Curahan minda dan rasa terhadap isu semasa. Komentar,pandangan serta idea berkaitan dengan pembangunan belia dan generasi baru ke arah lebih cemerlang mengikut acuan tradisi Islam dan Melayu.
Wednesday, May 31, 2006
Jangan sampai krisis Palestine jadi Afghanistan..
Tidak siapa dapat menafikan kegagahan mujahideen Afghanistan menentang pencerobohan tentera Rusia awal tahun 1980an (Afghanistan war 1978 -1989) http://en.wikipedia.org/wiki/Soviet_Invasion_of_Afghanistan. Saya masih ingat lagi, sewaktu Gulbudin Hekmatyar datang melawat Malaysia , mendengar dan bertemu dengan beliau, saya dapat merasakan kekuatan umat Islam ketika itu. Seluruh dunia menyatakan sokongan, termasuk US dan negara-negara Barat. Akhirnya kesungguhan dan bersatunya umat Islam ketika itu, akhirnya kerajaan Russia mengaku kalah dan mengeluarkan tentera dari negara Afghanistan . Tetapi malangnya negara Afghanistan tidak dapat dibangunkan kerana semua ketua kelompok pejuang ketika itu ingin menjadi pemimpin dan tiada usaha untuk bersatu atas nama maruah Islam. Dunia memerhatikan sahaja, dunia Islam tidak mampu melakukan apa-apa. Maka negara barat mengambil kesempatan dengan wang dan kepakaran berjaya menyusun negara tersebut akhirnya dipermainkanoleh mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment