Friday, November 21, 2008

Mengapa mesti ada pertarungan...

Dalam membina sebuah negara yang maju dan progresif, perbahasan berkaitan dengan isu-isu yang perkauman seharusnya ada noktah. Kita sudah sepakati persoalan dan hujah yang mengaitkan kita dengan isu ras ini, namun kita tidak harus juga lupa dalam mempertahankan mana-mana kaum penilaian utama kita ialah nilai sejagat iaitu keadilan dan kebenaran.

Ada perkara yang perlu diubah disebabkan kerosakan yang dilakukan olehnya, tetapi ada perkara yang boleh kita baiki bersama tanpa mencabut akarnya. Kalau kita mencari jalan bagaimana kerjasama untk semua dapat menikmati kemakmuran, keamanan dan keadilan dalam negara ini, sudah pasti kita mampu bersetuju dengan perkara-perkara asas yang tidak perlu lagi kita pertikaikan.

Apakah debat, perbahasan idea ini, meningkatkan perpaduan kaum ? keamanan? Apakah ianya menjamin kesejahteraan dan kepuasan untuk semua orang ? Apakah ianya boleh menyebabkan kita semua merasa serong diantara kita? Mungkin di dunia luar /barat perbahasan akademik sedemikian tidak dilanjut oleh orang politik sebagai bahan mengaut keuntungan sokongan, tetapi di negara ini, perbahasan akademik turut juga dimainkan oleh segolongan orang yang digunakan oleh orang politik atau golongan tertentu untuk menjadi jurucakap mereka. Amat malang sekali, sekiranya perbahasan dalam mencari kebenaran serta mencari ruang-ruang untuk perubahan menjadi medan kecaman, penghinaan, menanam kebencian serta mengundang kepada msyarakat yang tidak stabil.

No comments: