Thursday, April 16, 2009

SATU MALAYSIA....(1)

Apabila SATU MALAYSIA digagaskan oleh PM Malaysia yang baru, saya teringat sewaktu pertemuan dengan beliau dalam barisan kepimpinan MBM. Apabila beliau menyebut tentang keperihatinan nya berkaitan dengan perpaduan yang semakin rapuh dikalangan generasi muda berbilang kaum, perkara yang kecil menjadi mudah menjadi konflik dan boleh menjadi isu besar, tidak seperti dahulu. Saya menyatakan pandangan, bahwa bagaimana kita boleh membantu sekiranya sistem kita (yang dibuat oleh kaum masing), membenarkan anak-anak cthnya kaum cina/tamil/melayu masuk tadikanya sendiri, kemudian bersekolah di sekolah bahasa ibundanya, kemudian masuk ke kolej /atau keluar negara dan kembali bekerja dalam syarikat bangsanya saja, dan duduk dalam komuniti berbahasanya sahja, ..ini menjadi kerisauan kita. Namun ,dalam perbincangan itu masih terlalu awal untuk diberi jawapan, namun masing-masing mencari-cari jawapannya..
Saya nyatakan ini sekadar melontarkan observasi perubahan rakan segenerasi saya dan dibawah..memang berbeza...Apabila sudah kita biarnya berlarutan, lalu kita salahkan siapa apabila perpaduan kita mulai luntur.

Jika suasana tersebut berterusan, cuba fikirkan, BILA mereka dapat berinteraksi, APAKAH dalam pemikiran mereka apabila melihat kaum yang lain ? APAKAH mempengaruhi mereka? APAKAH kita memahami budaya antara satu sama lain dan bertoleransi? APAKAH kita masih bersikap prejudis, prejudgement? APAKAH kita sentiasa tertindas atau sentiasa kurang dari yang lain? etc..etc...etc...Boleh ke hidup dalam sebuah keluarga apabila kita tidak punyai lagi jiwa untuk bersama....Inilah yang patut generasi baru renungkan, inilah yang patut pembuat polisi fikirkan, inilah cabaran semua rakyat Malaysia dalam membebaskan diri dalam belengu ini..Kita sendiri yang lakukan, kita sendiri harus berusaha membuka ikatannya.....

Wednesday, March 18, 2009

Pengajaran pemilihan UMNO 2009..berubah lah..

Saya tidak mahu membuat penilaian saya kepada calon-calon yang bertanding dalam UMNO, dan kita boleh baca banyak blog-blog dan suratkhabar berbagai ulasan, komentar serta analisa. Cukuplah kita dengan maklumat tersebut. Benar atau tidak, bias atau tidak ,terpulang kepada penulis dengan sifatnya dan emosinya. Namun apa yang terjadi, trajedi JK disiplin UMNO memberi kesan kepada UMNO , baik atau buruk, itulah itu ditentukan oleh ahli dan orang ramai. dan ianya menentukan kualiti ahli dan ketaatan kepada undang-undang. Penyokong masing-masing ada hujahnya, walaupun ada peraturan, namun alasan tetap diberikan. Harapan masyarakat akan menghormati UMNO berbanding dengan parti pembangkang, sebab, kita dah dengar macam-macam dalam parti pembangkang, tapi disimpan dibawah tikar, tunggulah masa mereka pula.

Saya melihat perkara yang berlaku ini suatu pengajaran yang besar dalam memilih pucuk pimpinan. Pertama, seorang pemimpin harus tahu masa bila untuk memberi antara imbuhan, sogokan atau pertolongan. Kedua, pemimpin jangan berharap dengan orang lain apabila kita jujur hendak memberi sesuatu kerana kejujuran tidak boleh di ambil alih oleh orang lain. Ketiga, kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, sedikit atau banyak habuan diberi akan menjadi ukuran, dan selalunya merugikan kita sendiri. Ke empat, kesombongan serta keterlaluan para penyokong dan agen, ego serta memuji melampau-lampau juga membawa padah. Malangnya ejen lebih kaya dari orang yang sepatutnya mendapatkan habuan seperti cerita P Ramlee, satu untuk engkau 2 untuk aku.

Inilah kesannya kepada pemimpin. Mereka tidak lagi merasakan bebas lagi. Tingkah laku mereka sentiasa menjadi perhatian orang ramai, ahli parti atau bukan. Mereka sudah menjadi public figure, dan hal-hal peribadi juga akan menjadi hakim dalam penilaian masyarakat. Zaman sudah berubah, masa dan masyarakat juga sudah berubah. Marilah kita menzahirkan kepimpinan kita seperti mana kepimpinan kemuncak Islam, yang sentiasa menjaga diri, keluarga, agama, bangsa, rakyat dan negaranya. Semoga Malaysia terus aman, maju dan merdeka.

Monday, February 23, 2009

Bekerja kerana semangat, idelisma, kasih sayang....

-->
Bila ada orang berkata “ NGO ? Apa yang boleh mereka buat ? Saya merasakan mereka yang berkata sedemikian, tidak berpijak dengan bumi yang nyata. Mereka tidak sedar sebenarnya NGO adalah organisasi yang cukup berjasa dengan perkembangan manusia di dunia ini. Mereka telah melahirkan manusia yang punya empathi, punya rasa, punya jiwa dan naluri dan hasilnya dapat dirasai oleh seluruh umat. Dan saya yakin bahawa kerajaan pada masa depan (future goverments) adalah terdiri kombinasi diantara kekuatan kerajaan (yang dibentuk melalui parti) dan NGO.
Clinton dalam bukunya bertajuk ”Giving ” menyatakan sumbangan kelompok manusia (NGO) ini cukup banyak berjasa kepada proses pembaikan umat. Setelah beliau meninggalkan Washington DC, 2001,beliau secara aktif mencebur diri dengan kerja-kerja kebajikan. Ternyata beliau dapat melihat kebajikan yang telah dilakukan oleh golongan ini. Ada tiga sebab utama sumbangan NGO (citizan services) bertambah dalam abad ke 21 ini ; pertama, aktivitism ini berkembang selepas Cold War, dalam negara yang demokratik, media response kepada suara ramai dan semakin ramai yang boleh melakukan kerja sedemikian. Kedua, revolusi informasi dan globalisasi membantu peluang kekayaan dan mereka pula bersedia untuk mengeluarkan kembali wang yang mereka perolehi bagi membantu mereka yang tidak berdaya. Ketiga, NGO telah mengembangkan cara mereka bekerja dan mencari dana melalui internet , ini membolehkan sesiapa saja mampu menyumbang dengan keupayaan yang mereka ada.
Ternyata NGO memang memberi kesan. Sebagai contoh di USA, mempunyai lebih 1 juta NGO/Charitable organisations, dan telah memberi 10.2 juta pekerjaan kepada rakyat dan menyumbang 7% pekerjaan di US. Saya yakin mereka yang bekerja bukannya kerana wang tetapi semangat dan jiwa mereka yang cintai keamanan, jiwa yang penuh kasih sayang, jiwa yang sentiasa melihat manusia boleh di beri peluang untuk hidup dan mengubah nasib yang lebih baik lagi. Mereka bebas dan inilah kekuatan baru dalam masyarakat pada masa akan datang.
Tidak lah rugi kita menjadi salah seorang daripada mereka yangmelakukan kebajikan.....

Thursday, February 05, 2009

Arundhati Roy Quotes...

"The battle has to begin here. In America. The only institution more powerful than the U.S. government is American civil society. The rest of us are subjects of slave nations. We are by no means powerless, but you have the power of proximity. You have access to the Imperial Palace and the Emperor's chambers. Empire's conquests are being carried out in your name." - Arundhati Roy
"Today the world is run by three of the most secretive institutions in the world: The International Monetary Fund, the World Bank, and the World Trade Organization, all three of which, in turn, are dominated by the U.S. Their decisions are made in secret. The people who head them are appointed behind closed doors. Nobody really knows anything about them, their politics, their beliefs, their intentions. Nobody elected them. Nobody said they could make decisions on our behalf." - Arundhati Roy
"Israel's staunchest political and military ally is and always has been the U.S. Government. The U.S. Government has blocked, along with Israel, almost every U.N. resolution that sought a peaceful, equitable solution to the conflict. It has supported almost every war that Israel has fought. When Israel attacks Palestine, it is American missiles that smash through Palestinian homes. And every year Israel receives several billion dollars from the U.S." - Arundhati Roy

I wonder how Obama will overcome this....ehmm ?

Diplomacy: Barack Obama supports tough and direct diplomacy with Iran without preconditions. Now is the time to use the power of American diplomacy to pressure Iran to stop their illicit nuclear program, support for terrorism, and threats toward Israel. Obama and Biden will offer the Iranian regime a choice. If Iran abandons its nuclear program and support for terrorism, we will offer incentives like membership in the World Trade Organization, economic investments, and a move toward normal diplomatic relations. If Iran continues its troubling behavior, we will step up our economic pressure and political isolation. In carrying out this diplomacy, we will coordinate closely with our allies and proceed with careful preparation. Seeking this kind of comprehensive settlement with Iran is our best way to make progress.

Tuesday, February 03, 2009

Apabila kita bicara mengenai pluralism….

Apabila saya mengikut bicara oleh Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, IAIS, tempohari berkaitan dengan Ethnic and Religious Pluralism: An Islamic Perspective, tiada perkara baru cuma beliau menekan betapa pentingnya pluralism ini dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama dalam sesebuah negara. Pluralism mempunyai asas yang kukuh dalam ayat Al Quran dan Sunnah dalam mengendalikan sesebuah masyarakat. Asas inilah yang kita sentiasa lupa dan jadikan dasar.

Memahaminya dari persepektif Islam, menginsafi keperluan kebijaksanaan pemerintah dalam menyesuaikan gaya dan respons terhadap isu-isu semasa dalam masyarakat. Isu-isu yang berbangkit , berbagai yang harus dilihat dari berbagai sudut dan sebabnya. Ianya disebabkan sesuatu kepincangan berlaku dalam perlaksanaan atau respons yang diberikan oleh manusia ketika itu. Maka yang lemah adalah manusia, dan penyelesaian mestilah dilihat dari sudut yang lebih luas, dengan semangat yang telah ditanama oleh agama melalui Al Quran dan As Sunnah.

Namun kita jemu dengan polemik yang berpanjangan yang mana kita jelas dan faham perbezaaannya. Kadangkala diulang masalah yang sama dan kita memaksa penyelesaian mengikut perspektif kita, adalah jalan yang luar daripada memahami pluralism. Ianya dijadikan agenda kepercayaan kita sehingga kita tidak lagi memahami bahawa kita boleh berbeza dan menghargai perbezaan tersebut. Keadilan ada asas. Kebenaran juga ada asas. Kita yang tidak menghargainya.

Tuesday, January 20, 2009

Sokongan rakyat Amerika terhadap Serangan Israel masih kuat.

Gambaran kajian daripada Pew Research Center menunjukkan bahawa rakyat Amerika masih menyokong israel dan tindakan ganas dan biadap terhadap rakyat Palestin di Gaza.



Overall public support for Israel has been undiminished by the war: 49% now say they sympathize with Israel in its dispute with the Palestinians while just 11% sympathize with the Palestinians.

As to the situation in Gaza itself, more than three times as many people blame Hamas for the outbreak of violence there as blame Israel (by 41% to 12%). Nonetheless, just 40% approve of the military action Israel has taken in Gaza; 33% disapprove. Half of Americans say Israel's response to the current conflict with Hamas has been about right, while 24% believe Israel has gone too far.

Nearly two-thirds of Republicans (65%) say that Israel's response in Gaza has been about right, while very few (8%) believe Israel has gone too far. Fewer than half of Democrats (45%) say that Israel's response has been about right and more than a third (36%) say it has been excessive

Apalah yang kita boleh harapkan daripada Obama, hanyalah janji dan kata-kata manis. “ We have long road to go…”

Monday, January 05, 2009

Angkara siapa…..Senjata buatan US digunakan selama ini membunuh umat Islam


Apabila pemimpin Hamas, Nizar Rayyan, di bunuh dengan serangan udara, yang turut terkorban ialah ahli keluarganya 2 isterinya, 6 anak lelaki dan 5 anak perempuannya. Saya tidak hairan bagaimana sasaran mereka tepat sekali ; pertama; masih ada pembelot/spy dikalangan rakyat Palestin yang disogokkan segala kemewahan wang, arak dan wanita. Dan kedua, pengalaman saya ke Bahgdad semasa perang US-IRAQ, saya dapati memang sasaran itu memang tepat. Disana sebuah rumah yang diduduki oleh Saddam dibom melalui udara, tepat, dan tidak mengena rumah-rumah dikelilingnya.

Persoalannya, siapa yang membekalkan peralatan tersebut ? Untuk tujuan apa? Sudah pasti dalam pemikiran kita ialah US....mereka membekalkan senjata untuk membunuh umat Islam dan dalam masa yang sama kita mendabik dada dengan slogan demokrasi, kebebasan serta kesamaan oleh US. Yang boleh kita buat ialah gaduh sesama sendiri dan akhirnya merana dinegara sendiri.

Yang menyedihkan semua akhbar barat menyatakan pembunuhan ini legitimate , halal, kerana kepercayaan kepada cara perjuangannya. Kalau mereka di situasi Abu Nizar , saya yakin mereka juga akan bertindak sedemikian. Tiada orang pun yang memakai baju Abu Nizar ini, atau pejuang-pejuang in , ...tetapi baju Guevara (ciptaan barat), orang melayu/Islam (kurang akal ) di Malaysia dipakai dan dipuja....

Durjana Israel…adalah sifat semulajadinya.

Israel memang telah lama dikenali kedurjanaannya. Ianya mempunyai sifat semulajadi sejak keujudannya. Mereka melakukan kerana ”self claim” sebagai ”kelompok yang disayangi Tuhan”., maka segala perbuatannya menjadi halal. Tapi disebabkan sifat mereka yang pandai berpura-pura , perahsia, manipulasi, mereka berjaya menguasai ”money and power”.

Perbuatan kebinatangan mereka , baru-baru ini bukanlah suatu yang luar biasa, ianya sudah sebati dengan sifat Israel zionis itu. Tapi kali ini, adalah untuk menguji kewibawaan Obama. Mereka dimaklumkan oleh ”white intelligent’ bahawa Obama akan mengubah polisinya terhadap dunia arab. Maka serangan dilancarkan terhadap rakyat Palestin dengan ”maklumat dan ancaman palsu kononnya dari Hamas. Mereka ingin memulakan perundingan dengan Obama, dengan mengikat tangan Obama, untuk mengikuti kehendak mereka. Akhirnya tiada satu pun polisi yang berubah, yang meningkat ialah bantuan kewangan dan senjata untuk Israel.

Tindakan Israel juga bertujuan untuk melakukan provokasi kepada golongan ” AL Qaedah” dan mereka yang tidak dapat menahan kemarahan yang akan bertindak balas terhadap kepentingan Israel, Amerika dan sekutunya. Dan ternyatakan yang akan dijadikan kambing hitam ialah umat Islam, hilanglah kemarahan dunia kepada Israel. Dan umat Islam tidak akan dapat lagi membendung kemarahan golongan extremis ini, kerana kewajaran untuk mendapatkan keadilan menurut perspektif sendiri.....(mungkin perlu bangkit kelompok Nazi untuk memusnahkan Israel ini)

Itulah nasib umat...yang lemah sentiasa ditindas, yang kuat dilemahkan...

Monday, December 15, 2008

Mencipta Arah Baru Tamadun Dunia

Setelah mendengar public lecture daripada Dr Elisabeth Sahtouris, seorang scholar dalam evolution biologist, saya dapat merasakan bahwa tangan/usaha kita sendiri yang menghancur alam ini. Beliau yang sedang merangka model bagaimana hubungkait diantara fizik, biologi dan spritual. Kegigihan beliau melihat dunia hubungannya dengan kuasa Tuhan adalah suatu perkara yang cukup bermakna dalam dunia sains kita pada masa akan datang.

Beliau melihat kefahaman sains sekarang yang mengenepikan dimensi spirit/Tuhan/Pencipta membawa banyak kerosakan. Kefahaman kepada material yang melampau, hasilnya hanya untuk mengaut keuntungan, mencipta mesin-mesin pemusnah alam, serta tidak mahu mengakui model-model yang lebih natural friendly, telah menguasai pemikiran ahli fizik, biology, engineer, arkitek dan lain-lain. Sehingga ciptaan mereka tidak lagi bersandarkan kepada spirit apatahlagi hubungan dengan ketuhanan. Saya kagum dengan kesungguh beliau yang sanggup bertahun-tahun mengkaji kehidupan bermuamalat indigenous/orang asli dari berbagai kawasan dunia, dan hidup bersama-sama dengan mereka, semata-mata kerana ilmu.

Beliau mencabar supaya umat Islam yang mempunyai model-model baru yang lebih baik, lebih mempunyai roh, dapat dikembangkan untuk umat seluruh dunia. Dan sewajar cendikiawan Islam memulakan ciptaan tamadun bagi mengganti tamadun yang ada, mengikut berita, sumber kewangan yang digunakan oleh negara-negara Islam untuk membeli senjata cukup banyak, alangkah baiknya sekiranya ada tokoh yang dapat menyatukan negara-negara Islam agar menyediakan sumber kewangan bagi mencipta kekuatan melalui tamadun pula ...”Why stay in prison, when the door is wide open”

Friday, December 12, 2008

AUKU atau AUTU

Saya yakin sebahagian besar pemimpin tua dan muda yang ada sekarang duduk dalam Parlimen merasai tindakan daripada AUKU ? Kebanyakannya dari UMNO, PAS, ..parti lain saya rasa tak banyak. Kalau ada mungkin bukan kerana bersuara.... tetapi saya yakin kebanyakan pemimpin yang lahir daripada AUKU lebih ketrampilan kerana mereka telah terbukti keberaniannya, berwawasan, berani mengambil risiko kerana kebenaran dan kepercayaan idealisma yang dibina dalam jiwa mereka.. betul atau tidak, itu soal lain. Yang penting mereka membuktikan bahawa AUKU tidak pernah menghalang mereka menjadi pemimpin, malah mereka lebih perihatin dan bertanggungjawab dengan kepimpinannya.

Hujah ini selalu saya berikan pada rakan-rakan di kampus. Memang benar dan ada kewajarannya sekiranya sekatan-sekatan kebebasan bersuara di kalangan pelajar dihapuskan, namun untuk siapa ? kepentingan siapa ? apakah semua pelajar selama ini tidak pernah bersuara ? apakah pelajar sekarang memang perlu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu terutama parti politik untuk meriah kemenangan politik ? Apakah pelajar sekarang tidak boleh lagi berfikir sendiri ? Semuanya persoalan ini perlu kejujuran dan selalunya tidak ada yang jujur .

Kebebasan harus ada batasnya. Batasnya perlu diperbincangkan demi kepetingan masa depan mereka untuk terus menjadi modal insan negara, bukannya gurkha parti politik.. Kebebasan mereka memupuk nilai dan moral yang tinggi dalam membina kehidupan mereka. Parti politik seharusnya membuka minda bukan meracuni dengan fitnah, kebencian dan dendam kesumat peribadi. Empangan harus dibuka sedikit untuk keperluan kawalan kederasannya, jika dibuka semua, kesannya pasti rosak semua yang ditimpa air yang deras itu. Yang rugi kita semua, biarlah perlahan tapi berkesan membuka minda pelajar kita semua.