Hebat Persembahan Hari Belia. Gemilang. Mungkin banyak juga perbelanjaan yang telah dibelanjakan. Kalau difikirkan, kalau tak dibelanjakan, macam mana nak habiskan peruntukkan. YB Menteri telah berusaha sungguh-sungguh untuk melibatkan kalau boleh seluruh belia dalam negara ini. Dengan mengadakan program mingguan yang banyak, turut melibatkan belia-belia diseluruh negara. Kesemua 10 program muda telah dimanafaatkan. Yang tua pun dah terasa muda. Syabas.
Kalau nak tengok dari publisiti, first class! radio, TV, akhbar, semulah. Tenggelam semua perayaan yang berdekatan perhimpunan pekerja, hari ibu, hari guru ( tengah lihat bagaimana YB Dato Hisham nak meraikannya). Kalau rakyat Malaysia tak tahu hari belia dan sumbangannya tak tahu lagi nak cakap. Buek habih boreh jo. Kita berharap agar belia dapat menilai kembali bahawa mereka sebenarnya diberi perhatian yang secukupnya oleh kerajaan dan persatuan belia lain. Tak ada alasan lagi, kalau tak berjaya. Tak ada alasan lagi orang tak peduli. Tak ada alasan lagi nak hisap dadah. Semua ada. Sekarang cuma perkuatkan diri dan berubah menuju kejayaan.
Inilah yang perlu difokus oleh persatuan belia. Bringing change. Bukan sekadar agen tetapi mampu membawa formula perubahan yang berkesan. Persatuan belia sebenarnya telah memandu para belia ke arah yang lebih berkesan dalam kejayaan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Lihatlah tokoh-tokoh belia yang cemerlang , semuanya dari didikan persatuan. Mereka mempunyai keyakinan, ketrampilan, rasional, berfikiran matang serta mampu menjadi model kepada generasi baru yang akan datang.
Belia yang terbiar, tidak pula terlibat dalam hari belia ini. Mereka yang terlibat walau dalam apa acara sekalipun sebenarnya dalam persatuan. Walaupun begitu kita jangan lupa, seluruh belia sebenarnya pernah terlibat dalam persatuan samada diperingkat sekolah rendah, menengah, IPTA, NGO atau kerajaan. Mereka telah dilatih. Cuma mereka yang bersedia dilatih berterusan sahaja yang akan melibatkan diri secara konsisten. Yang lain, ambil jalan mudah, kerja, makan dan belanja.
Hari belia kali ada macam tak kena, nampak hiburannya lebih dari mesej. Hiburan itu bolehlah jika sederhana, tetapi berlebihan mungkin tdak membawa manafaat. Pertunjukan semasa YAB PM, macam program Tahun melawat Malaysia, mungkin sesuai dibuat oleh Kementerian Pelancongan ke, kebudayaan ke. Artis lebih berjaya memikat hati belia dari tokoh-tokoh anugerah belia. Tak ape, esok boleh ubah.
Anyhow, congratulation, para belia sekelian. Biarlah KBS dengan kerjanya, sekarang masa kita mengorak langkah kepada masadepan cemerlang, gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment