Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Ramai yang sebenarnya tidak terasa hangatnya pertandingan Piala Thomas ini. Setelah Malaysia tewas dengan Jepun baru-baru ini., baru terasa kembali ...Kenapa kehangatan lambat ?

1. Kurang publisiti melalui media dan kempen yang bersungguh? Rakyat Malaysia mesti merasai kehangatan pertandingan ini kerana kita pernah menjuarainya dan ianya juga telah menjadi permainan yang berprestij tinggi di dunia. Apakah disebabkan tidak cukup kewangan? atau kelemahan pihak penganjur tentang peri pentingnya mengembalikan semangat keMalaysian dalam masyarakat kita?


2. Atau kita sering disibukkan dengan politik atau pilihanraya sehingga tiada siapa yang peduli dan ambil berat tentang semangat ini? Kita lebih peka bercerita dan melihat kita dipecah belahkan, bercerita hal tepi kain orang, hal rumahtangga artis, dan macam-macam lagi sehingga kita lupa bahwa pertandingan ini menarik perhatian umum dan mampu membawa semangat kekitaan dan seterusnya memberi kepada sokongan secara kolektif tentang kejayaan pasukan kita.

3. Apapun, pertandingan ini cukup bermakna kepada kita kerana ianya telah menunjukkan kemampuan kita di arena antarabangsa dan pernah meraih kejayaan merangkul Piala Thomas.

4. Yang penting ianya membuktikan semangat berpasukan demi meraih kejayaan untuk negara yang akan dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sokongan yang tidak berbelah bagi ditunjukkan oleh semua kaum inginkan pasukan ini menang dan menunjukkan persembahan yang kental, cergas, bersungguh-sungguh .

5. Walauapa pun keputusan, saya merasakan kehangatanya telah bermula, dan semangat inginkan Malaysia berjaya tetap berada dalam semua hati rakyat Malaysia.

No comments: