Tuesday, May 16, 2006

Stupid Act, My .......!



Apabila terbaca muka hadapan terpampang di NST pada 16 Mei 2006, “STUPID ACT” oleh YB Dato Nazri Aziz (what’s name), saya bertanya dengan rakan-rakan NGO “what’s happening?. Dengan selamba mereka menjawab “ Stupid Act, My ass”. Terpinga-pinga saya. Terperanjat respons yang telah diberikan. Mereka kata itulah jawapan kepada keangguhan menteri ini. Bukan ini saja yang berlaku, banyak perkara yang telah beliau buat mengelirukan orang ramai. Macam lalang. Nak kata strategik pun tak nampak pulak. Nak kata salah lapor, memang semua orang tahu dia perangai macam tu kut. Dalam rancangan TV2, pengacara semasa membaca akhbar tersebut, beliau menyatakan dengan selamba bahawa mengapa kita tidak boleh bercakap, it is free country anyhow. Saya setuju, negara kita sekarang bebas, boleh kata apa saja asalkan jangan hentam kerajaan, sudah. Saya berpendapat demonstrasi yang mereka lakukan adalah suatu cara freedom of expression. Kalau tak percaya cuba tanya orang Amerika dan Denmark. So tak salahlah dia orang demonstrate kan!

Soal cara nak membantah adalah satu expresi. Mengapa orang Islam membantah digambarkan sebagai fanatik, terroris, bodoh tetapi orang di negara lain dianggap hebat, ini soal freedom, rights, democracy, etc . Walaupun demonstrasi itu berbau perkauman atau religion hatred. Saya rasa kita masih dibelengu dengan kebodohan sendiri. Takut atas bayang-bayang sendiri. Masih dalam kawalan minda penjajah. Inferoriti kompleks yang teruk. Sia-sialah kalau slogan towering personality, pemikiran hadhari (tamadun), dan macam-macam lagi oleh YAB perdana menteri hanya difahami oleh orang kampung. Ahli politik, profesional sama saja, tak berubah langsung.

Soal mempertahankan Islam sebagai agama rasmi adalah perjuangan umat melayu Islam dalam membebaskan negara ini dari penjajah. Penjajah ini bukan sahaja telah merampas kekayaan, tetapi telah mengenepikan hak kepentingan serta pembangunan umat melayu Islam rantau ini. Yang lebih parah mensekularkan pemikiran masyarakat kita. Salah kita mempertahankan hak ini ? Adakah umat Islam menzalimi kaum-kaum yang lain dengan merampas tanah ? menghalang mereka mengaut kekayaan ? meroboh kuil dan gereja mereka? menghalang mengamalkan ugama mereka ?

Sepatutnya orang ini perlu melihat negara komunis seperti China dan lain-lain. Sifat perkauman yang tinggi berlaku di barat (terutama nasib golongan blacks di Amerika). Dibanding persefahaman dan keharmonian berbagai agama, budaya dan bangsa telah sebati dalam masyarakat Malaysia. Ini dicemburui oleh kebanyakan negara. Kalaulah hujah, adalah golongan minoriti atau ugama lain tertindas, lihat kekayaan yang dikaut oleh kaum china (?) , cuba kira gereja dan di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak. Mungkin melebihi masjid.

NOW, you see YB, it is not stupid !

No comments: