Tuesday, February 03, 2009

Apabila kita bicara mengenai pluralism….

Apabila saya mengikut bicara oleh Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, IAIS, tempohari berkaitan dengan Ethnic and Religious Pluralism: An Islamic Perspective, tiada perkara baru cuma beliau menekan betapa pentingnya pluralism ini dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama dalam sesebuah negara. Pluralism mempunyai asas yang kukuh dalam ayat Al Quran dan Sunnah dalam mengendalikan sesebuah masyarakat. Asas inilah yang kita sentiasa lupa dan jadikan dasar.

Memahaminya dari persepektif Islam, menginsafi keperluan kebijaksanaan pemerintah dalam menyesuaikan gaya dan respons terhadap isu-isu semasa dalam masyarakat. Isu-isu yang berbangkit , berbagai yang harus dilihat dari berbagai sudut dan sebabnya. Ianya disebabkan sesuatu kepincangan berlaku dalam perlaksanaan atau respons yang diberikan oleh manusia ketika itu. Maka yang lemah adalah manusia, dan penyelesaian mestilah dilihat dari sudut yang lebih luas, dengan semangat yang telah ditanama oleh agama melalui Al Quran dan As Sunnah.

Namun kita jemu dengan polemik yang berpanjangan yang mana kita jelas dan faham perbezaaannya. Kadangkala diulang masalah yang sama dan kita memaksa penyelesaian mengikut perspektif kita, adalah jalan yang luar daripada memahami pluralism. Ianya dijadikan agenda kepercayaan kita sehingga kita tidak lagi memahami bahawa kita boleh berbeza dan menghargai perbezaan tersebut. Keadilan ada asas. Kebenaran juga ada asas. Kita yang tidak menghargainya.

No comments: