Thursday, November 27, 2014

Orang muda masuk parti

1. Dalam perbahasan pemuda UMNO baru baru ini, banyak berbicara mengenai orang muda agar berada dalam parti. Malah banyak kesimpulan dibuat bahawa ramai anak muda lebih tertarik pada parti pembangkang sehingga menimbulkan kegusarankepada kepimpinan parti.

2. Maka timbullah banyak cadangan bagaimana menarik anak muda kepada parti. dan perjuangannya. Isunya, usaha-usaha yang diutarakan berlegar kepada perkara lama yang telah dibincangkan,  Salah satu dari cadangan untuk memberi peluang kepada mereka ini jawatan serta mengetuai pelbagai jawatanparti atau agensi kerajaan.

3. Perkara ini bukan suatu yang mudah, ianya mengambil masa yang panjang dan juga kepercayaan ahli parti yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Ia nya juga berkaitan rapat dengan kemampuan, keberanian serta kemahiran yang baik bagi membolehkan kepimpinan akan menjadi lebih berkesan.

4. Sebenarnya yang lebih penting ialah UMNO perlu menerima hakikat ramai anak muda tidak mahu terlibat dalam parti secara langusng. Mereka mempunyai pendapat dan kaedah masing-masing dalam menyatakan keperihatinan mereka. Sudah menjadi resam anak muda yang memang serntiasa agresif dengan pemerintah tetapi bukan semua perkara mereka tidak setuju .

5. Hakikatnya, orang muda  tidak juga berduyun-duyun ke parti pembangkang. Mereka (dipihak) cuma nampak lebih agresif dan berjaya menanam kekeliruan dalam isu-isu berbangkit. Kelembapan serta tak ramai pimpinan yang berketrampilan yang berani serta diyakini menangani isu-isu tersebut. Nampak tewas di mata umum, tidak memberi kebaikan kepada parti pemerintah.

5. Engagement, - sentiasa berdailog ,berkomunikasi serta menjelaskan melalui berbagai kaedah dengan anak muda agar mereka memahami isu dengan baik. Mereka sudah tentu berpuashati sekiranya apa yang .berada dalam minda mereka dapat disantuni dengan bijaksana. 

6. Yang penting ialah apabila mereka mengambil keputusan untuk memilih sewaktu pilihanraya akan memihak kepada UMNO dan BN. Itulah yang utama. Maka usahalah dengan sungguh-sungguh dan dailoglah dengan baik, dekati anak muda dari berbagai lapisan masyarakat, duduklah dan makanlah bersama mereka, berilah contoh tauladan yang baik. Mudah-mudah keikhlasan yang baik akan membuahkan hasil yang baik jua.


No comments: