Sekiranya kita dihadapkan di hadapan Ka’abah, dan setiap kali, kita akan menitiskan air mata. Itulah yang berlaku kepada kita dan saya juga yakin kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kerana ketika itu hati kita bagai diruntun dengan penuh rasa yang berbagai.
Rasa bertambah kasih sayang – rasa kasih sayang kepada Allah swt, rasa jiwa kita dipenuh sebagaimana air dituang penuh di dalam sebuah gelas kosong, atau menunggu loading (muat turun) dihadapan komputer, dan rasa penuh apabila selesai dan betapa indah menikmatinya. Dan ingatan kita hilang dari segala resah,gelisah, kekosongan, dan semuanya keindahan dunia.
Rasa sifat kehambaan – kita cuba meletakkan keazaman yang tinggi bagi menebus segala perbuatan kita yang lampau, dengan menambah amal serta melakukan dalam perubahan dalam diri. Kita merasakan betapa kerdilnya diri ini, dan juga betapa tidak bermakna semua yang ada di keliling kita, pangkat, harta, kedudukan, miskin, yang ’alim, yang jahat, semua sama berada di hadapan Ka’abah, sujud ke hadapan Allah swt.
Itulah rasa yang membuat kita mengalirkan air mata, tak kira siapa orangnya, itulah perasaan yang diberikan oleh Allah swt untuk kita, peluang untuk berubah.
Tapi bukan semua terdaya melawan dugaan dunia. Tak semua janji, dapat kita tunaikan, namun setiap hari Idil Adha, peringatan untuk kita kembali berazam menunaikan semua yang telah kita janjikan. Mungkin masa dan saat kita bertasbih, bertahmid, bertakbir, di pagi raya dan hari-hari tasyrik, air mata turut mengalir mengingati semua itu.
Allahu Akhbar, Allahu Ahbar, Allahu Akhbar. Walillahi ilham.
No comments:
Post a Comment