Monday, February 23, 2009

Bekerja kerana semangat, idelisma, kasih sayang....

-->
Bila ada orang berkata “ NGO ? Apa yang boleh mereka buat ? Saya merasakan mereka yang berkata sedemikian, tidak berpijak dengan bumi yang nyata. Mereka tidak sedar sebenarnya NGO adalah organisasi yang cukup berjasa dengan perkembangan manusia di dunia ini. Mereka telah melahirkan manusia yang punya empathi, punya rasa, punya jiwa dan naluri dan hasilnya dapat dirasai oleh seluruh umat. Dan saya yakin bahawa kerajaan pada masa depan (future goverments) adalah terdiri kombinasi diantara kekuatan kerajaan (yang dibentuk melalui parti) dan NGO.
Clinton dalam bukunya bertajuk ”Giving ” menyatakan sumbangan kelompok manusia (NGO) ini cukup banyak berjasa kepada proses pembaikan umat. Setelah beliau meninggalkan Washington DC, 2001,beliau secara aktif mencebur diri dengan kerja-kerja kebajikan. Ternyata beliau dapat melihat kebajikan yang telah dilakukan oleh golongan ini. Ada tiga sebab utama sumbangan NGO (citizan services) bertambah dalam abad ke 21 ini ; pertama, aktivitism ini berkembang selepas Cold War, dalam negara yang demokratik, media response kepada suara ramai dan semakin ramai yang boleh melakukan kerja sedemikian. Kedua, revolusi informasi dan globalisasi membantu peluang kekayaan dan mereka pula bersedia untuk mengeluarkan kembali wang yang mereka perolehi bagi membantu mereka yang tidak berdaya. Ketiga, NGO telah mengembangkan cara mereka bekerja dan mencari dana melalui internet , ini membolehkan sesiapa saja mampu menyumbang dengan keupayaan yang mereka ada.
Ternyata NGO memang memberi kesan. Sebagai contoh di USA, mempunyai lebih 1 juta NGO/Charitable organisations, dan telah memberi 10.2 juta pekerjaan kepada rakyat dan menyumbang 7% pekerjaan di US. Saya yakin mereka yang bekerja bukannya kerana wang tetapi semangat dan jiwa mereka yang cintai keamanan, jiwa yang penuh kasih sayang, jiwa yang sentiasa melihat manusia boleh di beri peluang untuk hidup dan mengubah nasib yang lebih baik lagi. Mereka bebas dan inilah kekuatan baru dalam masyarakat pada masa akan datang.
Tidak lah rugi kita menjadi salah seorang daripada mereka yangmelakukan kebajikan.....

Thursday, February 05, 2009

Arundhati Roy Quotes...

"The battle has to begin here. In America. The only institution more powerful than the U.S. government is American civil society. The rest of us are subjects of slave nations. We are by no means powerless, but you have the power of proximity. You have access to the Imperial Palace and the Emperor's chambers. Empire's conquests are being carried out in your name." - Arundhati Roy
"Today the world is run by three of the most secretive institutions in the world: The International Monetary Fund, the World Bank, and the World Trade Organization, all three of which, in turn, are dominated by the U.S. Their decisions are made in secret. The people who head them are appointed behind closed doors. Nobody really knows anything about them, their politics, their beliefs, their intentions. Nobody elected them. Nobody said they could make decisions on our behalf." - Arundhati Roy
"Israel's staunchest political and military ally is and always has been the U.S. Government. The U.S. Government has blocked, along with Israel, almost every U.N. resolution that sought a peaceful, equitable solution to the conflict. It has supported almost every war that Israel has fought. When Israel attacks Palestine, it is American missiles that smash through Palestinian homes. And every year Israel receives several billion dollars from the U.S." - Arundhati Roy

I wonder how Obama will overcome this....ehmm ?

Diplomacy: Barack Obama supports tough and direct diplomacy with Iran without preconditions. Now is the time to use the power of American diplomacy to pressure Iran to stop their illicit nuclear program, support for terrorism, and threats toward Israel. Obama and Biden will offer the Iranian regime a choice. If Iran abandons its nuclear program and support for terrorism, we will offer incentives like membership in the World Trade Organization, economic investments, and a move toward normal diplomatic relations. If Iran continues its troubling behavior, we will step up our economic pressure and political isolation. In carrying out this diplomacy, we will coordinate closely with our allies and proceed with careful preparation. Seeking this kind of comprehensive settlement with Iran is our best way to make progress.

Tuesday, February 03, 2009

Apabila kita bicara mengenai pluralism….

Apabila saya mengikut bicara oleh Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, IAIS, tempohari berkaitan dengan Ethnic and Religious Pluralism: An Islamic Perspective, tiada perkara baru cuma beliau menekan betapa pentingnya pluralism ini dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama dalam sesebuah negara. Pluralism mempunyai asas yang kukuh dalam ayat Al Quran dan Sunnah dalam mengendalikan sesebuah masyarakat. Asas inilah yang kita sentiasa lupa dan jadikan dasar.

Memahaminya dari persepektif Islam, menginsafi keperluan kebijaksanaan pemerintah dalam menyesuaikan gaya dan respons terhadap isu-isu semasa dalam masyarakat. Isu-isu yang berbangkit , berbagai yang harus dilihat dari berbagai sudut dan sebabnya. Ianya disebabkan sesuatu kepincangan berlaku dalam perlaksanaan atau respons yang diberikan oleh manusia ketika itu. Maka yang lemah adalah manusia, dan penyelesaian mestilah dilihat dari sudut yang lebih luas, dengan semangat yang telah ditanama oleh agama melalui Al Quran dan As Sunnah.

Namun kita jemu dengan polemik yang berpanjangan yang mana kita jelas dan faham perbezaaannya. Kadangkala diulang masalah yang sama dan kita memaksa penyelesaian mengikut perspektif kita, adalah jalan yang luar daripada memahami pluralism. Ianya dijadikan agenda kepercayaan kita sehingga kita tidak lagi memahami bahawa kita boleh berbeza dan menghargai perbezaan tersebut. Keadilan ada asas. Kebenaran juga ada asas. Kita yang tidak menghargainya.

Tuesday, January 20, 2009

Sokongan rakyat Amerika terhadap Serangan Israel masih kuat.

Gambaran kajian daripada Pew Research Center menunjukkan bahawa rakyat Amerika masih menyokong israel dan tindakan ganas dan biadap terhadap rakyat Palestin di Gaza.



Overall public support for Israel has been undiminished by the war: 49% now say they sympathize with Israel in its dispute with the Palestinians while just 11% sympathize with the Palestinians.

As to the situation in Gaza itself, more than three times as many people blame Hamas for the outbreak of violence there as blame Israel (by 41% to 12%). Nonetheless, just 40% approve of the military action Israel has taken in Gaza; 33% disapprove. Half of Americans say Israel's response to the current conflict with Hamas has been about right, while 24% believe Israel has gone too far.

Nearly two-thirds of Republicans (65%) say that Israel's response in Gaza has been about right, while very few (8%) believe Israel has gone too far. Fewer than half of Democrats (45%) say that Israel's response has been about right and more than a third (36%) say it has been excessive

Apalah yang kita boleh harapkan daripada Obama, hanyalah janji dan kata-kata manis. “ We have long road to go…”

Monday, January 05, 2009

Angkara siapa…..Senjata buatan US digunakan selama ini membunuh umat Islam


Apabila pemimpin Hamas, Nizar Rayyan, di bunuh dengan serangan udara, yang turut terkorban ialah ahli keluarganya 2 isterinya, 6 anak lelaki dan 5 anak perempuannya. Saya tidak hairan bagaimana sasaran mereka tepat sekali ; pertama; masih ada pembelot/spy dikalangan rakyat Palestin yang disogokkan segala kemewahan wang, arak dan wanita. Dan kedua, pengalaman saya ke Bahgdad semasa perang US-IRAQ, saya dapati memang sasaran itu memang tepat. Disana sebuah rumah yang diduduki oleh Saddam dibom melalui udara, tepat, dan tidak mengena rumah-rumah dikelilingnya.

Persoalannya, siapa yang membekalkan peralatan tersebut ? Untuk tujuan apa? Sudah pasti dalam pemikiran kita ialah US....mereka membekalkan senjata untuk membunuh umat Islam dan dalam masa yang sama kita mendabik dada dengan slogan demokrasi, kebebasan serta kesamaan oleh US. Yang boleh kita buat ialah gaduh sesama sendiri dan akhirnya merana dinegara sendiri.

Yang menyedihkan semua akhbar barat menyatakan pembunuhan ini legitimate , halal, kerana kepercayaan kepada cara perjuangannya. Kalau mereka di situasi Abu Nizar , saya yakin mereka juga akan bertindak sedemikian. Tiada orang pun yang memakai baju Abu Nizar ini, atau pejuang-pejuang in , ...tetapi baju Guevara (ciptaan barat), orang melayu/Islam (kurang akal ) di Malaysia dipakai dan dipuja....

Durjana Israel…adalah sifat semulajadinya.

Israel memang telah lama dikenali kedurjanaannya. Ianya mempunyai sifat semulajadi sejak keujudannya. Mereka melakukan kerana ”self claim” sebagai ”kelompok yang disayangi Tuhan”., maka segala perbuatannya menjadi halal. Tapi disebabkan sifat mereka yang pandai berpura-pura , perahsia, manipulasi, mereka berjaya menguasai ”money and power”.

Perbuatan kebinatangan mereka , baru-baru ini bukanlah suatu yang luar biasa, ianya sudah sebati dengan sifat Israel zionis itu. Tapi kali ini, adalah untuk menguji kewibawaan Obama. Mereka dimaklumkan oleh ”white intelligent’ bahawa Obama akan mengubah polisinya terhadap dunia arab. Maka serangan dilancarkan terhadap rakyat Palestin dengan ”maklumat dan ancaman palsu kononnya dari Hamas. Mereka ingin memulakan perundingan dengan Obama, dengan mengikat tangan Obama, untuk mengikuti kehendak mereka. Akhirnya tiada satu pun polisi yang berubah, yang meningkat ialah bantuan kewangan dan senjata untuk Israel.

Tindakan Israel juga bertujuan untuk melakukan provokasi kepada golongan ” AL Qaedah” dan mereka yang tidak dapat menahan kemarahan yang akan bertindak balas terhadap kepentingan Israel, Amerika dan sekutunya. Dan ternyatakan yang akan dijadikan kambing hitam ialah umat Islam, hilanglah kemarahan dunia kepada Israel. Dan umat Islam tidak akan dapat lagi membendung kemarahan golongan extremis ini, kerana kewajaran untuk mendapatkan keadilan menurut perspektif sendiri.....(mungkin perlu bangkit kelompok Nazi untuk memusnahkan Israel ini)

Itulah nasib umat...yang lemah sentiasa ditindas, yang kuat dilemahkan...

Monday, December 15, 2008

Mencipta Arah Baru Tamadun Dunia

Setelah mendengar public lecture daripada Dr Elisabeth Sahtouris, seorang scholar dalam evolution biologist, saya dapat merasakan bahwa tangan/usaha kita sendiri yang menghancur alam ini. Beliau yang sedang merangka model bagaimana hubungkait diantara fizik, biologi dan spritual. Kegigihan beliau melihat dunia hubungannya dengan kuasa Tuhan adalah suatu perkara yang cukup bermakna dalam dunia sains kita pada masa akan datang.

Beliau melihat kefahaman sains sekarang yang mengenepikan dimensi spirit/Tuhan/Pencipta membawa banyak kerosakan. Kefahaman kepada material yang melampau, hasilnya hanya untuk mengaut keuntungan, mencipta mesin-mesin pemusnah alam, serta tidak mahu mengakui model-model yang lebih natural friendly, telah menguasai pemikiran ahli fizik, biology, engineer, arkitek dan lain-lain. Sehingga ciptaan mereka tidak lagi bersandarkan kepada spirit apatahlagi hubungan dengan ketuhanan. Saya kagum dengan kesungguh beliau yang sanggup bertahun-tahun mengkaji kehidupan bermuamalat indigenous/orang asli dari berbagai kawasan dunia, dan hidup bersama-sama dengan mereka, semata-mata kerana ilmu.

Beliau mencabar supaya umat Islam yang mempunyai model-model baru yang lebih baik, lebih mempunyai roh, dapat dikembangkan untuk umat seluruh dunia. Dan sewajar cendikiawan Islam memulakan ciptaan tamadun bagi mengganti tamadun yang ada, mengikut berita, sumber kewangan yang digunakan oleh negara-negara Islam untuk membeli senjata cukup banyak, alangkah baiknya sekiranya ada tokoh yang dapat menyatukan negara-negara Islam agar menyediakan sumber kewangan bagi mencipta kekuatan melalui tamadun pula ...”Why stay in prison, when the door is wide open”

Friday, December 12, 2008

AUKU atau AUTU

Saya yakin sebahagian besar pemimpin tua dan muda yang ada sekarang duduk dalam Parlimen merasai tindakan daripada AUKU ? Kebanyakannya dari UMNO, PAS, ..parti lain saya rasa tak banyak. Kalau ada mungkin bukan kerana bersuara.... tetapi saya yakin kebanyakan pemimpin yang lahir daripada AUKU lebih ketrampilan kerana mereka telah terbukti keberaniannya, berwawasan, berani mengambil risiko kerana kebenaran dan kepercayaan idealisma yang dibina dalam jiwa mereka.. betul atau tidak, itu soal lain. Yang penting mereka membuktikan bahawa AUKU tidak pernah menghalang mereka menjadi pemimpin, malah mereka lebih perihatin dan bertanggungjawab dengan kepimpinannya.

Hujah ini selalu saya berikan pada rakan-rakan di kampus. Memang benar dan ada kewajarannya sekiranya sekatan-sekatan kebebasan bersuara di kalangan pelajar dihapuskan, namun untuk siapa ? kepentingan siapa ? apakah semua pelajar selama ini tidak pernah bersuara ? apakah pelajar sekarang memang perlu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu terutama parti politik untuk meriah kemenangan politik ? Apakah pelajar sekarang tidak boleh lagi berfikir sendiri ? Semuanya persoalan ini perlu kejujuran dan selalunya tidak ada yang jujur .

Kebebasan harus ada batasnya. Batasnya perlu diperbincangkan demi kepetingan masa depan mereka untuk terus menjadi modal insan negara, bukannya gurkha parti politik.. Kebebasan mereka memupuk nilai dan moral yang tinggi dalam membina kehidupan mereka. Parti politik seharusnya membuka minda bukan meracuni dengan fitnah, kebencian dan dendam kesumat peribadi. Empangan harus dibuka sedikit untuk keperluan kawalan kederasannya, jika dibuka semua, kesannya pasti rosak semua yang ditimpa air yang deras itu. Yang rugi kita semua, biarlah perlahan tapi berkesan membuka minda pelajar kita semua.

Thursday, November 27, 2008

Dailog Muslim-Kristian keperluan dalam era ini?

Baru-baru ini saya mengikuti bicara daripada Prof Dr Cristian Troll, berkaitan dengan contemporary Muslim Cristian Dialoque with special reerence to Europe. Sebagaimana yang saya jangkakan persamaan dan perbezaan dalam kedua-du agama besar memang ujud dan mesti diakui bersama.( Agree to disagree) . perbezaan ketara daripada asas agama itu.

Namun bagi kehidupan sebenar kita tidak boleh lari dari bertembung diantara satu sama lain. Kerana kedua-dua merupakan agama misi. Penganut yang mempunyai berbagai ragam berlatarbelakang sejarah, sosial dan ekonomi, ianya memberi berbagai bentuk reaksi dalam memahami diantara satu sama lain.

Namun begitu, banyak persamaan dari menilai kehidupan dalam kepercayaan kedua-dua agama ini yang diperkembangkan. Bagaimana pertemuan komunikasi ini boleh berlaku secara keseluruhannya, ianya menjadi cabaran seterusnya umat ini.

Saya merasakan peranan orang politik tidak kurang pentingnya dengan golongan agamawan dalam merancakkan engagement ini. Kita tidak boleh membiarkan sesetengah golongan mengambil kesempatan dengan kekurangan yang ada, mengadu domba umat bag kepentingan diri (populariti) dan politik.

Dan penting juga difikirkan pengalaman kita dalam berhadapan isu ini, kerana pengalaman kita mungkin juga perlu difahami bahawa kita ini semuanya convertors....kita bukan Arab atau Inggeris, kita melayu Islam/kristian bangsa cina, india dan peribumi yang mempunyai tolerance yang tinggi....

Friday, November 21, 2008

Mengapa mesti ada pertarungan...

Dalam membina sebuah negara yang maju dan progresif, perbahasan berkaitan dengan isu-isu yang perkauman seharusnya ada noktah. Kita sudah sepakati persoalan dan hujah yang mengaitkan kita dengan isu ras ini, namun kita tidak harus juga lupa dalam mempertahankan mana-mana kaum penilaian utama kita ialah nilai sejagat iaitu keadilan dan kebenaran.

Ada perkara yang perlu diubah disebabkan kerosakan yang dilakukan olehnya, tetapi ada perkara yang boleh kita baiki bersama tanpa mencabut akarnya. Kalau kita mencari jalan bagaimana kerjasama untk semua dapat menikmati kemakmuran, keamanan dan keadilan dalam negara ini, sudah pasti kita mampu bersetuju dengan perkara-perkara asas yang tidak perlu lagi kita pertikaikan.

Apakah debat, perbahasan idea ini, meningkatkan perpaduan kaum ? keamanan? Apakah ianya menjamin kesejahteraan dan kepuasan untuk semua orang ? Apakah ianya boleh menyebabkan kita semua merasa serong diantara kita? Mungkin di dunia luar /barat perbahasan akademik sedemikian tidak dilanjut oleh orang politik sebagai bahan mengaut keuntungan sokongan, tetapi di negara ini, perbahasan akademik turut juga dimainkan oleh segolongan orang yang digunakan oleh orang politik atau golongan tertentu untuk menjadi jurucakap mereka. Amat malang sekali, sekiranya perbahasan dalam mencari kebenaran serta mencari ruang-ruang untuk perubahan menjadi medan kecaman, penghinaan, menanam kebencian serta mengundang kepada msyarakat yang tidak stabil.