Friday, November 19, 2010

Idil Adha dan Tangisan

Sekiranya kita dihadapkan di hadapan Ka’abah, dan setiap kali, kita akan menitiskan air mata. Itulah yang berlaku kepada kita dan saya juga yakin kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kerana ketika itu hati kita bagai diruntun dengan penuh rasa yang berbagai.
Rasa bertambah kasih sayang – rasa kasih sayang kepada Allah swt, rasa jiwa kita dipenuh sebagaimana air dituang penuh di dalam sebuah gelas kosong, atau menunggu loading (muat turun) dihadapan komputer, dan rasa penuh apabila selesai dan betapa indah menikmatinya. Dan ingatan kita hilang dari segala resah,gelisah, kekosongan, dan semuanya keindahan dunia.

Tuesday, November 16, 2010

Idil Adha dan Perpaduan : Satu Mitos umat Islam?


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Selain memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t., banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini sebagai peringatan kepada kita tentang perjalanan kehidupan ini.

Saturday, May 15, 2010

Hari Belia Bukan hari Bersukaria

1. Setiap tahun, 15 Mei adalah hari diperingatkan kita tentang belia. Setiap negara akan mengatakan bahawwa generasi belia (GB) adalah generasi penting bagi menjamin masa depan negara. Cuma fokus yang berbeza. Bagi sesebuah negara seperti kita pendidikan dilihat sebagai pemangkin dan menyediakan peluang untuk mereka bekerja merupakan amanah yang harus dipikul oleh kerajaan dengan memastikan ekonomi akan terus maju pada masa hadapan.

2. Dengan pertambahan saingan dan perkembangan ekonomi yang tidak selalunya stabil, membuat kita lebih peka dalam memperkembangkan potensi belia. Lebih peluang mereka berkreatif dengan ilmu yang mereka dapati dari IPTA/IPTS, lebih mudah mereka mengurus kehidupan. Mereka tidak lagi bergantung dengan kerajaan tetapi mencipta dan menerokai peluang bagi beroleh kejayaan. Ini lah cabaran pada masa akan datang.

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Ramai yang sebenarnya tidak terasa hangatnya pertandingan Piala Thomas ini. Setelah Malaysia tewas dengan Jepun baru-baru ini., baru terasa kembali ...Kenapa kehangatan lambat ?

1. Kurang publisiti melalui media dan kempen yang bersungguh? Rakyat Malaysia mesti merasai kehangatan pertandingan ini kerana kita pernah menjuarainya dan ianya juga telah menjadi permainan yang berprestij tinggi di dunia. Apakah disebabkan tidak cukup kewangan? atau kelemahan pihak penganjur tentang peri pentingnya mengembalikan semangat keMalaysian dalam masyarakat kita?

Saturday, May 01, 2010

Polis vs Aminurashid

Di mana-mana negara yang di daulati dengan undang-undang, sudah menajadi suatu kewajaran, apabila suatu perkara yang berlaku yang melibatkan nyawa, ianya amat sensitif kepada masyarakat. Apatah lagi ianya berlaku dengan sebab kecuaian oleh pemegang jawatan awam seperti anggota keselamatan.

1. Menjadi satu tanggungjawab bagi pihak yang berkuasa menjalankan penyiasatan penuh apabila tindakan itu mendatangkan kecurigaan. dan sudah pasti keinginan dari keluarga dan masyarakat mahu satu jawatankuasa bebas yang boleh ianya disiasat dengan teliti. Kerana secara lojiknya, sisatan yang dilakukan oleh pihak polis sendiri bleh mendatang kekeliruan dan cubaan menutup ruang-ruang kelemahan perlaksanaan kuasa. Dan pihak kerajaan, harus membenarkan ini berlaku untuk memastikan keadilan boleh didapati oleh pihak keluarga.

2. Bagi saya, apabila pihak PKPIM dan badan NGO terus tegas dalam mengutarakan desakan agar ianya penyisatan menyeluruh secara telus dan adil, ianya merupakan adalah tindakan wajar. Dan tindakan serta merta menghentikan mereka (anggita polis yang terlibat) dari bertugas juga merupakan tindakan yang wajar bagi menunjukkan kesediaan pihak berkuasa menjalankan sisatan dengan lebih baik lagi.

Tuesday, March 02, 2010

Bunuh Anak?

Di Europe, sibuk dengan kisah ribut Xynthia mengakibatkan banjir dan kerosakan tanaman manakala di Chile, kita digemparkan dengan gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa dan harta benda yang musnah. Di Malaysia kita digemparkan dengan isu syafiah, insan kecil yang meninggal akibat perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Peristiwa ini diberi tumpuan khas dalam akhbar bagi mendedahkan perbuatan yang telah berlaku dalam masyarakat kita, melayu, khasnya. Walaupun berbagai berita dan perspektif diberikan kepada kita berkaitan dengan kedua-dua pasangan tersebut, namun kejadian tersebut adalah klimaks dalam trajedi ini.

1. Dimana pertimbangan keluarga dan masyarakat apabila mengetahui bahawa mereka tidak berkahwin sedangkan mereka masing-masing sudah punyai keupayaan tersebut. Apakah sikap mereka sendiri yang sombong menentukan kehidupan mereka dan tidak memerlukan orang ramai (termasuk ibubapa) campurtangan urusan mereka.

2. Apakah dengan kejadian ini akan memungkinkan kesedaran meluas dikalangan pasangan-pasangan seumpama ini di dalam negara kita? kadangkala terasa "mual" dengan peristiwa ini berlaku dalam masyarakat kita, dan segerakan hukuman agar mereka ini disedarkan.

3. Apakah penyebab sehingga insan kecil itu diperlakukan sedemikian rupa, berpanjangan dan diakhiri kematian. Apakah kerana kebencian, kemarahan yang tersimpan sehingga mangsa adalah anak kecil itu ataupun memang sudah tidak siuman lagi?

4. Apapun, sudah pasti puncanya memang banyak dan sudah dijangka. Yang ada penyesalan dari semua pihak.Yang ada tangisan yang merupakan sementara. Sekarang mereka menunggu hukuman dari sudut undang-undang, masyarakat dan agama. Kita akan mendapat lagi cerita-cerita sensasi mengenai mereka.

5. Saya terfikir apakah yang akan terjadi kepada ribuan anak-anak seumpama Syafiah ini, menderita tetapi tidak diakhiri dengan kematian? Apakah mereka apabila besar dapat menjadi insan yag lebih baik atau terus menyimpan dendam untuk generasi yang akan datang? Apakah kta boleh menghentikan perbuatan ini berlaku lagi dalam masyarakat kita?


Monday, February 22, 2010

Buang Anak?

Mencari jawapan bagi menyelesaikan masalah buang anak ini, sudah berbuih, bak kata pepatah. Isu ini bukannya perkara baru dalam negara ini, tapi sejak kebelakangan ini perbuatan ini menunjukkan sikap kejam yang luarbiasa. Selalunya kita dapati , bayi itu diletakkan ditemat yang mudah ditemui, tetapi fenomena ini berubah menjadi 'mimpi seram" bagi ibu-ibu dan orang ramai.

Namun dalam melihat isu ini, kita tidak lari merungkai punca permaslahan daripada berbagai pihak. Pasangan muda itu sendiri, sikap keluarga, sikap orang ramai, persekitaran, tiada didikan agama, tiada berpelajaran, terlalu dibuai nafsu, terjebak dari tpu daya lelaki, dan apa-apa shaja difikirkan lojik, iklan dan media yang melampau dan boleh berlaku.

Begitu juga dengan menyelesaikan masalah tersebut; ada mencadangkan tubuh rumah tumpang untuk mereka, sediakan kaunseling, perbanyakkan program, tingkatkan didikan agama, sekat media, tutup tempat-tempat maksiat, masjid dibuka untuk kaunseling, bantuan online, dan macam-macam cadangan difikirkan sesuai bagi mereka.

Bagi mereka yang insaf ( sudah mengandung) dan diletakkan dalam tempat perlindungan, apabila ditanya, menyesal perbuatan sendiri, tertipu oleh teman, dibuang ibu bapa, tiada yang sedia membantu, hilang pedoman, ketagih dadah, dan macam-macam lagi.

Saya nyatakan semua ini, sebenarnya kita hadapi dari masa kesemasa dan itulah semua kumpulan permasalahannya, jawapannya, cadangannya...tapi ia akan terus berlaku. Kerana apa, kerana kita lupa bahawa kita tidak dapat lari kenyataan bahwa kita tidak pernah perihatin (concern) diantara satu sama lain. "We are strangers". Kita tidak lagi mengenali antara satu sama lain. Maka kita bebas melakukan apa saja asalkan kita berasa puas mengikut kepuasan kita sendiri....