Saya yakin sebahagian besar pemimpin tua dan muda yang ada sekarang duduk dalam Parlimen merasai tindakan daripada AUKU ? Kebanyakannya dari UMNO, PAS, ..parti lain saya rasa tak banyak. Kalau ada mungkin bukan kerana bersuara.... tetapi saya yakin kebanyakan pemimpin yang lahir daripada AUKU lebih ketrampilan kerana mereka telah terbukti keberaniannya, berwawasan, berani mengambil risiko kerana kebenaran dan kepercayaan idealisma yang dibina dalam jiwa mereka.. betul atau tidak, itu soal lain. Yang penting mereka membuktikan bahawa AUKU tidak pernah menghalang mereka menjadi pemimpin, malah mereka lebih perihatin dan bertanggungjawab dengan kepimpinannya.
Hujah ini selalu saya berikan pada rakan-rakan di kampus. Memang benar dan ada kewajarannya sekiranya sekatan-sekatan kebebasan bersuara di kalangan pelajar dihapuskan, namun untuk siapa ? kepentingan siapa ? apakah semua pelajar selama ini tidak pernah bersuara ? apakah pelajar sekarang memang perlu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu terutama parti politik untuk meriah kemenangan politik ? Apakah pelajar sekarang tidak boleh lagi berfikir sendiri ? Semuanya persoalan ini perlu kejujuran dan selalunya tidak ada yang jujur .
Kebebasan harus ada batasnya. Batasnya perlu diperbincangkan demi kepetingan masa depan mereka untuk terus menjadi modal insan negara, bukannya gurkha parti politik.. Kebebasan mereka memupuk nilai dan moral yang tinggi dalam membina kehidupan mereka. Parti politik seharusnya membuka minda bukan meracuni dengan fitnah, kebencian dan dendam kesumat peribadi. Empangan harus dibuka sedikit untuk keperluan kawalan kederasannya, jika dibuka semua, kesannya pasti rosak semua yang ditimpa air yang deras itu. Yang rugi kita semua, biarlah perlahan tapi berkesan membuka minda pelajar kita semua.
No comments:
Post a Comment