..dimana noktahnya
Mr. Lewis's remarks outraged some of Mr. McCain's supporters and other Republicans. Race is indisputably a backdrop against which this campaign has unfolded, they agree, but that does not mean opposing Mr. Obama or using harsh words is racist."At first I was open to Obama because I thought we needed new thinking about jobs and the economy," said Burton Reed, a Republican at the rally here. "But the more I heard about him, the more worried I became. He says he's Christian, but I hear he's Muslim. And he just doesn't sound pro-U.S.A. I kind of question his devotion to this country."
Monday, October 06, 2008
Hindraf dan sikap fanatiknya....

Apabila golongan fanatik hindraf melanggar peraturan budaya
Apakah perasaan mereka apabila hari kebesaran mereka dicerobohi dengan tindakan menghina dan memalukan tuan rumah. Saya rasa mereka akan mula bertindak kasar, seperti memulakan pergaduahn, tetapi umat Islam telah menunjukkan sikap yang cukup toleran dan sabar yang tidak membawa kepada pergaduhan kepada tempohari. Sekiranya ada diantara mereka yang kurang sabar, saya rasa kita akan melihat pergaduhan secara meluas di seluruh negara.
Kebencian akan dibalas dengan kebencian. Sudah tiba masanya kaum India menilai semula sokongan mereka kepada golongan berkepentingan Hindraf ini. Mereka mungkin diwakili oleh mereka yang tidak pernah merasa hidupa dengan masyarakat di Malaysia, mempunyai jiwa yang sakit, serta akal yang tidak sempurna. Malanglah kaum ini, sekiranya pemimpin mereka berjaya menggunakan mereka untuk kepentingan dan kedudukan mereka....malang sungguh. Jangan kita terperangkap dengan usaha mereka dan mesti ditangani dengan pendedahan yang sebenar.
Friday, September 26, 2008
Perpaduan Rakyat Malaysia: Kesedaran Generasi Muda
Barangkali perpaduan adalah satu kalimah yang sudah terlalu lazim dicanang (over-used). Malah, tema sambutan kemerdekaan negara ke-51 baru-baru ini turut berbunyi ”Perpaduan Teras Kejayaan”. Soalnya kini, apakah sebenarnya yang kita maksudkan dengan kalimah ”perpaduan”?Kamus Dewan menyatakan bahawa perpaduan adalah keadaan atau hal berpadu. Ia turut membawa makna persatuan, permuafakatan, perjalinan, percantuman, dan pergaulan . Ia menggambarkan suatu hubungan di antara sesama insan; mempunyai sesuatu yang menyakinkan bagi kedua-dua pihak untuk bercantum dan berpadu. Dalam ertikata lain, perpaduan perlu ada sesuatu yang lebih besar yang perlu dikongsikan secara bersama bagi membolehkan mereka bersatu.
Sehubungan ini, kita sering diperingatkan bahawa manusia diciptakan berbeza-beza di antara satu sama lain (al-Hujurat: 13) bukannya untuk melakukan kerosakan tetapi untuk kenal-mengenali, saling memahami dan menjalin hubungan persaudaraan agar kita dapat menunaikan amanah sebagai pemimpin (khalifah) di bumi ini.
Walaupun demikian, kepimpinan masih merupakan tunjang utama memastikan perpaduan dan keamanan sesebuah negara. Sebab itulah tanggungjawab dan amanah terletak di bahu para pimpinan. Mereka seharusnya bertindak mengikut kaedah tasharruf al-imam ’ala al-ra’iyyah manuth bi mashlahah (seluruh kebijakan dan tindakan pemimpin terhadap rakyat haruslah bersumber kepada kepentingan mereka) bagi memastikan urusan rakyat dapat diselesaikan dan kekayaan serta peluang diagihkan secara adil dan saksama. Dengan kaedah ini barulah urusan rakyat dapat diadili dengan baik.
Bagi generasi muda di Malaysia, memang susah untuk digambarkan pentingnya perpaduan, keamanan, kesefahaman dan kestabilan bagi sesebuah negara. Pertama, sejak merdeka, negara kita terus-menerus membangun pesat, aman serta stabil ekonominya. Sikap generasi muda tidak prihatin berkomunikasi diantara kaum. Kedua, generasi muda yang ada sudah mempunyai standard yang boleh dibandingkan dengan negara lebih maju; maka nilai dan pandangan mereka sudah jauh berbeza dalam sesuatu isu. Ketiga, generasi muda tidak mahu bergantung kepada sejarah kerana kesannya kepada mereka amat minimal sekali. Barangkali inilah sebabnya generasi muda tidak lagi bergantung kepada bebanan sejarah (historical baggage) yang kononnya, mungkin akan melambatkan reformasi.
Walaubagaimanapun, melakarkan kegemilangan masa depan tidaklah semudah itu. Ianya melibatkan manusia dengan dinamika zaman dan sejarahnya. Ia punya permulaan dan penghujungnya. Setiap sesuatu yang berlaku akan dicatatkan sebagai sejarah, kecil atau besar, dan tertakluk kepada pelakunya.
Generasi muda harus faham bahawa dengan sejarah kita wujud; dengan sejarah jugalah kita dapat meraih kemerdekaan; dan dengan sejarahlah kita dapat kenal erti kehidupan. Apa yang kita dapat rasai hari ini adalah hasil permuafakatan bersama di antara pelbagai kaum dan agama yang ada dalam negara kita.
Kita tidak perlu mengambil sejarah orang lain untuk dihujahkan bagi melakukan perubahan. Perkara pokok ialah bahawa keamanan dan kestabilan yang kita ada tidak harus digadaikan dengan perbezaan ideologi serta pemahaman kebebasan yang melampau hanya di atas nama demokrasi. Sewajarnya generasi mudalah yang harus memulakan dialog dan perbincangan secara terbuka, berlapang dada, dengan ilmu dan bersedia bertolak ansur serta mengerti kedudukan kita dalam membina negara baru untuk alaf baru!
Wednesday, September 24, 2008
Akta Perhubungan Kaum-keperluan?

Dalam kegawatan perhubungan kaum di negara ini, umpama a time bom, pernah Lim Kit Siang ungkapkan dalam bukunya. Beliau tahu bahawa semakin lama sentimen perkauman di kalangan so call minority ini akan melonjak dan mula melihat bahawa apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selama ini tidak betul.
Ini semua telah dirancang secara teliti, konsisten oleh kumpulan atau parti tertentu, ditambah dengan bantuan luar dan seterusnya kelemahan keupayaan pemerintah untuk menjalankan tanggungjawab secara bersih, cekap dan amanah. Semuanya ini membawa perpecahan yang semakin jelas dan keretakan mula nyata seperti jambatan kepong -MRR2.
Akta perhubungan kaum mula dicadangkan bagi mengawalselia sikap melampau dikalangan individu atau kumpulan yang memang gemar membawa api untuk membakar semangat perkauman. Dalam sejarah, isu perkauman merupakan isu yang cukup rapuh dan mudah merebak serta melibatkan komposisi masyarakat yang besar. Sudah pasti akta ini akan membantu.
Namun akta seharus berada dalam paksi prevention, education, promotion peace. Bukan untuk mengenakan hukuman kepada pesalah. Cabarannya, bagaimana ianya di laksanakan secara adil, serta tidak bercangah dengan perlembagaan dan persepakatan awal. Dan ianya tidak sekali-kali usaha untuk menyentuh perkara-perkara dalaman berkaitan urusan dalam agama.
Walaupun ianya banyak caaran, akta ini janganlah jadikan alasan untuk kita bersama-sama mengekalkan keamanan dan kestabilan. Sebenarnya kefahaman, dailog serta kerjasama diantara kaum secara natural sebenarnya berjaya dalam mengekalkan semua ini. Akta ini hanya guideline.
Bila kah semua ini akan kembali normal, ....ini semua gara-gara kepimpinan yang mencelarukan masyarakat.
Friday, September 19, 2008
911 dan kebencian yang akan berlarutan
Peringati peristiwa 911 secara besar-besaran oleh Amerika, boleh merupakan tindakan patriotik. Mengingat peristiwa bagaimana musuh menghancurkan simbol demokrasi Amerika dan mereka yang terkorban serta mereka yang bekerja keras bagi dalam operasi menyelamat. Ianya suatu peristiwa kedukaan kepada rakyat Amerika, terutama kepada mangsa-mangsa kejadian terebut.
Memang 911 satu tragedi. Tetapi Amerika menjadikan ia sebagai satu simbol keganasan (terrorism) dan ianya juga mengingatkan kepada siapa dan agama yang dianuti oleh ”pengganas” itu. Apakah dengan menperingati 911 akan mendalamkan konflik pra sangka, konflik perkauman, rasa kebencian dan kemarahan rakyat Amerika kepada golongan ini. Dan juga ianya juga akan berjaya menanam keyakinan terhadap bangsa Amerika itu sendiri sebagai bangsa yang baik, kuat dan berupaya membunuh sesiapa sahaja yang cuba menghalang tujuan mereka. Yang penting ianya juga simbol kejayaan Bush dalam agendanya mencuri minyak Iraq.
Apakah ini mesej yang hendak disampaikan ? Dan malangnya kita tidak dapat menafikan perkara ini akan berlaku seperti kaum Jew mengingati peristiwa Holocaust yang akhirnya meminta seluruh dunia mengakuinya sebagai alasan mereka untuk melakukan apa sahaja kekejaman, penindasan, kemusnahan, pembunuhan kepada musuh mereka.
Dunia tidak akan aman....kebencian kerana kaum, agama akan berterusan.