Thursday, September 18, 2008

Peralihan Kuasa ?

Peralihan kuasa sudah menjadi pekara lumrah dalam sesebuah negara. Peralihan kuasa politik selalunya berlaku dengan tujuan untuk meneruskan kestabilan, keamanan dan kekukuhan ekonomi. Ada kala peralihan kuasa aboleh berlaku pabila parti yang berkuasa kalah dalam pilihanraya. Itu lumrah. Tetapi sekiranya peralihan kuasa berlaku dalam masa dan ruang pemerintahan yang sedia ada, ianya mestilah mengambilkira faktor kestabilan atau ketidakmampuan untuk memerintah lagi, atau tidak mendapat persepsi yang baik daripada rakyat keseluruhannya.

Ianya berbeza dengan peralihan kuasa dengan demostrasi seperti Thailand, Filipina, Indonesia. Peralihan kuasa berlaku berbentuk anarki, terbukti tidak menyelesaikan masalah, dan ianya hanya memberi peluang kepada sebelah pihak yang berlainan untuk berkuasa. Belum tentu bagus, kerana kita harus melihat kekuatan ideologi, kesefahaman, serta keupayaan mereka untuk memerintah. Selalunya diakhiri dengan kekecewaan dan kesengsaraan dan diambil kesempatan oleh mereka yang buta perjuangan, tali barut, serta kuasa luar.

Yang penting 916, tidak berlaku. Jangan pemimpin menjaja kebencian dengan menutup mata segala kebaikan yang ada. Jangan gunakan nama rakyat untuk meriah keuntungan dan kuasa. Jepun dengan slogan "Asia untuk Asia" , menghalau penjajah, namun mereka juga turut melakukan kekejaman dan akhirnya kembali ke asal. Entahlah, bila berkesudahan...

Tuesday, September 16, 2008

MALAYSIA 916

Hari ini 16 September 2008, genap 45 tahun Persekutuan Malaysia di bentuk dengan gabungan Persekutuan Tanah melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Namun disebabkan politik Singapura keluar daripada Malaysia pada Ogos 1965 selepas hampir dua tahun dalam Malaysia.

Generasi muda sekarang tidak dapat merasai suasana, pembentukan ini dalam makna yang sebenar. Kita hanya membaca dan mendengar tarikh ini, tapi tidak dapat merasakan apa yang generasi kemerdekaan rasakan. Namun ianya bukan alasan bagi kita untuk kita tidak memahami sejarah ini. Ianya berkait rapat persetujuan kita untuk hidup secara adil, harmoni dan aman dalam sebuah negara yang kita cintai.

Tidak dapat dinafikan banyak perundingan dan tolak ansur bagi membolehkan persefahaman untuk membina negara ini. Dan ada logiknya untuk menilai sebaik mungkin perubahan semasa dengan apa yang kita sepakati dulu. Jangan pula kita lupa, bahwa pengorbanan pemimpin yang terdahulu ternyata telah memberi kesan kepada kestabilan, keharmonian serta kekukuhan ekonomi negara. Maka sekiranya kita ingin melakukan perubahan, janganlah sampai tergadai agama, bangsa dan negara. Biarlah semua dapat keadilan tanpa merosakan kebenaran.

Saturday, September 13, 2008

Internal Security Act (Akta keselamatan dalam Negeri)

Bulan ini nampaknya banyak peristiwa berlaku. Dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, bukan sahaja mengingatkan kita peristiwa penting dalam sejarah Islam tetapi peristiwa baru melanda negara. Dengan pemergian ahli politik keluar negara, bayangan 916, dan ISA.

Saya tidak pernah setuju dengan pendekatan ISA. Walaupun ada terdetik dalam perasaan keperluan akta yang boleh mengawal negara ketika dalam darurat demi keselamatan negara dan juga keharmonian rakyat terbanyak. Apabila kemenangan parti pembangkang pada pilihanraya yang lalu, walaupun tidak berlaku seperti Mei 1969, namun ianya bukannya ”open blanket ” bagi mereka yang bukan melayu, atau melayu berfikiran barat, mula mempermainkan, menghangatkan isu serta mempertikaikan keistemewaan orang melayu dan kedudukan Islam di negara ini.

Kemenangan bukannya bebas untuk merungkai semua yang ada. Jangan sampai orang lain, majoriti merasakan, lemas dengan tekanan ini sehingga mereka terpaksa bertindak dengan cara yang tidak wajar dan salah dari sisi undang-undang. Dengan kelemahan kepimpinan yang ada, mereka mengambil segala kesempatan untuk menghina, mengasak serta memperkecilkan orang melayu dan Islam.

Akhirnya ISA digunakan bagi memastikan penghasut-penghasut tidak bermaharajalela. Walau ianya salah dari segi ”human right” ciptaan barat, namun untuk menjamin kestabilan, keharmonian serta keselamatan rakyat, saya rasa ianya wajar untuk sementara waktu.

No debate...

Monday, September 08, 2008

Kestabilan Politik..apakah kita sudah lupa

Ada kebenarannya apa yang kita capai selama 50 tahun merdeka adalah hasil dari kestabilan politik. Kita tidak pernah merasa gangguan politik sehingga menyebabkan ekonomi kita lumpuh atau ketenteraman kita tergugat. Walaupun ada insiden seperti 1967 atau insiden kecil berlaku diaebabkan perkauman namun ianya dapat dikawal dengan segera oleh pemerintah dan ketegasan semua pemimpin kaum, politik dan agama dalam usaha memulihkan suasana tersebut.

Mungkin selepas 50 generasi muda mula menikmati kemewahan yang telah disediakan oleh datuk nenek kita, tidak menyedari bahawa pentingnya kestabilan. Orang mungkin berkata kita tidak perlu lagi mempertahankan status-co, atau perlu lagi melihat sejarah. Dan menganggap sejarah itu bebanan untuk kita memulakan langkah baru ? Namun pandangan ini sebenarnya mengundang berbagai permasalahan baru dan boleh membawa kita kembali kebelakang iaitu berada konflik perkauman, agama , budaya yang telah diselesai dan dipersetujui di peringkat awal lagi.

Apakah kita harus berada dalam landasan barat ? Sekiranya kita hujahkan begitu , sudah tentu mereka menolak pandangan ini. Tapi apa landasan apa perubahan perlu dibuat? Pernah kita terfikir akan formula kita yang sentiasa menitikberatkan kestabilan, harmoni, persefahaman, bantu-membantu, jatidiri serta sayangkan negara itu real dan berjaya menyatukan kita ? Apakah kita tidak melihat keadilan dan kebenaran bukannya milik kita tetapi dikongsi dengan masyarakat ? Bukankah kita sebenarnya membina generasi demi generasi..untuk anak-anak kita semua? Kalau datuk nenek, ibu bapa dalam keadaan tidak stabil, bergaduh..apakah kita boleh menikmati apa yang kita ada sekarang. Cuba lihat negara afrika dan sewaktu dengan nya...Fikirkanlah formula kita untuk kita .

Friday, September 05, 2008

Anda sudah kena rompak ?

Baru-baru ini kereta rakan saya telah dipecah cermin dan telah kehilangan barang berharga seperti laptop, kredit kad, smartag, gps sistem. Waktu kejadian jam 11 pagi, di hapadan jalan besar, dan berhampiran dengan bangunan, yang menghairankan kita semua , apakah tidak ada insan yang melihat ? Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem keselamatan sekarang. Saya juga telah menghadapi perkara yang sama, dan melaporkan nya di Balai Polis, dan mengambil masa lama sebab terpaksan tunggu pegawai bertugas yang mengambil laporan serta tindakan seperti ambil gambar dan lain-lain. Tapi tidak ada usaha untuk mengambil cap jari atau usaha lain yang menyakinkan kita bahwa siasatan boleh dilakukan. Jadi buat laporan untuk apa?

Saya ingatkan dengan adanya suruhanjaya baikpulih PDRM yang ditubuhkan akan membuat agensi ini bertambah professioanal. Yang kita nampak, memang ada perubahan dari segi pembaikan perumahan, gaji, elaun, dan beberapa fasiliti. Dalam masa yang sama, kita juga ingin melihat pertama menambahan anggota dan cara pengawalan, kedua professional dalam usaha penyiasatan ketiga tambahan rakan cop yang boleh membantu pihak polis menjalankan tugas dengan leih baik.

Kita alu-alukan usaha membenteraskan rasuha dikalangan anggota polis, tetapi jangan lupa insentif yang perlu diberikan kepada mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang dan serius. Sebab itu, rakyat ingin lihat perubahan, sekiranya pencuri kecil ini lepas, dan tiada tindakan serius maka mereka akan menjadi besar dan berubah menjadi ganas seperti merompak, merogol dan membunuh.

Wednesday, September 03, 2008

Gangsterism, perompak, ….semuanya bermula dari awal remaja belia

Gangsterism yang mula menjadi budaya remaja masakini bermula dari alam persekolahan. Kita dengar dan melihat melalui media bahawa gangsterism di sekolah semakin mengganas, dan keberanian untuk melakukan keganasan seperti memukul, menggugut mungkin rogol, semakin ketara. Mereka seperti punyai kuasa sendiri dan tidak lagi memerlukan nasihat serta bimbingan daripada guru ataupun ibubapa mereka sendiri. Mereka mampu mencari wang sendiri, handphone, motor tanpa bantuan daripada keluarga. Bagaimana mereka mencari wang, mungkin bekerja sambilan atau melakukan kerja-kerja diluar batas undang-undang. Mereka datang ke sekolah hanya untuk suka-suka atau buat”recruitment” orang baru atau geng baru.

Apabila semuanya sudah menjadi kebiasaan, dan mempunyai talian ikatan kumpulan yang kuat, memang susah untuk keluar dari kelompok ini. Yang mana tidak dapat pencapaian yang baik, akan meneruskan dengan kumpulan ini dan yang paling malang kumpulan ini terus berusaha mencari sumber kewangan dengan merompak, mencuri, dan lain-lain.

Kita kuatir dengan perubahan sosial yang semakin teruk, mungkin mempunyai faktor yang berbagai. Tetapi yang nyata, faktor untuk menjadi dikenali, dihormati,mempunyai wang, dikelilingi wanita, bergaya, disko mungkin menjadikan kumpulan makin serius dalam aktivitinya. Apatah lagi pihak berkuasa yang semakin lemah.

Saya yakin dengan banyak pertembungan pihak berkuasa dengan kumpulan perompak ini, dan tumpasnya mereka ini, akan mengurangkan aktiviti mereka. Dan kita ingin mengucapkan tahniah kepada pihak polis yang cuba sedaya upaya mengawal serta menumpaskan sendikit, penjenayah ini kerana mereka sudah hilang kawalan dan mula menjadi raja sehingga sanggup membunuh dan mengambil harta orang secara haram.

Semuanya bermula dari awal remaja belia........

Tuesday, September 02, 2008

Andai Ku Tahu....Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan datang lagi membawa seribu rahmat. Bulan ini membawa kebaikan yang banyak kepada mereka yang istiqamah dalam menunaikan ketaatannya kepada Allah s.w.t. Bulan penuh rahmah ini , kita tidak seharusnya ketinggalan mempertingkatkan 'amal kepada Tuhan dan kebajikan kita sesama insan. Pada bulan ini , bukalah ruang dalam hati kita untuk memaafkan sesiapa yang telah menyakiti kita, dan pohon ampunan daripada Allah s.w.t atas keterlanjuran kita. Dan berusahalah kita memohon maaf sesama kita.

Saya terdengar lagu dari satu kumpulan yang menyanyi sebuah lagu "andainya ku tahu", dengan meneliti liriknya, menimbulkan kesedaran dan keinsafan. Walaupun ianya mungkin menyeronokkan, tapi sebenarnya lagu ini mampu mengalunkan minda kepada suatu kesedaran atas tindakan kita yang lalu. Memang ada dalam ayat Al Quran, menyatakan ada kumpulan manusia yang meminta diberikan peluang untuk kembali kebumi, selepas dimasukkan dalam neraka, akan ber'amal ibadah sepenuh masa. Tiada lagi kemaksiatan. Tiada noda dan dosa. Namun bukan semudah itu.

Allah s.w.t telah memberikan kita cukup masa dengan umur yang ada pada kita untuk melakukan kebajikan, kebaikan, sujud dan rukuk pada NYA. Namun atas tipu daya dunia, dengan godaan syaitan dna hawa nafsu, kita dilalaikan dengan tanggungjawab itu. Maka kita hanyut dengan keduniaan.

Kerana itu, bulan Ramadhan datang untuk memberi kita peringatan yang jelas. Marilah kita tingkatkan 'amalan, kebajikan, kebaikan tinggalkan fitnah, adu domba, kegilaan mengejar kemewahan sehingga kita mengambil hak orang lain, tinggalkan politik penting diri sendiri dan jauhkan diri dari perkar-perkara yang boleh merosakan iman dan taqwa.

Ingatan Allah s.w.t sentiasa ada, cuma kepada mereka yang diberi fikiran, mata dan hati yang ikhlas dan terbuka. Semoga Allah s.w.t memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang sedemekian. Selamat berpuasa, Ramadhan Al Mubarak 2008.

Monday, August 25, 2008

Kemerdekaan harta yang tak ternilai

Kemerdekaan sesebuah negara cukup bererti kepada rakyatnya. Pada Tanggal 31 Ogos 1957, negara mengistiharkan hari kemerdekaan bagi menandakan kebebasan kita dari penguasaan penjajah. Walaupun perjuangan memerdeka negara tidak sehebat pertumpahan darah seperti negara-negara lain, namun rentetan salur galur perjuangan tidak lepas dari keringat, darah dan airmata.

Jika kita lihat sepintas lalu, tarikh-tarikh keramat negara-negara jiran kita seperti Thailand (1238 ), Cambodia (1953 ), Vietnam(1945 ), Indonesia (1945), Singapura (1965) ?, Burma(1948), Laos (1949). Menarik kita melihat bahawa kemerdekaan kita lebih lambat dibandingkan dengan negara-negara tersebut, tetapi dari segi persiapan kepimpinan politik dan pentadbran, polisi, sumber tenaga kerja, peningkatan ekonomi dan budaya serta nilai terbina secara lebih tersusun dan boleh dibanggakan perkembangan. Jika itu perbandingannya, kita tidak menafikan bahawa kita sudah melangkah kehadapan berbanding dengan kebanyakan negara yang ada.

Bagi generasi muda, kemerdekaan merupakan hari kita memikirkan semula peranan kita sebagai warganegara sejati dalam mempertahankan nilai dan jatidiri sendiri. Walaupun kita tidak dapat lari daripada konsep dan prinsip amalan kebebasan yang berada dipuncak globalisasi, namun kita tidak dapat lari dari kemurnian paksi hidup dalam nilai dan agama. Nilai dan agama sentiasa bersandar dengan kekuatan bangsa dan negara tersebut. Sebab itu kita melihat negara seperti Amerika, United Kingdom juga memaksa negara mereka dalam kerangka agama dan nilai. Segala tindakan mesti juga dijustifikasikan dengan agama dan nilai. Itulah fitrah.

Memahamkan diri kita berkaitan dengan ini, kita mesti berupaya menilai persekitaran dan isu yang berlaku dalam negara dan dunia. Agenda globalisasi juga merupakan agenda pembaratan yang mempunyai nilai penjajah. Pertembungan konsep dan nilai mesti diukur dengan faktor kekuatan kita. Kita tidak seharusnya meruntuhkan apa yang kita ada, sekadar melihat apa yang ada di tangan orang lain lebih baik umpama ” membuang air di tempayan, apabila mendengar guruh dilangit”. Penilaian secara efektif mesti dilakukan dan ini tanggungjawab besar yang sedang digalas oleh generasi baru belia di Malaysia.

51 tahun merdeka, tidak ada makna, sekiranya kita, tidak tahu menilai perjuangan bagaimana keringat, darah dan airmata dalam mendapatkan kembali tanahair ini. Untuk melakukan atau menuntut perubahan dasar mestilah berhati-hati. Ini bukan suatu experimen. Ianya boleh meruntuhkan apa yang telah kecapi selama ini. Ini juga bukan bermakna kita harus undur kebelakang atau tidak berubah, tapi sedar akan tanggungjawab kita ini juga akan memberi kesan kepada generasi kita yang akan datang.

Oleh kerana itu, kerajaan mesti berusaha keras bagi memastikan generasi belia dapat memahami dan menghayati kemerdekaan. Pertama, kembalikan semula semangat patriotism melalui apa saja program seperti budaya, sukan, latihan, media, iklan, suara, kepimpinan sepanjang masa, bukan sekadar secara bulanan, atau saat laungan merdeka sahaja. Sekiranya cintakan alam sekitar atau haiwan boleh di terjemahkan, maka cintakan negara mestikan diterjemahkan secara sistematik kepada generasi muda dan kementerian , agensi dan pihak swasta tidak seharusnya ragu-ragu bersama-sama menjayakannya. Kedua, pendedahan sejarah mesti secara sistematik, jelas, tegas, senang dibaca, tempat yang sesuai dan ditempat awam, agar kita dapat mendidik masyarakat dan khasnya generasi muda secara santai dan berterusan. Ketiga, sekiranya ada yang pernah berkata “berikan aku sepuluh pemuda, biarku gegar dunia ini” merujuk bahawa kekuatan agama, bangsa dan negara itu terletak ditangan dan tanggungjawab generasi belia. Kemerdekaan jiwa dan pemikiran generasi belia mesti dipupuk dari awal. Perbanyakan latihan dan program dengan NGO dan persatuan dari berbagai sudut samada melalui keagamaan, budaya, cintai alam sekitar, bersukan dan program pertukaran belia antarabangsa. Jadikan mereka sebagai ”partner in nation building” bukan sekadar mengisi tempat kosong untuk melaung kemerdekaan. Biarkan mereka melakar usaha dalam pembentukan jatidiri dan pupuk minat dan semangat mempertahankan tanahair dari usaha globalisasi yang semakin mengganas.

Kemerdekaan negara juga memerlukan kemerdekaan minda, jiwa dan budaya. Sekiranya semuanya masih lagi dalam perkiraan barat atau orang lain lebih baik, menjadikan kita terasa lemah dan mudah mengalah dari mencipta sejarah dan kecemerlangan kita sendiri. Bukan bermaksud kita harus membuang semua yang baik dari sumber tamadun orang lain, tetapi kita harus bersikap selektif dan kreatif dalam menerima dan berusaha sesuatu untuk manafaat masyarakat lain. Persekitaran dan insentif kerajaan mestilah bersesuaian dengan usaha kita kearah kecemerlangan. Suatu bangsa datau negara itu akan dihormati dan dijadikan contoh tauladan sekiranya kita bangga dengan apa yang kita ada.

Inilah tanggungjawab kita, generasi belia masa depan negara.

Monday, August 18, 2008

Nilai Pingat Olympic

Nilai sesebuah pingat dalam acara sukan berprestij tinggi seperti Olympic, adalah suatu yang sangat bernilai bagi meletakkan nama Malaysia di mata dunia. Kita telah menghantar ramai pasukan atlet ke Olympic kali ini, bukan sahaja mendedahkan mereka kepada sukan masing-masing tetapi juga menjayakan semangat kesukanan yang tinggi dalam penyertaan bukan sekadar ingin menraih pingat sahaja. Inilah nilai yang sepatutnya ditanam oleh sesebuah negara bagi membolehkan sebuah masyarakat dapat mengenali diantara satu sama lain. Tetapi kerana kos yang tinggi, tidak semua negara mampu melakukan sedemikian.

Apa yang hendak saya perkatakan ialah terlibatnya atlet kita dalam sesuatu pertandingan sebenarnya mengajak rakyat yang berbilang kaum, duduk di depan TV, dengan harapan yang satu. Kejayaan untuk Malaysia. Entah dari mana semangat itu timbul, sekiranya kita mula melihat pertandingan itu, secara spontan semangat tiu timbul. Malah dalam keluarga itu sendiri, tumpuan dari yang tua sehingga lah yang muda, menunggu penuh debaran hasil pertandingan tersebut.

Bagi kita, untuk menempah pingat, dan meletakkan nama negara dalam senarai sudah besar pengorbanannya. Siapa sahaja, dalam acara apa sekalipun, ianya cukup membanggakan rakyat Malaysia. Yang penting, ada saat-saat yang utama dalam masyarakat bahawa tercermin semangat ingin melihat negara kita berjaya itu ada. Titik-titik patriotisma boleh bermula....

Wednesday, August 13, 2008

Bila Kita Berpecah?

Bila kita mula berpecah? Jari mula menunjukkan orang lain. Tapi hakikatnya kita juga mencari jalan perpecahan kerana kita merasakan apa yang ada pada kita, tidak memuaskan jiwa nurani kita. Atau hanya sekadar nafsu peribadi kita sendiri? Mungkin kita telah berubah, tanpa disedari juga dipengaruhi dengan nilai-nilai yang cukup asing dalam kehidupan yang telah orang terdahulu dari kita. Kita melihat sesuatu dari isu yang cukup tidak rasional ditambah pengalaman orang lain yang kita tidak tahu asal usul peristiwa itu. Tapi suara kita melaungkan rasa sebenarnya citaras orang lain, citra kehidupan orang lain, nilai budaya orang lain, kebebasanorang lain. Pernah kita melihat diri melalui kacamata kita sendiri ? Inilah cabaran pemimpin sekarang. Membawa erti kehidupan yang baik dalam masyarakat pimpinannya. Sekarang bukan lagi zaman mengiyakan semua, bukan juga zaman menidakkan semua, tapi zaman untuk berkongsi.

Kita tidak mampu berpecah, sebagai satu rakyat yang mempunyai bilangan kaum dan agama, kita tidak sewajarnya melihat ini suatu peluang tetapi suatu tragedi. Bila sebuah negara yang tidak stabil, jangan bicara soal kebebasan, jangan bicara soal hak, jangan bicara soal keadilan, semuanya akan dirampas oleh orang lain. sekiranya berlaku, usah kita mimpi untuk mengambilnya semula, kalau dapat hanyalah serpihan dari orang lain.

Bila kita berpecah? Jangan kita mimpi lagi.