Wednesday, March 13, 2013

Kisah dari Seerah


  • Dalam peperangan badar , dari maklumat inteligen meaklumkan bahawa lebih 1000 orang kaum musyikirin sedang berkumpul di Al Udwat Al Quswa, untuk memerangi kaum muslim di Madinah.  timbul rasa cemas di kalangan kaum di Madinah, yang terdiri daripada Ansar dan Muhajirin, apakkah perlu mereka berperang atau  tidak.
  • Ada 4 orang sahabat yang bangun Saydina Abu Bakar, Umar, Al Miqdad  (wakil kaum Muhajirin) dan Sa,ad bin Mu'adh (wakil Ansar ) menyatakan pendirian penting dalam sejarah.
  • Walaupun dalam keadaan ujian sebegitu, boleh saja Rasulullah terus mengarahkan peperangaan, siapa yang berani menentang, namun Rasulullah mengambil pendekatan konsultasi,berbincang, bermuzakarah untuk mengambil pandangan sahabat seperjuanngannya.
  • Baginda Rasulullah saw bersabda "Ashiru 'alaya aiyyuhannas"kepada sahabat untuk mendapatkan pandangan sahabat dalam mesyuarat.
  • Al Miqdad , wakil daripada kaum Mujahirin menyatakan pendiriannya yang cukup menyakinkan  , bahawa kami tidak akan berkata sebagaimana kaum Israel berkata Nabinya, " pergilah kamu kepada tuhanmu dan berperang kami akan tinggal di sini tetapi kami akan berkata, pergi lah berjuang dan kami akan berperang bersama mu.."izhab anta wa rabbuka, faqaatila inna ma'akuma muqatilun".
  • Manakala dalam perjanjian diantara Rasulullah dan orang Madinah, mereka tidak perlu keluar berperang, hanya perlu mempertahankan di dalam Madinah sahaja namun apabila Rasulullah bertanya, dengan cepat Sa'ad bin Mu'adh menjawab mereka bersedia bersama sama dalm perjuangan mempertahankan agama demi Allah dan Rasul.
  • Ini lah perlu kita fahami, dalam situasi apa pun, konsultasi itu perlu bagi memastikan apa yang kita lakukan betul untuk mendapatkan pandangan dan sokongan dari yang lain. Terutama sekiranya melibat orang lain. Mungkin pandangan dan idea orang lain mungkin ada yang lebih baik dari kita. namun dalam peristiwa ini, komitmen yang paling utama.
  • dan komitmen memudahkan pennyusunan strategi dan pengorbanan.