1. Dalam Perhimpunan UMNO juga menekankan tentang pendekatan bagaimana menarik kembali kepercayaan orang ramai kepada parti UMNO. Cadangan, saranan serta contoh telah dikemukakan dalam perhimpunan. Tapi persoalannya, apakah ianya suatu retotrik semata-mata atau boleh dilaksanakan ?
2. Dalam kepimpinan Pemuda , Puteri dan Wanita , rata-rata menyedari betapa perlunya mereka berada dalam masyarakat. Sedangkan memang akar umbi UMNO itu dalam masyarakat, tetapi pendekatan dan sikap yang mungkin berbeza.
3. Sikap apa?
- Sikap berpoya-poya
- Sombong yang tak pandai,
- Bercakap besar,
- Kroni yang keterlaluan,
- Berpura-pura
4. Sikap ini menular sehingga yang muda dalam kepimpinan. Dengan alasan, "yang tua boleh , tak kan aku tak boleh" . Yang tua, dulu baik sekarang sudah berbeza/sudah berubah.
5. Bolehkah orang dalam kepimpinan UMNO berubah? Sudah tentu boleh. UMNO didokongi oleh orang Melayu yang sememangnya kaum yang mudah berubah ke arah kebaikan..kerana ada asas yang kukuh dalam Melayu dan roh Islamnya. Perbaikilah. Tak susah.
6. Kalau kita bersedia untuk menjadi pemimpin, jadikan kita mampu dijadikan sebagai contoh tauladan.
No comments:
Post a Comment