Baru-baru sewaktu perasmian Konvensyen Belia Kebangsaan yang dianjurkan oleh KBS dan MBM oleh YB Menteri Belia membayangkan bahawa penekanan aspek modal insan dalam RM 9 amat penting sekali. Ianya bukan sahaja melibatkan 3K (Kepimpinan, Kemahiran, Keusahawanan) tetapi seluruh infrastuktur yang membolehkan belia dibangunkan. Ada perkara yang tertarik perhatian saya apabila beliau cuba mengenegahkan bagaimana menyekat penghijrahan belia ke bandar-bandar . menurut belia penghijrahan ini sekiranya tidak di kawal akan membawa bebanan sosial yang akan mrosakkan pembangunan negara. Beliau membayangkan bahawa pekerjaan senang didapati di bandar-bandar dan sekiranya belia tersebut tidak dapat pekerjaan yang sesuai, maka berlakulah, tekanan sehingga mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuk mencuri, gadai body (pinjam kata beliau), dadah serta macam-macam lagi.
Usaha-usaha yang boleh dibuat ;
- Memperbanyakkan kursus yang membolehkan mereka berdikari. Kerjasama dengan kementerian yang lain boleh membantu usaha ini. Namun begitu mereka ini hendaklah dipantau sehingga berjaya. Kebanyakkan masalah yang timbul ialah kursus dan peruntukkan telah diberi tetapi tidak berjaya. Soal gagal setelah berusaha, resmi orang berniaga. Tapi semedang gagal, itu kena kaji cara lain.
- Pengusaha muda ini perlu perhatian. Mereka bukan sahaja didedahkan dalam keusahawanan ini, tetapi dibentuk minda dan jiwa mereka untuk berusaha. Tanpa budaya dan disiplin yang betul, perancangan kerajaan akan gagal. Latih tubi membentuk budaya mesti berterusan. Budaya bekerja, budaya bercakap, budaya bersih, budaya tekun, budaya berbelanja, dan banyak lagi.
- Walaubagaimanapun kita harus berbangga dengan budaya mendiri yang semakin meningkat dikalangan belia melayu.(saya sebut melayu, kerana mereka ini yang ketinggalan dalam persiapan diri dalam dunia keuasahawan). Tak macam zaman saya, yang menunggu kerja dari syarikat atau kerjaan. Sekarang masing-masing ada keberanian. Cuma mereka ini tidak diperdulikan oleh kerajaan. Bagi saya orang inilah didahulukan pembinaannya. Kenalpasti mereka ini, dan berikan mereka latihan dan kemudahan agar mereka akan terus maju. Kita dapat merasakan kekuatan ini perlu dibentuk mulai sekarang. Rasulullah telah menunjukkan contoh, beliau bijak dalam pertanian (gembala kambing) dan berdagang (kalau sekarang international business). Dan yang penting beliau dikenali sebagai orang yang cukup amanah sehingga membawa gelaran Al-Amin. Itulah contoh kita kepada belia. Kualiti dan budaya yang tinggi. Mudah-mudah kita akan mendapat generasi baru yang kuat dan daya saing yang tinggi.
No comments:
Post a Comment