Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Selain memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t., banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini sebagai peringatan kepada kita tentang perjalanan kehidupan ini.
Dalam bicara pengorbanan, kita sering mengaitkan dengan perjuangan dan juga persediaan bagi menghadapi dugaan samada berbentuk dalaman atau luaran. Namun ada juga mengambil kisah ini sebagai titik permulaan untuk melakukan perubahan. Apapun berlaku dalam diri kita, diharapkan ianya memberi kebaikan yang mampu merubah manusia lain juga ke jalanNya.
Adakala kita terfikir, apakah dalam mengerjakan haji sekadar memenuhi tuntutan rukun Islam sahaja. Sudah pasti mereka yang mengerti bahawa tuntutan ini lebih dari itu. Kalau kita tidak mampu melakukan perubahan sekurang-kurangnya kita mampu menunjukkan perubahan samada untuk diri, untuk dicontohi, untuk dirujuk, serta diperhatikan.
Namun perpaduan tiada erti sekiranya kita tidak mampu mengenal musuh, tidak memahami perubahan berlaku dipersekitaran kita. Umat masih lagi di jadikan patung mainan oleh yang punyai kuasa dan harta. Hati mereka penuh dendam dan sentiasa mengintai-intai peluang untuk menghancurkan umat Islam.
Kita masih mendabik dada , kita umat yang terbaik. Kita lah golongan yang terbaik. Tidak pernah kita anggap umat Islam sesama sendiri punyai kelemahan dan kekuatan yang perlu kita nilai sebaik-baiknya sebelum kita menghulurkan tangan kepada musuh dalam usaha mendapatkan laba dunia. Itulah menjadi barah dalam umat kita.
Sudah tiba masanya untuk kita kembali menilai apakah perpaduan, persaudaraan . adakah ini semua mitos di kalangan umat Islam? Apakah kita sebenarnya susah disatukan sebagaimana bersatu dan berencananya musuh-musuh Islam? Apakah kita tidak lagi merasakan ayat-ayat Al quran ini untuk semua umatnya, atau hanya untuk rujukan sendiri, golongan tertentu bagi menidakkan umat Islam yang lain?
Peringatan mudah dalam Firman Allah S.W.T ,surah Al-Imran, ayat 103: Maksudnya : “ Dan hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah (Agama Islam) dan Janganlah kamu bercerai berai “ bisa mengetuk kembali hati-hati kita dalam hubungan sesama manusia.
Dengan lafaz takbir , tasbih dan tahmid, marilah kembali fitrah kita dalam lembayung rahmatNya. Mudah-mudahan Allah swt memberi hidayah kepada kita dan umatNya agar kita mengembalikan tautan hati-hati dalam mengerjakan dakwahNya. Menjadi agen menyebarkan kembali Rahmatan Lil ‘alamin di atas muka bumi ini dengan memulakan kembali ikatan ukkhwah sesama muslim dengan pandangan yang mulia diantara satu sama lain.
2 comments:
Semalam saya dengar IKIM. Tak dengar dari permulaan, jadi saya tak dapat tangkap siapa yang diwawancara dalam topik berkaitan haji dan ekonomi.
Key message yang dapat saya dengar ialah bgmana haji tu sendiri, yang dihadiri oleh berjuta2 umat Muslim boleh jadi platform untuk diskusi tentang perkara berkaitan ekonomi, pendidikan dsbg, bahkan pemimpin pun menunaikan ibadat haji. Beliau kuatkan lagi argument dengan menyatakan Islam itu syumul, jadi tidak salah untuk jadikan Haji sbg perhimpunan tahunan umat Islam yg mana Ibadah ukhrawi n duniawi boleh dijalankan dalam satu tempat dan masa.
Jannah
yes, Nurjannah, saya juga hairan mengapa manusia yang sudah berada di tahap yang baik (setelah menunaikan haji) tidak berusaha membuka hati-hati kepada kesatuan umat. Masih lagi mencar-cari ruang perpecahan, menngkatkan kesombongan diri dengan amal, tidak menghormati orang lain, juga mempertajamkan lidah berkata-kata, kesat dalam berbicara, menghina dengan alasan mereka lebih baik, lebih banyak amal ibadah, lebih banyak hafal ayat-ayat Al Quran, akhirnya dunia mengusai mereka, dengan harta, pangkat, serta kuasa. Dimana pengorbanan yang dilaung-laungkan, sanggupkah mereka menjadi sahabat-sahabat Rasulullah yang sedia berkorban untuk kesejahteraan umat, itu menjadi persoapaln tautan ukkhwah dan persaudaraan dalam ISlam.
Post a Comment