Monday, October 06, 2008

Hindraf dan sikap fanatiknya....

Apabila golongan fanatik hindraf melanggar peraturan budaya Malaysia sempena umat Islam sedang merayakan hari kemenangan spritual dan simbolik perjuangan Islam, telah membangkitkan rasa marah umat Islam. Jelas menunjukkan bahawa keangkuhan iblis mula menguasai ego manusia dengan tidak memperdulikan lagi nilai-nilai hormat diantara satu sama lain. Memang sudah menjadi tabii, apabila manusia dikuasai oleh segelintir orang yang mempunyai kepentingan peribadi dan konon-nya mempunyai hak, menjadi suatu yang akan mencetuskan kemarahan serta mungkin tindakbalas.

Apakah perasaan mereka apabila hari kebesaran mereka dicerobohi dengan tindakan menghina dan memalukan tuan rumah. Saya rasa mereka akan mula bertindak kasar, seperti memulakan pergaduahn, tetapi umat Islam telah menunjukkan sikap yang cukup toleran dan sabar yang tidak membawa kepada pergaduhan kepada tempohari. Sekiranya ada diantara mereka yang kurang sabar, saya rasa kita akan melihat pergaduhan secara meluas di seluruh negara.

Kebencian akan dibalas dengan kebencian. Sudah tiba masanya kaum India menilai semula sokongan mereka kepada golongan berkepentingan Hindraf ini. Mereka mungkin diwakili oleh mereka yang tidak pernah merasa hidupa dengan masyarakat di Malaysia, mempunyai jiwa yang sakit, serta akal yang tidak sempurna. Malanglah kaum ini, sekiranya pemimpin mereka berjaya menggunakan mereka untuk kepentingan dan kedudukan mereka....malang sungguh. Jangan kita terperangkap dengan usaha mereka dan mesti ditangani dengan pendedahan yang sebenar.

1 comment:

Daniel Alexander said...

apa yang boleh saya perkatakan di sini kalau bukan...penulisnya cukup mempunyai nilai & pegangan yang tinggi kepada umatnya sehinggakan kabur terhadap perjuangan kaum lain :) suka saya menyatakan di sini bahawa saya tidak menyetujui cara penyokong Hindraf menyampaikan memorandum kepada PM di pwtc tempoh hari tetapi soalan yang berbangkit di sini ialah...adalah terdapat platform untuk menyuarakan pendapat perjuangan mereka kalau bukan demostrasi & kunjungan yang tidak dijemput! saya menyanjung sikap terbuka PM yang menerima mereka :)