Saturday, May 15, 2010

Hari Belia Bukan hari Bersukaria

1. Setiap tahun, 15 Mei adalah hari diperingatkan kita tentang belia. Setiap negara akan mengatakan bahawwa generasi belia (GB) adalah generasi penting bagi menjamin masa depan negara. Cuma fokus yang berbeza. Bagi sesebuah negara seperti kita pendidikan dilihat sebagai pemangkin dan menyediakan peluang untuk mereka bekerja merupakan amanah yang harus dipikul oleh kerajaan dengan memastikan ekonomi akan terus maju pada masa hadapan.

2. Dengan pertambahan saingan dan perkembangan ekonomi yang tidak selalunya stabil, membuat kita lebih peka dalam memperkembangkan potensi belia. Lebih peluang mereka berkreatif dengan ilmu yang mereka dapati dari IPTA/IPTS, lebih mudah mereka mengurus kehidupan. Mereka tidak lagi bergantung dengan kerajaan tetapi mencipta dan menerokai peluang bagi beroleh kejayaan. Ini lah cabaran pada masa akan datang.


3. Walaupun hari 15 Mei ini sebagai usaha menaikkan semangat belia dalam negara ini. Sambil meraikannya? dengan berbagai aktiviti, kita harus menyedarkan mereka bahwa mereka harus melakukan perubahan dalam diri mereka. Kita masih bernasib baik dengan perihatinan kerajaan yang masih lagi mampu menyediakan prasarana baik dari segi pendidikan, sukan, aktiviti malah satu kementerian bagi melihat perkembangan generasi muda hari ini dibandingkan dengan kebanyakan negara di dunia.

4. Dalam masa yang sama ,persatuan harus lebih kreatif bagi menjadikan generasi belia sebagai rakan dalam membantu mereka menggilap potensi, mengisi masa lapang mereka dengan perkara berfaedah dan memupuk nilai-nlai yang berlandaskan agama dan budaya ketimuran. Penyediaan program-program yang berbagai dan menarik mesti dibincangkan secara serius, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

5. Manakala KBS harus memikirkan semula dalam penyediakan prasarana dan kemudahan samada bersukan dan tempat latihan. Ianya mesti efektif dan ditumpukan di premis persatuan-persatuan yang ada, bukan di kawasan yang bermotifkan politik. Peruntukkan kewangan boleh diberikan kepada persatuan belia bagi tujuan membina prasarana tersebut, yang mana boleh memberi pulangan kewangan, mencipta pekerjaan, serta menarik generasi belia mendekati persatuan-persatuan tersebut. Inilah cabaran sebenar, kesediaan KBS menjadikan persatuan belia "smart partner" bukan " semak partner", sekadar mengisi program kementerian sendiri.

5. Dengan kelebihan yang ada ini, sebenarnya ruang dan peluang terbuka luas bagi mereka untuk meningkatkan potensi dan memperbaiki diri.Jadikan Hari belia ini sebagai lonjakan baru generasi baru, generasi 1Malaysia.

No comments: