Wednesday, May 17, 2006

Hari Guru memang wajar diraikan

Hari guru memang wajar diraikan. Tiada siapa yang akan menafikan sumbangan besar yang telah guru berikan kepada pembangunan sumber modal insan negara. Pengorbanan yang telah mereka berikan bukan sahaja telah berjaya mendidik anak bangsa tetapi juga berjaya meneruskan kepimpinan negara. Itulah jasa mereka yang jarang-jarang kita lihat atau digemburkan.

Guru bukan seperti dahulu. Profession guru ini yang masih dilihat sebagai profession kelas ke dua. Pilihan bagi mereka yang tidak mendapat tempat dalam bidang profesional yang lain. Bidang yang menjanjikan habuan material yang lumayan. Inilah pandangan masyarakat kepada profession ini. Mereka yang memohon memang benar-benar minat dan ada juga ambil jalan mudah untuk mendapat pekerjaan.

Inilah cabaran untuk kementerian Pelajaran. Memartabatkan profession guru sebagai pekerjaan yang mulia, bayaran dan insentif yang kompetatif dengan perubahan semasa, sebagai role model (contoh), dan berkualiti. Semoga YB Dato Hisham dapat memenuhi amanah ini.

Tugas mencabar bagi guru ialah bagaimana pilihan profession mereka ini menjadi minat yang mendalam dalam diri mereka. Mereka harus meningkatkan kualiti. Berkualiti bermaksud bekerja keras untuk menjadi lebih kreatif dengan anak murid, sentiasa berusaha menarik minat pelajar, menjadi kaunselor, usaha untuk menjadikan mereka berjaya. Mereka harus memikirkan bahawa anak didik mereka boleh menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Yang penting sekarang, bagaimana mengajar mereka (pelajar) supaya mampu membuat pilihan yang mana baik, yang mana buruk. Pilihan yang mereka buat mesti tepat dan bersesuaian. Kemampuan membuat pilihan mesti dibina kemahirannya lebih awal. Jika kita lihat, kemampuan inilah yang akan menyelamatkan mereka dari terjebak dengan gejala negatif. Pendidikan ini harus dimulakan dengan bijaksana sejak awal sekolah lagi.

Perancangan yang baik akan memberi kesan yang amat bermakna bagi membina generasi belia pada masa akan datang. Selamat hari GURU.

No comments: