Wednesday, May 31, 2006

Jangan sampai krisis Palestine jadi Afghanistan..

Tidak siapa dapat menafikan kegagahan mujahideen Afghanistan menentang pencerobohan tentera Rusia awal tahun 1980an (Afghanistan war 1978 -1989) http://en.wikipedia.org/wiki/Soviet_Invasion_of_Afghanistan. Saya masih ingat lagi, sewaktu Gulbudin Hekmatyar datang melawat Malaysia, mendengar dan bertemu dengan beliau, saya dapat merasakan kekuatan umat Islam ketika itu. Seluruh dunia menyatakan sokongan, termasuk US dan negara-negara Barat. Akhirnya kesungguhan dan bersatunya umat Islam ketika itu, akhirnya kerajaan Russia mengaku kalah dan mengeluarkan tentera dari negara Afghanistan. Tetapi malangnya negara Afghanistan tidak dapat dibangunkan kerana semua ketua kelompok pejuang ketika itu ingin menjadi pemimpin dan tiada usaha untuk bersatu atas nama maruah Islam. Dunia memerhatikan sahaja, dunia Islam tidak mampu melakukan apa-apa. Maka negara barat mengambil kesempatan dengan wang dan kepakaran berjaya menyusun negara tersebut akhirnya dipermainkanoleh mereka.

Peristiwa di Palestin, masih terlalu awal untuk membuat sebarang komen. Tetapi dengan sikap kedua-dua wakil rasmi kerajaan Hamas Palestin, Menteri Luar Palestin, Muhammad Zahar dan wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farrouk Khadoumi, menggambarkan kemungkinan perkara yang berlaku di Afghanistan akan berlaku di Plaestine. Kepimpinan adalah satu amanah hanyalah ucapan retorik sahaja. Yang malang, rakyat. Yang malang, anak-anak. Yang malang orang miskin dan sentiasa tertindas. Sekiranya berlaku keruntuhan kekuatan kerajaan Palestine, janganlah kita berduka nestapa, mereka bukanlah contoh tauladan yang baik. Peliharalah kekuatan yang kita ada. Jangan biarkan kita berpecah dan dirobek-robek oleh orang lain.

Bagi Malaysia, mudah-mudah sikap mereka (pemimpin kita) mestilah menunjukkan bebas dari pengaruh Amerika dan sekutunya dalam soal Palestin, barulah orang lain menghormati dan mencontohi kita.

Monday, May 29, 2006

Chinta jadi jernih, sejernih kasih Tuhan

Halt the drum of war
The song of death with the tone of the devil,
It has killed our children,
It has destroyed the virtues of culture,
Love becomes pure, as pure as the love of God,

Sing a peace with the breath of the soul,
Sing it in the ears of new born babies,
Echo it to the heights of the towers,
Where the generals and the maps gather,
Love becomes pure, as pure as the love of God

Matikanlah gendering perang,
Lagu maut yang bernada setan,
Ia telah membunuh anak-anak kita,
Ia telah melebur nilai-nilai budaya,
Chinta jadi jernih, sejernih kasih Tuhan,

Lagukanlah damai di pernapasan jiwa,
Nyanyikan di kuping bayi yang lahir,
Dengungkan ke puncak menara,
Dimana bersidang jenderal dan peta,
Chinta jadi jernih, sejernih kasih Tuhan,

Usman Awang, 1997

Perkahwinan misyar memang sudah berlaku..

Apabila tajuk berkaitan dengan lelaki dan wanita, selalunya menarik perhatian ramai. Apatah lagi apabila ianya berkaitan dengan agama. Saya tak tahu apa yang ada dalam agama lain. Tetapi dalam Islam, banyak bentuk perkahwinan yang punyai sebab sejarahnya. Ianya dinamakan berbagai kerana suasana dan keadaan penduduk ketika itu. Islam memang memenuhi fitrah manusia. Namun begitu bukannya semuanya dapat diterima dengan mudah oleh kita di waktu ini. Ianya akan menjadi perbahasan sebelum ianya dapat dilaksanakan oleh masyarakat. Ianya dapat dilihat Islam itu menuntut perbahasan dan yang mana yang baik dijadikan rujukan kepada masyarakat. Bagi saya itu adalah suatu yang sihat. Ia tidak diamalkan secara diam-diam dan membuat justifikasi kemudiannya.

Inilah diperbahaskan oleh Prof.Dr.Muhd Zuhdi, Dr.Syed Ali Tawfik, Mohd Shauki Majid dalam akhbar dan ramai lagi yang dijangka akan turut serta. Cuma ada orang yang membahaskan dengan cara emosional atau menggunakan isu bagi menonjolkan hujah yang lain berbau feminism. Terpaksalah kepala negara, menjawab. Akhirnya yang baik menjadi isu. Saya rasa perbahasan Dr Syed Ali masih dalam rangka menghormati pandangan Prof.Dr Muhd Zuhdi walaupun tajuk-tajuk (headline) bunyi semacam aje. Perkara tersebut berbangkit disebabkan ianya berlaku dalam Islam dan ada rujukannya, ianya sah sebagaimana perkahwinan yang lain, ianya mempunyai unsur tanggungjawab, keadilan dan apa yang seharusnya ada dalam perkahwinan, tetapi sebab yang kecil (wanita berumur, kaya dan sendirian) nampaknya menjadi fokus perbincangan. Sebenar bentuk ini sudah ada, tetapi tak lah disebut sebagai kahwin misyar, dan pandangan Dato Mufti Johor mencabar kaum lelaki supaya lebih berusaha dan tanggungjawab terhadapa perkahwinan dan pasangannya.

Perkahwinan Rasullah dengan saudagar Khadijah, menggambarkan contoh yang baik dimana kesemua ciri-ciri perkahwinan itu ujud dengan harmoni tanpa ada persoalan. Kita berharap agar isu ini tidak diambil kesempatan oleh golongan feminism dan anti Islam dengan fikiran yang sempit. Akhirnya kita hilang tradisi perbahasan dalam Islam.

Wednesday, May 24, 2006

Islamophobia

Saya bawa pengertian mudah dan ciri-ciri Islamophobia ini untuk renungan rakan-rakan belia. Inilah sedang berlaku sekarang. Islam sudah berada dikandang orang salah. Kita terpaksa mempertahankan diri sedangkan perkara ini sudah lama dierbincangkan. Masyarakat dunia sudah membiasakan diri hidup dalam berbagai agama, warna kulit, budaya dan bahasa. Cuma permulaan abad ini, ianya bertukar corak. Orang yang sentiasa mempunyai agenda buruk terhadap Islam mengambil kesempatan untuk berbicara perkara yang tidak rasional dan membangkitan kemarahan umat Islam. Dalam negara ini, kita tidak berada dalam situasi ini, tetapi jangan kita ambil mudah sehingga orang lain (orang barat) berupaya menggunakan golongan ini sebagai agen pencetus kontraversi sehingga menimbulkan ketidakstabilan dan kekeliruan dalam masyarakat Malaysia.

This definition, from the 1997 document 'Islamophobia: A Challenge For Us All' is widely accepted, including by the European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia. The eight components are:

  • 1)Islam is seen as a monolithic bloc, static and unresponsive to change.
  • 2) Islam is seen as separate and 'other'. It does not have values in common with other cultures, is not affected by them and does not influence them.
    3) Islam is seen as inferior to the West. It is seen as barbaric, irrational, primitive and sexist.
    4) Islam is seen as violent, aggressive, threatening, supportive of terrorism and engaged in a 'clash of civilisations'.
    5) Islam is seen as a political ideology and is used for political or military advantage.
    6) Criticisms made of the West by Islam are rejected out of hand.
    7) Hostility towards Islam is used to justify discriminatory practices towards Muslims and exclusion of Muslims from mainstream society.
    8) Anti-Muslim hostility is seen as natural or normal.

According to Wikipedia, Islamophobia is the fear and/or hatred of Islam, Muslims or Islamic culture. Islamophobia can be characterised by the belief that all or most Muslims are religious fanatics, have violent tendencies towards non-Muslims, and reject as directly opposed to Islam such concepts as equality, tolerance, and democracy.

It is viewed as a new form of racism whereby Muslims, an ethno-religious group, not a race, are nevertheless constructed as a race. A set of negative assumptions are made of the entire group to the detriment of members of that group. During the 1990's many sociologists and cultural analysts observed a shift in forms of prejudice from ones based on skin colour to ones based on notions of cultural superiority and otherness. Some argue that "the term 'Islamophobia' does not adequately express the full range and depth of antipathy towards Islam and Muslims in the West today. It is an inadequate term." "A more accurate expression would be 'anti-Islamic racism' for it combines the elements of dislike of a religion and active discrimination against the people belonging to that religion."

Mengubah Dasar Luar Amerika ?

Presiden Amerika, Bush, dalam pertemuannya dengan PM Israel, Ehud Olmert, menyatakan sokongan akan mempertahankan Israel dari sebarang serangan dari mana-mana negara berdekatan terutama Iran. Sokongan terbuka membawa makna tersirat termasuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan dan senjata, pengitipan, R & D, dan latihan kepada kerajaan Israel. Manakala, US mengajak dunia memboikot Palestine, kononya, ditadbir oleh Hamas. Sedangkan beliau tahu bahawa rakyat yang memilih Hamas bukan kerana sikapnya terhadap Israel tetapi kepada ketidakpercayaan mereka kepada parti Fatah.

Namun tak ada siapa yang mampu mengubah dasar luar US. Malah semakin banyak kajian dilakukan oleh badan tertentu seperti Rand Corporation dll, mengarah kepada bagaimana US Ianya dilakukan dengan serius dan peruntukkan yang banyak. Ianya dirancang dengan baik serta mempunyai perancangan pendek dan panjang. dapat mengusai pemikiran serta negara di dunia ini.

Walaupun maklumat ini bukanlah suatu rahsia tetapi kita belum melihat lagi dengan jelas respon yang teratur, secara sistematik, secara membuat kajian yang boleh mengimbangi tindakan Amerika ini. Terutama diantara negara-negara Islam, tidak dapat disatukan secara baik, baik dari segi kerjasama ekonomi, ketenteraan, pendidikan. OIC sepatutnya menumpukan beberapa usaha yang dapat membantu mengurangkan tekanan dari kuasa Barat;

  • Memperkuatkan rangkaian NGO (civil society) dalam negara-negara Islam. Dengan adanya rangkaian ini akan membantu menghubungkan isu-isu dengan lebih pantas dengan NGO di negara Barat dan bukan Islam.
  • Mengambil negara seperti China dan Russia sebagai rakan dialog. Sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan hubungan ekonomi dan ketenteraan.
  • Membantu serta meningkatkan potensi negara OIC di tanah Afrika. Mereka cukup berpotensi dan mempunyai kekuatan yang boleh membantu OIC pada masa akan datang.
  • Bekerjasama untuk menjayakan Ten-Year Programme of Action to Meet the Challenges Facing the Ummah in the 21st Century.
  • Memperuntukkan tabung khas kepada usaha bersama dengan agensi dan NGO dalam merealisasikan masyarakat yang disegani oleh dunia.

Tuesday, May 23, 2006

Civil Society Engagement with the millennium development goals (MDGs).

Saya telah membaca satu kertas kajian yang dikeluarkan oleh World Federation of United Nations Associations (WFUNA) berkaitan dengan harapan masyarakat madani (civil society) terhadap perkembangan dunia pada masa akan datang. Kajian yang melibatkan berbagai NGO dari seluruh dunia. Ianya menarik bagi persatuan-persatuan di Malaysia untuk melihat bagaimana NGO lain bergerak ke suatu visi yang besar. Isu-isu tersebut lambat laun turut menjadi bahan diskusi diantara NGO di Malaysia, Asean dan di seluruh dunia.

Goals: The Global Challenge

  • Eradicate extreme poverty and hunger,
  • Achieve universal primary education.
  • Promote gender equality and empower women.
  • Reduce child mortality.
  • Improve maternal health.
  • Combat HIV/AIDS, malaria and other diseases.
  • Ensure environment sustainability.
  • Develop a global partnership for development.

Activities can be done;

  • Local and regional MDGs awareness program.
  • Advocacy the policy change
  • Education programs.
  • Capasity building programs.
  • Campaigns that intergrate different issues.
  • Campaigns that promote transperancy and accountability.

It involves participation from governments, members of Parliament and private sectors. Some sectors turn people to participate on MDGs. There are gender (women health care, political rights, economic empowerment), environment (sustainable agriculture, acces to water, loss of environment resources), Youth (education, HIV/AIDS, integration).

Steps forward to consider:

  • Putting things in perspectives. Achievable.
  • Political will.
  • Campaigning.
  • Monitoring.
  • Policy reform.

World Federation of United Nations Associations”

Monday, May 22, 2006

Peace


Peace, the undying word of the soul.
Peace, a word that brings togetherness in a world full of chaos.

Love goes to the heart, Peace goes to the mind
So let’s forgive and be Peace Makers all the time.

International Youth Exchange to USA

Saya berkesempatan menjadi peserta International Youth Exchange ke USA. Mewakili Malaysia bersama peserta dari berbagai negara. Tiga minggu bersama pemimpin belia dari seluruh dunia, dapat merasai hubungan yang digambarkan dalam Al Quran bahawa manusia ini dijadikan oleh Allah s.w.t berbagai bangsa dan agama, warna kulit, dari lain benua untuk kenal-mengenali antara satu sama lain. Disitu kita dapat mengerti toleransi, menghilangkan rasa curiga-mencurigai. Banyak dipelajari, mungkin dapat digambar di dalam tulisan lain dari masa ke semasa.

Apabila Negara China mula bangun….

Bila dunia sedar dasar negara China membuka pintu kepada dunia luar. Perubahan banyak berlaku dalam negara itu. Mengikut perangkaan, tahun 2005, penduduknya mencecah sehingga 1.30756 bilion. 42.7 % berada di bandar-bandar. Dari segi pencapaian pendidikan dikalangan penduduknya memperlihatkan perkembangan peluang untuk meningkatkan kualiti penduduknya. In the population, those with university education (junior college or above) were 67.64 million, those with high school education (including technical secondary school) were150.83 million. 467.35 million people had middle school education while 407.06 million had primary school education. Dua perkara yang yang ingin saya bawa ialah 650,000 orang mempunyai HIV/AIDS, termasuk 75,000 orang pesakit AIDS dan lebih kurang 111 juta yang menggunakan computer. China tidak boleh lagi menyorok data-data sebegini. Saya menjangkakan bahawa jumlah penyakit HIV/AIDS kemungkinan lebih banyak (mungkin 4 x ganda) dari dicatatkan, melihat aktiviti dan budaya yang berada di China. Kebanjiran orang asing juga akan memberi kesan. Kesedaran penduduk belia China terhadap internet juga akan membuka minda mereka kepada apa yang berlaku di dalam dunia luar . Kebebasan baik bagi mereka tetapi senang dimanipulasi oleh sesiapa sahaja. Kesan negatif akan dirasakan oleh China dalam jangkamasa 5 hinga 10 tahun lagi apabila mereka tidak mampu mengawal minda mereka lagi.

Pengamatan saya semasa pergi ke China, melihat perkembangan masyarakat yang semakin mendesak akan membawa mereka ke arah yang tidak sihat. Sekiranya jatidiri mereka semakin menurun, materialisma dan individualism semakin meningkat, masyarakat mereka akan berubah. Memang kedudukan mereka yang strategi, memberi jaminan lumayan kepada dunia perniagaan, akan dibanjiri oleh peniaga-peniaga yang hanya memikirkan keuntungan. Apa yang berlaku pada masyarakat bukan penting pada mereka. Setelah melihat China, saya turut percaya apabila dunia mula memperkatakan bahawa China adalah saingan hebat bagi barata pada masa akan datang.

Pertemuan MBM dengan YAB Perdana Menteri dan Timbalannya.

Pertemuan dengan YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri di Putra Jaya. Ianya membincangkan perkembangan semasa dan meningkatkan potensi belia dalam negara ini. Pertemuan ini diketuai oleh Presiden MBM, YAB Dato Seri Dr.Mohd Khir Toyo. Sebagai gerakan belia utama, kita menggesa agar kesemua persatuan belia dan NGO menjadi mata dan telinga kepada perlaksanaan misi nasional yang telah dibentang oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen tempoh hari. Sekiranya ianya tidak dilaksanakan dengan baik, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menegurnya. dan yang penting, kita juga seharusnya turut membantu menjayakan misi ini. Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama:
  • Teras Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Melalui teras ini, Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.
  • Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
  • Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif. Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.
  • Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.
  • Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.

Sunday, May 21, 2006

Tsunami dalam Ingatan

Kadangkala penderitaan menyedarkan kita. Saya dapat merasakan apabila kita digemparkan dengan gelombang tsunami di Acheh, semua orang terpanggil untuk memberi khidmat. Berbondong-bondong manusia memberi sumbangan. Yang kecil, yang besar, yang kaya, yang miskin, semua bangsa, semua agama merasakan keperitan umat Acheh ketika itu. Walaupun kehadiran saya dan rakan-rakan bukan awal tetapi tetap menjadi tumpuan utama kerana kemusnahannya yang cukup besar. Semua yang datang tak mungkin dapat menyelesaikan semua masalah. Tapi dengan semangat kemanusian yang tinggi, semua sukarelawan yang hadir memainkan peranan masing-masing. Sehingga sekarang ada yang masih (yang saya kenali) terus menerus memberikan khidmat walaupun kurang. Semoga Allah memberi kekuatan kepada umat Acheh. Teruskan usaha Global Peace Malaysia (GPM)!

Saturday, May 20, 2006

Belia Tidak Perlu lagi Hijrah ke Bandar

Baru-baru sewaktu perasmian Konvensyen Belia Kebangsaan yang dianjurkan oleh KBS dan MBM oleh YB Menteri Belia membayangkan bahawa penekanan aspek modal insan dalam RM 9 amat penting sekali. Ianya bukan sahaja melibatkan 3K (Kepimpinan, Kemahiran, Keusahawanan) tetapi seluruh infrastuktur yang membolehkan belia dibangunkan. Ada perkara yang tertarik perhatian saya apabila beliau cuba mengenegahkan bagaimana menyekat penghijrahan belia ke bandar-bandar . menurut belia penghijrahan ini sekiranya tidak di kawal akan membawa bebanan sosial yang akan mrosakkan pembangunan negara. Beliau membayangkan bahawa pekerjaan senang didapati di bandar-bandar dan sekiranya belia tersebut tidak dapat pekerjaan yang sesuai, maka berlakulah, tekanan sehingga mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuk mencuri, gadai body (pinjam kata beliau), dadah serta macam-macam lagi.

Usaha-usaha yang boleh dibuat ;
  • Memperbanyakkan kursus yang membolehkan mereka berdikari. Kerjasama dengan kementerian yang lain boleh membantu usaha ini. Namun begitu mereka ini hendaklah dipantau sehingga berjaya. Kebanyakkan masalah yang timbul ialah kursus dan peruntukkan telah diberi tetapi tidak berjaya. Soal gagal setelah berusaha, resmi orang berniaga. Tapi semedang gagal, itu kena kaji cara lain.
  • Pengusaha muda ini perlu perhatian. Mereka bukan sahaja didedahkan dalam keusahawanan ini, tetapi dibentuk minda dan jiwa mereka untuk berusaha. Tanpa budaya dan disiplin yang betul, perancangan kerajaan akan gagal. Latih tubi membentuk budaya mesti berterusan. Budaya bekerja, budaya bercakap, budaya bersih, budaya tekun, budaya berbelanja, dan banyak lagi.
  • Walaubagaimanapun kita harus berbangga dengan budaya mendiri yang semakin meningkat dikalangan belia melayu.(saya sebut melayu, kerana mereka ini yang ketinggalan dalam persiapan diri dalam dunia keuasahawan). Tak macam zaman saya, yang menunggu kerja dari syarikat atau kerjaan. Sekarang masing-masing ada keberanian. Cuma mereka ini tidak diperdulikan oleh kerajaan. Bagi saya orang inilah didahulukan pembinaannya. Kenalpasti mereka ini, dan berikan mereka latihan dan kemudahan agar mereka akan terus maju. Kita dapat merasakan kekuatan ini perlu dibentuk mulai sekarang. Rasulullah telah menunjukkan contoh, beliau bijak dalam pertanian (gembala kambing) dan berdagang (kalau sekarang international business). Dan yang penting beliau dikenali sebagai orang yang cukup amanah sehingga membawa gelaran Al-Amin. Itulah contoh kita kepada belia. Kualiti dan budaya yang tinggi. Mudah-mudah kita akan mendapat generasi baru yang kuat dan daya saing yang tinggi.

Thursday, May 18, 2006

Program Penghayatan Insan -MBM dan MGBN


Program Penghayatan Insan ini adalah bertujuan untuk memahamkan kepada belia bagaimana kita dapat memainkan peranan kita sebagai insan yang dapat memberi manafaatkan kepada agama , bangsa dan negara. Kesedaran yang mendalam bahawa kita sebagai khalifah dimuka bumi dengan mengenali Tuhan yang menjadi manusia dan semesta alam ini. Ianya mampu memberi keinsafan serta menganjak kekuatan diri ke arah yang lebih baik dari masa yang lalu. Program ini berjaya dijalankan bersama dengan 6 buah badan gabungan Majlis Belia Malaysia. Program ini telah mendapat sokongan sumbangan dari YAPEIM.

Prinsip Pencegahan Penyalahgunaan Dadah: Satu Perspektif

Pendahuluan

Menurut perangkaan terkini (2005) yang dikeluarkan sebagai asas perancangan pembangunan belia di Malaysia di dalam RMK-9, jumlah keseluruhan generasi muda yang berumur di antara 15 hingga 39 tahun ialah 11.10 juta orang atau 41.5% dari 26.75 juta rakyat Malaysia. Jumlah generasi muda ini dijangka meningkat sebanyak 5% kepada 11.65 juta orang menjelang tahun 2010. Peningkatan jumlah generasi ini akan memberi kesan kepada masa depan negara. Ianya tertakluk persedian generasi dalam mempertingkatkan kualiti mereka.

Penyalahgunaan dadah meningkat kepada tahap “epidemic” yang membimbangkan. Perangkaan keterlibatan belia dalam gejala dadah amat menggerunkan. Menurut Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan, terdapat 23,062 penagih dilaporkan pada sembilan bulan pertama 2004. Daripada jumlah ini, seramai 10,650 orang adalah penagih baru dan 12,412 orang adalah penagih berulang. Secara purata, seramai 1,331 orang penagih baru dan 1,552 orang penagih berulang dikesan bagi tempoh sebulan. Ini bermakna 44 penagih baru dan 52 penagih berulang dikesan setiap hari. Dan data terakhir sehingga 2005 ialah seramai 289,763 orang.

Telah banyak bentuk hukuman yang dikenakan kepada pengguna dan pengedar najis dadah. Malah hukuman mati pun masih belum menggerunkan untuk mengurangkan gejala penyalahgunaan dadah. Barangkali tidak keterlaluan jika menyatakan bahawa gejala ini adalah kesan sampingan yang banyak dipengaruhi dari proses pembangunan material. Berkembang pesat perbandaran, maka banyak kawasan-kawasan dan aktiviti yang menarik belia ke arah gejala sosial ini.

Penyalahgunaan dadah di Malaysia ialah perniagaan besar. Statistik polis menunjukkan penagih membelanjakan lebih RM1 bilion (S$450 juta) setahun untuk ketagihan mereka. Sehingga kini juta ringgit dan pelbagai sumber telah dimanafaatkan untuk menagani kemelut ini, namun kejayaan masih terus dimanafaatkan untuk menangani penyalahgunaan dadah perlu lebih komprehensif untuk memaksimakan kesan-kesan lain yang mungkin timbul.

Menurut, YAB Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo[1], Presiden Majlis Belia Malaysia dalam memahami penglibatn dan terjebak belia dalam gejala penagihan dadah ini, ada beberapa perkara utama yang sering menjadi sebab kepada tabiat buruk tersebut. Pertama, kerana ingin mencuba. Perasaan ingin mencuba ini diikuti dengan ingin menjadi kelihatan kuat dan gagah di kalangan rakan-rakan mereka. Kedua, dipengaruhi rakan-rakan yang sudah terlibat dengan najis dadah. Orang seperti ini ingin menyesuaikan diri dalam kumpulan tersebut. Dengan mengisab dadah mereka dapat menyertai kumpulan tersebut.[2] Ketiga, permasalahan keluarga. Rumah tidak lagi menjadi tempat perlindungan dan kebahagian. Rumah yang tidak dipenuhi dengan kasih sayang. Untuk melepaskan rasa kecewa atau kerunsingan, mencuba dadah ini hanya untuk melepaskan kekusutan fikiran, akhirnya mereka terjebak dengan penagihan lalu mengundang kepada lebih banyak masalah. “Drug Abuse continues to emerge as a strategy among youth to cope with the problems of unemployment, neglect , violence and sexual abuse[3]. Keempat, diri sendiri yang tidak mepunyai daya kekuatan untuk menolak. “Dare to say NO (Berani berkata TIDAK) adalah slogan seharusnya menjadi pegangan para belia agar mampu menolak perkara-perkara yang negatif yang boleh merosakkan diri, keluarga dan masa depannya. Fenomena ini bukan sahaja berlaku kepada belia di negara, tetapi permasalahan yang sama turut dialami oleh belia di seluruh dunia.[4]

Tidak kurang juga para belia yang terlibat melihat di sudut mencari kebahagian, keseronokan bagi melemaskan kekusutan dan tension dalm kerjaya. Mereka cuba mencontohi masyarakat barat yang menggunakan dadah ini tetapi masih dalam keadaan yang stabil, mempunyai kerjaya serta mempunyai wang seperti digambarkan dalam televisyen. Tanpa menyedari bahawa semuanya itu hanyalah lukisan watak yang tidak berada dalam realiti yang sebenar. Keburukan mereka kebanyakannya tidak didedahkan secara berleluasa di mata dunia. Inilah cabaran yang sukar dimengerti oleh kebanyakan belia dalam mencari watak-watak untuk mengejar kehidupan yang di dunia ini. Ada tiga suasana dan perubahan dikalangan belia apabila berhadapan dengan penyalahgunaan dadah berdasar laporan dari Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu,[5]

i. Populasi yang mudah dipengaruhi. (A Vulnerable population)

ii. Mudah mendapat bekalan dadah (Increased availability of drugs.)

iii. Tren budaya pengambilan dadah (Cultural trends and normalisation of drug abuse).

Ketiga-tiga perubahan yang berlaku ini disebabkan kekurangan budaya kekeluarga, jiran tetangga dan masyarakat yang dapat membimbing mereka. Apatah lagi dengan sindiket penjualan dadah yang kreatif sehingga para belia tidak sedar menggunakan dadah. Pada mulanya untuk bersukaria, bekerja kuat, belajar akhirnya ketagih dan menggunakan untuk merosakkan fikiran dan kelakuan. Dadah yang mula berkembang seperti estacy dan syabu, yang dikatakan banyak digunakan oleh belia secara suka-suka.

Pencegahan dan Pemulihan

Proses menangani penyalahgunaan dadah lazimnya mempunyai 2 teras iaitu pencegahan (preventive) dan pemulihan (rehabilitative). Proses pencegahan lebih bersifat proaktif dan menjangka pelbagai kemungkinan yang timbul dari rantaian penyalahgunaan dadah (supply chain of drug abuse) lalu melaksanakan pelbagai dasar dan program tertentu untuk menghalang berlakunya penyalahgunaan dadah.

Langkah-langkah permulaan pula perlu dilakukan hanya setelah gejala penyalahgunaan dadah dikesan. Sejumlah dana terpaksa dibelanjakan untuk membina infrastuktur pemulihan penyalahgunaan dadah seperti pusat serenti dan seumpamanya. Proses pemulihan ini secara realtifnya lebih mudah dikaji implikasinya (ex-post analysis) berbanding dengan proses pencegahan (ex anta analysis) namun proses pencegahan adalah lebih penting kerana magnitud proses pemulihan banyak bergantung kepada proses pencegahan.

Di dalam tradisi ilmu Islam (turath al-Islami), kita diperingatkan bahawa pencegahan lebih utama dari pemulihan “mencegah lebih utama dari mengubat”. Berdasarkan keutamaan (awwliyyat) ini, sewajarnya lebih banyak dana dan sumber perlu difokuskan kepada langkah-langkah pencegahan. Program-program pencegahan perlu lebih giat dilaksanakan. Implikasinya bukan cuma kepada program pemulihan tetapi juga menghalang timbulnya kesan-kesan lain seperti merebaknya jangkitan HIV/AIDS dan seumpamanya.

Ada beberapa prinsip pencegahan yang perlu diambilkira dalam menghadapi permasalahan ini;

i. Prinsip “Amar Maaruf Nahi mungkar[6]. Kita tidak boleh menyelesaikan isu ini dengan pencegahan sahaja. Konsep menggalakkan perkara kebaikan dan mencegah keburukan bukan sahaja berupaya menguatkan individu tersebut tetapi ia juga boleh menghalang suasana yang boleh mendekatkan mereka kepada gejala dadah.

ii. Prinsip “Mencegah lebih baik dari mengubati” (Prevention is better than cure). Sikap pro aktif dalam pencegahan ini lebih baik dari pemulihan. Ianya bukan sahaja dapat menyelamatkan masyarakat malah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Oleh itu prinsip ini jelas berkesan dan dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Ini dapat kita lihat statistik penagih dadah yang berulang.

iii. Prinsip “Kasih sayang bukan Menghukum”. Kita meletakkan insan itu ditahap yang tinggi darjatnya dibanding semua makhluk kejadian Tuhan. Ianya perlu dilayan sebagai insan yang punyai maruah dan harga diri. Sudah tentu pendekatan yang kita gunakan adalah untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan menyediakan mereka peluang-peluang untuk mereka berjaya dalam kehidupan. Kita tidak perlu menghukum mereka disebabkan kelalaian dan kejahilan mereka sehingga terjerumus dalam penanggihan dadah tetapi menyatuni dengan sebaik-sebaiknya atas dasar kemanusian. Namun begitu, kesedaran mereka harus ditingkatkan, dan mereka juga perlu menunjukkan perubahan dan berusaha membuang tabiat yang buruk kepada diri dan masyarakat.

iv. Strategi yang berbagai dan bersesuaian dengan gaya kehidupan belia sekarang. Tidak mungkin satu strategi dapat menyelesaikan masalah yang ada kerana sifat manusia yang berbagai. Malah sebab diantara penagihpun berbeza. Oleh itu, strategi digunakan perlu berupaya untuk meningkat kekuatan dalaman, kemahiran serta pengetahuan yang baik bagi membolehkan mereka dapat mengawal diri daripada terjebak dalam najis dadah.

v. Belia bukan masalah. Belia mesti dijadikan rakan untuk mengawal merebaknya penagihan najis dadah ini. Peluang harus diberi untuk mereka turut membuat keputusan dalam program yang melibat para belia. Dengan kaedah partisipasi membuat keputusan dan dasar akan mendapat kerjasama yang mudah dari mereka. Perlibatan mereka harus bermula dari awal bangu persekolahan kerana memahaman perlu dihayati bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”

vi. Pencegahan jangan hanya memfokuskan kepada dadah tetapi keseluruhan dalam kehidupan seperti gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan, sikap bantu sesama rakan, mengelak diri dari alkohol dan rokok. Pencegahan ini mestilah dilakukan secara konsisten bukan sekadar dipinggiran atau diarahkan oleh pihak atasan.

Di antara langkah yang boleh dipertimbangkan untuk proses pencegahan ialah membenarkan perkongsian data dan maklumat mengenai kemelut penyalahgunaan dadah dengan kelompok NGO, pihak masjid, sekolah atau IPT dan sebagainya. Perkongsian data dan maklumat ini dapat membangkitkan kesedaran tentang kemampuan dan implikasi penyalahgunaan dadah kepada masyarakat. Kelompok ini juga perlu disertakan dalam kempen pengcegahan penyalahgunaan dadah sepertimana yang sedang dilakukan ketika ini. Majlis Belia Malaysia (MBM) sedang dan telah mengatur program benci dadah sebagai tanggungjawab untuk memberi kesedaran tentang bahaya dadah serta melibatkan belia dalam persatuan atau aktiviti yang sihat. Dan kelompok yang paling berkesan penyertaannya ialah orang telah terlibat dengan dadah yang telah pulih sepenuhnya. Di dalam proses pencegahan, data dan maklumat adalah faktor terpenting yang bertanggungjawab secara langsung kepada kejayaannya.

Pertumbuhan pengedaran najis dadah ini seharusnya di di teliti dengan serius. Mereka ini hendaklah dibendung dengan segera agar tidak merebak dan berupaya mempengaruhi orang lain. Proses menghalang ini perlu diikut sertakan dengan proses penguatkuasaan secara telus dan terbuka. Proses bagaimana penyaluran dan pembekalan dadah perlu dikemukakan kepada masyarakat agar semuanya dapat membantu dalam proses pengedaran ini. Maka penguatkuasaan mesti berada dalam tahap yang lebih profesional, lebih cekap dan mempunyai integriti serta kesedaran yang tinggi. Keseriusan penguatkuasaan ini membuat mereka yang terlibat tidak akan mempunyai peluang langsung berurusan dalam negara ini.

Proses pencegahan ini perlu dikembangkan dari peringkat kosepsual kepada pemerinciannya. Masyarakat perlu digalakkan untuk menyumbang pemikiran mereka di dalam sumbangsaran mengenai langkah-langkah pencegahan. Pihak agensi kerajaan mestilah melihat badan-badan belia atau NGO sebagai rakan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Melibatkan mereka dalam setiap perancangan akan memudahkan usaha ini mencapai matlamat yang telah digariskan. Mereka mempunyai tenaga manakala kementerian dan agensi-agensi mempunyai dana yang mampu digembelingkan secara bersama dan sistematik dalam usaha membenteras gejala dadah. Bersepaduan usaha inilah digalakkan oleh YAB Perdana Menteri yang inginkan semua pihak mesti bekerjasama dalam membebaskan Malaysia dari permasalahan najis dadah.

Kesimpulan

Kekuatiran penagihan najis dadah ini telahpun disuarakan oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Beliau menganggarkan hampir satu dalam setiap 100 orang ialah penagih dadah. Sejumlah 289,763 dari rakyat Malaysia, ialah penagih dadah Beliau juga menyeru agar strategi yang lebih berkesan dicari bagi melahirkan negara yang bebas dadah pada tahun 2015. Ini adalah kerana kunci kepada usaha memerangi penagihan dadah terletak pada pencegahan, strategi pencegahan di peringkat kebangsaan diperlukan bagi melibatkan rumah, masyarakat dan tempat kerja.

Negara kita mampu bebas dari gejala dadah ini sekiranya perubahan berlaku dalam setiap individu, keluarga, jiran, masyarakat, undang-undang, penguatkuasaan serta kekuatan kuasa politik. YAB Dato’ Seri Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa ”kita memerlukan tindakan bersepadu serta terarah oleh semua agensi kerajaan, NGO dan masyarakat kerana gejala dadah berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk kelemahan institusi keluarga, tahap pendidikan dan kelemahan pegangan agama.”[7]

Sehubungan dengan itu, pesanan YAB Dato Seri Mohamad Khir Toyo[8], menyatakan semua pihak termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membasmi masalah dadah di kalangan masyarakat terutamanya dalam mengurangkan jumlah pengguna atau penagih dadah. Manakala pihak polis perlu menguatkuasakan undang-undang dengan tegas untuk membanteras kegiatan mengedar dadah dalam memastikan musuh nombor satu negara itu dapat dibanteras sepenuhnya menjelang 2015.

Dalam masa yang sama beliau juga mencadangkan agar kurikulum pusat serenti di seluruh negara dikaji semula memandangkan jumlah penagih berulang semakin bertambah dari setahun ke setahun. Perubahan perlu dilakukan bagi setiap peringkat dalam kerajaan dan agensinya sebagai penyediaan modal insan yang dapat memacu negara ke arah kemajuan yang kita ingin capai pada 2020.

Akhir sekali, kita diingati oleh Allah s.w.t agar tidak berada dalam golongan orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi. Seperti dalam surah Al Qasas, ayat 77 bermaksud : " Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah Swt tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan ". Semoga peringatan ini akan dapat menghindar diri kita dalam kancah yang merugikan diri sendiri, agama, bangsa, masyarakat dan negara.


“Subtance abuse behaviours usually change very slowly. Thus prevention programs need to be sustained over a long period of time to be effective”.

Azizuddin Ahmad

[1] …..Dalam ucapan beliau di Program Belia Benci Dadah Peringkat Negeri Perlis anjuran MBM dan MGBNP di Perlis, Dewan KUKUP pada 2 April 2006.

[2] Sila lihat statistik Profil Penagih dadah mengikut sebab mula mengguna dadah, sumber ADK, www.pemadam.org.my

[3] Youth and Drugs: A Global View, report of the secretariat, Economic and Social Council, United Nation (UN), January, 11, 1999

[4] Reconneting Youth: An Indicated Prevention Program, Dr. Leona L Eggert, Paper presented in the National Conference on Drug Abuse Prevention research:Presentations, Papers and Recommendation, USA.

[5] Youth and Drugs: A Global View, report of the secretariat, Economic and Social Council, United Nation (UN), January, 11, 1999

[6] “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maa’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah…… (surah Al Imran: 110)

[7]Harian Metro http:/www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Minda/20041121102206 / Article/indexs_html

[8] Ucapan beliau di Perasmian Program Belia Benci Dadah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan, Keramat, Kuala Lumpur, anjuran MBM dan MGBWP, 12 Februari 2006.

Wednesday, May 17, 2006

Membina Generasi Bebas Dadah Tanggungjawab Kita


Dalam saat kejayaan negara ke arah membina sebuah negara dan masyarakat yang maju, kita sering dihambat berbagai masalah dalam dan luar negara. Permasalahan sosial suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam pembangunan sesebuah negara. Salah satu masalah yang melanda generasi kita ialah penyalahgunaan najis dadah. Perangkaan yang meningkat sebenarnya menakutkan kepimpinan negara. Ianya bukan melibat individu yang terbabit, malah turut membangkit permasalahan sosial yang ain sebenar mencuri, pembunuhan, merogol dan seumpamanya. Dan ianya tidak berhenti setakat individu tersebut, tetapi kan merebak kepada generasi kemudiannya akhirnya akan melemahkan kekuatan negara . Sudah menjadi lumrah alam cabaran ini harus di tangani dengan bijaksana oleh kepimpinan sesebuah negara.

Sebagai sebuah Badan belia yang bertanggungjawab merasakan peri pentingnya aset negara ini dikembalikan kekuatannya. Pada tahun ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil initiatif dalam meletakkan agenda memartabatkan belia dalam negara ini berusaha untuk menyedarkan semua golongan masyarakat terutama belia remaja tentang bahaya yang sedang melanda sumber manusia di dalam negara ini. MBM dalam siri program “Belia Benci Dadah” yang diadakan oleh (MBM) yang diadakan di seluruh negara berharap dapat menyampaikan mesej mengajak generasi muda untuk membenci penyalahgunaan dadah di negara ini. Program yang menjurus kepada pembentukkan minda dan kesedaran yang mendalam turut disertai oleh Presiden Majlis Belia Malaysia sendiri iaitu YAB Dato’ Seri Dr.Mohd Khir Toyo.

Usaha MBM ini bertepatan dengan gagasan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia bebas dadah tahun 2015. Bukan suatu yang mustahil. Kita seharusnya meletakkan impian kita setinggi yang mungkin. Yang penting bagi kita ialah bagaimana semua pihak yang terlibat (tidak ada seorangpun berkecuali) dalam memerangi najis dadah. Negara mampu bebas dari dadah ini sekiranya perubahan berlaku dalam setiap individu, keluarga, jiran, masyarakat, undang-undang, penguatkuasaan serta kekuatan kuasa politik. YAB Dato Seri Hj. Abdullah Ahmad Badawi , Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa” kita memerlukan tindakan bersepadu serta terarah oleh semua agensi kerajaan, NGO dan masyarakat kerana gejala dadah berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk kelemahan institusi keluarga, tahap pendidikan dan kelemahan pegangan agama.”[1] Kita sudah penat dan jemu dengan angka penagihan yang semakin naik. Kita sudah jemu dengan berbagai kerenah akibat perbuatan orang-orang yang terlibat dengan dadah. Sudah tiba masanya, semua bersatu mengambil initiatif bagi mengelakkan perkara ini.

Perangkaan menunjukkan keterlibatan belia dalam najis dadah amat menggerunkan. Menurut Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan, terdapat 23,062 penagih dilaporkan pada 9 bulan pertama tahun lepas. 10,650 orang dari jumlah tersebut adalah penagih baru dan 12,412 penagih berulang. Secara purata 1,331 penagih baru dan 1,552 orang penagih berulang dikesan bagi tempoh sebulan. Ini bermakna 44 penagih baru dan 52 penagih berulang dikesan setiap hari.

Perangkaan ini mengamit naluri kita untuk melakukan sesuatu. Namun bagi persatuan belia yang ingin mengambil initiatif program ini seharusnya melihat permasalahan sosial ini sebagai suatu perkara yang serius. Persatuan belia mesti berusaha untuk menyediakan program yang konkrit bagi menembusi jiwa dan minda para belia dan seterusnya dapat membimbing mereka ke arah yang diyakini akan memberikan kejayaan. Menurut Herbert Blumer[2] menyatakan bahawa pusingan hidup masalah sosial ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah; Mengenali permasalahan sosial, pengesahan masalah tersebut sebagai masalah sosial, menggerakkan langkah-langkah pencegahan, menyediakan pelan untuk penyelesaian, melaksanakan keputusan yang diambil.

Menurut Blumer, 5 bahagian ini merupakan satu proses evolusi. Setiap masalah sosial perlu melalui setiap proses secara berperingkat-peringkat dan pergerakan tersebut tidak berlaku secara automatik. Selain daripada Blumer, terdapat usaha yang terbaru untuk menerangkan pusingan hidup masalah sosial ini.

Peringkat yang pertama dinamakan sebagai peringkat "tidak kisah". Di peringkat ini masyarakat melihat masalah tersebut sebagai perkara biasa dan tidak merasai bahawa ianya akan mendatangkan bahaya atau impak tidak baik kepada masyarakat. Masyarakat yang mungkin berpendapat bahawa masalah yang wujud itu merbahaya, tetapi oleh kerana ianya berlaku di luar kawasan ataupun daerah, maka ianya dianggap tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada masyarakat mereka. Hadden menamakan suasana sebegini sebagai the alarm has not yet been sounded atau loceng yang masih belum dibunyikan lagi. Keadaan ini sudah tentu merugikan dan akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada masyarakat kita.

Peringkat yang kedua ialah dimana masyarakat telah menyedari bahawa masalah tersebut telah dilihat sebagai masalah sosial. Untuk sampai kepada peringkat ini, terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi. Syarat yang pertama ialah masalah tersebut mestilah menunjukkan kepada masyarakat bahawa ianya tidak baik dengan merbahaya serta menjejaskan nilai sosial dan norma masyarakat setempat. Syarat yang kedua ialah masalah tersebut mestilah melibatkan jumlah masyarakat yang ramai. Masalah sosial pada peringkat ini sudah sampai ketahap yang merbahaya dan perlu ada langkah-langkah yang drastik untuk menyelesaikannya.

Peringkat yang ketiga ialah peringkat untuk menggerakkan masyarakat ke arah penyelesaian masalah tersebut. Untuk mencapai hasrat ini, Pelbagai kaedah penting di dalam sesebuah masyarakat digunakan seperti pendidikan, pemulihan dan pencegahan untuk mengatasi ataupun mengawal masalah tersebut sebelum ianya menjadi lebih serius lagi.

Peringkat yang terakhir di dalam kitaran hidup masalah sosial ini ialah peringkat muting ataupun senyap. Di peringkat ini masalah sosial tersebut telah dapat diselesaikan dan masyarakat telah mengakui akan kebenaran tersebut. Di peringkat ini semua usaha-usaha pemulihan dan pencegahan sudah tidak perlu dijalankan lagi. Namun demikian adalah penting sekiranya pemantauan dapat diteruskan dari masa ke semasa. Masa inilah usaha penguatkuasaan dan pencegahan diperlukan bagi menjamin keberkesanannya.

Peringkat pertama dan kedua telahpun kita lalui bertahun-tahun sehingga sudah menjadi biasa dengan penangihan dalam masyarakat kita. Kita kembali sedara apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan usaha perangi dadah habis-habisan. Sejak itulah motivasi kita kembali meningkat dalam usaha tersebut. Maka secara otomatik kita berada, ke tahap ketiga, dimana kita harus menggerakkan masyarakat seluruhnya bagi membolehkan permasalahan ini dapat dihapuskan. Ianya tidak lagi terletak dibahu kerajaan atau agensinya sahaja, tetapi kepada setiap individu dalam masyarakat. Kita seharusnya tidak menjadi penyumbang kepada gejala penagihan dadah ini dengan membiarkan mereka terleka dalam pesona dunia dan akhirnya terperangkap dengan najis dadah ini. Mereka harus didekati dan diberi peluang untuk sedar akan bahaya yang menimpa diri mereka, agama, keluarga, masyarakat dan negara.

Faktor persekitaran dan pengaruh cukup kuat dalam membawa belia dalam kancah sosial najis dadah ini. Kita harus memandu individu dan masyarakat memahami serta menguasai persekitaran yang baik. Suasana persekitaran yang wujud mempengaruhi rangsangan nafsu dan akal untuk menghasilkan tingkah laku remaja. Pembabitan remaja dalam kegiatan yang berfaedah seperti kem ibadah, kursus kecemerlangan diri, sukan dan aktiviti sosial yang berkonsep keagamaan dan penerapan nilai -nilai murni mampu membantu remaja membina personaliti yang unggul.

Bagi masyarakat sekitar pula, kita harus memainkan peranan yang penting membantu golongan yang akan menjadi pemimpin masa depan ini. Di antara cara membantu mereka ialah dengan memahami psikologi remaja itu sendiri. Seterusnya menggunakan ilmu dan maklumat yang ada membantu remaja ke arah kehidupan yang sihat dan cemerlang dari sudut fizikal, minda dan jiwa. Faktor persekitaran terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, sistem pendidikan, pengaruh keagamaan dan pengalaman hidup. Pengaruh keagamaan menentukan matlamat hidup dan nilai akhlak remaja. Pembentukan personaliti remaja adalah hasil daripada interaksi faktor genetik dalaman dan persekitaran sosial. Faktor dalaman merangkumi faktor baka keturunan daripada ibu bapa, aspek-aspek fizikal, fisiologi dan proses kognitif. Oleh itu dengan persekitaran yang baik dan kondusif akan membolehkan golongan muda membentuk jatidiri yang cemerlang.

Oleh kerana faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ini, persatuan belia seharusnya berusaha untuk membaiki program-program yang mampu membendung faktor pengaruh tersebut. Kepimpinan persatuan mesti di beri latihan yang secukupnya agar mereka berupaya membaiki ketrampilan organisasi.

Sebagaimana kita ketahui, golongan yang terlibat dalam gejala dadah adalah generasi muda. Mungkin kerana kelemahan yang sedia ada semulajadi dalam diri mereka. Kekuatan dalaman mereka untuk menolak lemah dibandingkan nafsu untuk mencuba. Generasi muda harus faham bahawa menghidupkan jiwa pengorbanan dalam diri adalah suatu tuntutan. Kita boleh memilih untuk terus dibelenggu dengan jiwa santai, tiada perancangan hidup, kerdil cita-cita dan tandus dengan jiwa perjuangan. Atau, kita boleh memilih untuk menjadi manusia yang bercita-cita besar dan mempunyai idealisme perjuangan. Terpulanglah kepada kita membuat pilihan, namun kita harus ingat bahawa pilihan yang akan kita buat ini akan menentikan masa depan kita, masa depan bangsa kita dan masa depan negara kita

Presiden MBM menekankan betapa pentingnya kaedah kita mendekati para belia. Mereka harus dimerdekakan minda dan jiwa mereka dengan kekuatan ilmu dan rohani. Setiap belia itu mesti mempunyai jiwa pengorbanan. Beliau menyatakan bahawa “Jiwa pengorbanan harus mengajak remaja mengenang pengorbanan yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu untuk membebaskan negara dari belenggu penjajahan, ibu bapa yang bersusah payah membesar dan menyekolahkan kita supaya remaja bakal menjadi orang yang menyumbang kepada pembangunan negara dan umat. Akhirnya memperkasa bangsa dan umat menjadi orang yang berwibawa, dihormati, dirujuk ilmu dan kepakarannya.”[3]

Untuk kita mendekati mereka, kita harus tahu kemahuan dan kecenderungan mereka. belia merupakan golongan yang paling selesa melaksanakan aktiviti bersama rakan-rakan. Belia merasa seronok apabila dapat merasakan kebersamaan dalam kehidupan mereka. Dengan pendekatan yang baik, akan memberi ruang kepada para belia melihat model yang mereka boleh contohi.

Dalam Al-quran surah Yusuf ayat 53, Allah telah berfirman yang bermaksud :

Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhan (maka terselamatlah ia daripada hasutan nafsu itu”.

Kita berharap dengan komitmen daripada seluruh masyarakat dapat digembelingkan, tiada lagi ruang untuk perniagaan najis dadah ini dalam negara kita. Usaha kesedaran yang hebat dilaksanakan ini tidak akan berjaya sekiranya penguatkuasaan undang-undang tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin, Timbalan Menteri Pertahanan, Merangkap yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan, “sampailah masanya kita memerangi pengedar dadah dan bukannya penagih dadah. Untuk memerangi pengedar dadah, instrumen yang paling penting yang boleh digunakan adalah perundangan dan sistem kehakiman.[4]”. MBM menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan untuk membenteras najis dadah ini dengan penguatkuasaan yang ketat. Kita tidak perlu bertolak ansur dengan mereka yang meraih keuntungan dari kesengsaraan manusia lain dan menghancur sesebuah negara tersebut. Tidak ada guna kita berupaya merubah minda sekiranya, penjual-penjual najis dadah berleluasa dalam negara ini. Usaha penguatkuasa ini mesti disokong dan semua pihak seharusnya memberi kerjasama bagi membolehkan mereka yang terlibat ini diambil tindakan undang-undang. Terdapat lima (5) Akta berkaitan salahguna dadah di dalam negara ini, iaitu :-
i. Akta Dadah Berbahaya 1952

ii. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998

iii. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985

iv. Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta)1988

v. Akta Racun 1952.

Kita perlu menyemak semula secara keseluruhan akta – akta tersebut agar kita dapat memastikan bahawa peruntukan – peruntukan undang – undang yang sediaada atau yang mungkin yang telah dipinda masih relevan dan tepat mengikut perubahan dan kehendak semasa. Semakan ini juga akan membantu penguasaan yang efektif dan menjamin agar matlamat negara bebas dadah ini tercapai.

Kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa apabila kita menghadapi masalah penagihan dadah ini. Sikap hidup semakin memetingkan material dan hedonisma ini memudahkan para belia terjerumus dalam kancah masalah sosial tersebut. Selain penguatkuasaan undang-undang, kita harus mengembalikan hidup bermasyarakat, sering mengenali, kasih-mengasihi, bantu-membantu diantara satu sama lain .Jadikan jiran kita sebagai keluarga kita sendiri. Jangan kita merasa marah sekiranya ada jiran menasihati kita, mungkin nasihat tersebut akan membantu kita membendung perbuatan buruk terjadi kepada anak keluarga kita.

Membina masyarakat yang gemilang harus bermula dari rumah kita sediri. Amat bertepatan dengan seruan Presiden MBM kepada ibubapa, didiklah anak-anak kita untuk mereka berjaya pada masa akan datang. Suasana sekarang pastinya berbeza pada masa akan datang. Hanya dengan ilmu dan pegangan kuat pada ajaran agama sahaja yang mampu menjadi benteng ketahanan diri dan jiwa anak-anak kita. Marilah bersama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan anak-anak dan generasi pelanjut ini. Ibarat pepatah mengatakan ‘ hina besi kerana karat, hina manusia kerana ceteknya ilmu dan lemahnya taqwa” [5]

Azizuddin Ahmad, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM)


[1]HarianMetro http: //www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Minda/20041121102206 / Article/indexs_html

[2] Orang Muda: Fahami psikologi remaja, pandu ke arah hidup sihat, Berita Harian,

[3] Ucapan perasmian, YAB Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Presiden, Majlis Belia Malaysia (MBM),“Belia Benci Dadah”, Lenggong, Perak, 22 januari 2005 (ahad)

[4] YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin, Timbalan Menteri Pertahanan, Merangkap yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan, ucapan perasmian bengkel undang-undang Penguatkuasaan Dadah peringkat kebangsaan.

[5] Ucapan perasmian, YAB Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Presiden, Majlis Belia Malaysia (MBM),“Belia Benci Dadah”, Lenggong, Perak, 22 januari 2005 (ahad)