Sunday, May 14, 2006

PENGAJARAN BESAR BAGI GENERASI BARU BELIA.


Setiap peristiwa yang berlaku sentiasa memberi ingatan kepada mereka yang mempunyai akal fikiran. Perkara yang berlaku terutamanya yang buruk akan kita jadikan sempadan bagi menjalani kehidupan kita pada masa akan datang. Ada dua peristiwa baru-baru berlaku yang memberi erti kehidupan. Pertama, Ruzana Zubir,yang bebas dari tuduhan menyeludup candu ke Australia. Keperitan yang beliau dialami bukanlah suatu yang mudah. Ianya mencabar minda, semangat serta keyakinan diri sewaktu menghadapi tuduhan ini. Hanya tuhan dan keluarga beliau sandarkan harapan. Dengan harapan ini, beliau mendapat kekuatan. Pesanan beliau agar kita sentiasa memilih rakan-rakan yang baik , cukup bererti. Ternyata keihklasan beliau telahpun diambil kesempatan oleh rakan yang beliau sangka baik, menjerumuskan dirinya dalam kesusahan. Perkara yang boleh kita ambil ialah berhati-hati dalam memilih rakan kita, kemungkinan rakan kita boleh membawa kepada kerosakan kita sendiri. Inilah berlaku kepada mereka yang terlibat dalam dadah. Begitu juga dengan hubungan kita dengan keluarga, semasa kesusahan, selalunya keluargalah yang akan paling hampir dengan kita, memberi segala sokongan samada wang ringgit, semangat dan do’a. Hubungan ini penting untuk zaman sekarang yang tidak melihat lagi institusi keluarga adalah faktor kestabilan dalam masyarakat. Anak tidak menghormati ibu bapa atau yang tua dari mereka. Sikap individual semakin mencengkam dalam generasi muda. Akhirnya jadilah masyarakat yang bercelaru. Peristiwa ini memperlihatkan dua perkara penting yang perlu dihayati oleh generasi muda.

Peristiwa kedua ialah pertemuan dua ibu (Pn Ganeswari) iaitu ibu pelatih PLKN, Kem Padang Hijau, Kluang yang menghadapi tuduhan membunuh rakan pelatihnya Haziq Rafar, dengan Fazilah Mohd Yasin. Peristiwa amat penting dilihat betapa suburnya semangat kemaafan diantara sesama insan. Bukan mudah bagi kedua-dua belah pihak. Ibu mana yang tidak merasa terkilan dan marah. Tapi atas pertemuan dua insan yang tulen tanpa prejudis dan rasa tertekan dengan hasutan orang lain, mereka saling maaf-memaafkan. Pertemuan ini cukup mengharukan. Bagaimana insan ini memiliki jiwa besar ? Mengapa kita tidaka mampu mengikuti mereka ? Ianya jauh dibandingkan dengan generasi muda sekarang. Pelatih PLKN seharusnya melihat sifat ini telah subur berlaku dalam negara kita. Walaupun kita mempunyai berbagai agama, budaya, bahasa dan warna namun kita adalah rakyat Malaysia yang bertamadun. Segala tindakan kita menilai sesuatu mencerminkan kematangan kita. Kematangan persefahaman ini tidak datang dengan kursus-kursus sahaja tetapi dengan terlibatnya kita dalam hubungan kemanusiaan yang sebenar. PLKN sepatutnya tempat kita berinteraksi secara praktikal dengan sesama kaum. Jadikan tempat kita memahami budaya dan agama tanpa prejudis atau memperkecil-kecil sesiapa. Kita sepatutnya tidak mudah terjebak dengan kerakusan nafsu amarah. Dengan perkara kecil sahaja boleh berlaku pergaduhan. Ianya mungkin dihasut oleh rakan-rakan yang rendah akalnya. Ianya dimulakan denga ejekan, hina-menghina, gelak-ketawa, buli dan berbagai lagi sehingga tidak dapat dikawal yang menyebabkan pembunuhan. Harus diingat, perbuatan seumpama ini hanyalah mengundang kepada kebencian dan mesti dibendung dengan kefahaman antara satu sama lain. Marilah kita contohi sifat dua ibu ini, mereka telah memulakan contoh terbaik dalam peristiwa yang cukup penting dalam kehidupan mereka. Mereka berdua telahpun kehilangan suatu yang berharga dalam kehidupan mereka namun kesabaran mereka menjadikan kita golongan muda lebih semangat dan yakin dengan masyarakat di negara ini. Mereka telah menjadi Hari Ibu kali ini penuh bererti.

No comments: