Saya tidak mahu membuat penilaian saya kepada calon-calon yang bertanding dalam UMNO, dan kita boleh baca banyak blog-blog dan suratkhabar berbagai ulasan, komentar serta analisa. Cukuplah kita dengan maklumat tersebut. Benar atau tidak, bias atau tidak ,terpulang kepada penulis dengan sifatnya dan emosinya. Namun apa yang terjadi, trajedi JK disiplin UMNO memberi kesan kepada UMNO , baik atau buruk, itulah itu ditentukan oleh ahli dan orang ramai. dan ianya menentukan kualiti ahli dan ketaatan kepada undang-undang. Penyokong masing-masing ada hujahnya, walaupun ada peraturan, namun alasan tetap diberikan. Harapan masyarakat akan menghormati UMNO berbanding dengan parti pembangkang, sebab, kita dah dengar macam-macam dalam parti pembangkang, tapi disimpan dibawah tikar, tunggulah masa mereka pula.
Saya melihat perkara yang berlaku ini suatu pengajaran yang besar dalam memilih pucuk pimpinan. Pertama, seorang pemimpin harus tahu masa bila untuk memberi antara imbuhan, sogokan atau pertolongan. Kedua, pemimpin jangan berharap dengan orang lain apabila kita jujur hendak memberi sesuatu kerana kejujuran tidak boleh di ambil alih oleh orang lain. Ketiga, kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, sedikit atau banyak habuan diberi akan menjadi ukuran, dan selalunya merugikan kita sendiri. Ke empat, kesombongan serta keterlaluan para penyokong dan agen, ego serta memuji melampau-lampau juga membawa padah. Malangnya ejen lebih kaya dari orang yang sepatutnya mendapatkan habuan seperti cerita P Ramlee, satu untuk engkau 2 untuk aku.
Inilah kesannya kepada pemimpin. Mereka tidak lagi merasakan bebas lagi. Tingkah laku mereka sentiasa menjadi perhatian orang ramai, ahli parti atau bukan. Mereka sudah menjadi public figure, dan hal-hal peribadi juga akan menjadi hakim dalam penilaian masyarakat. Zaman sudah berubah, masa dan masyarakat juga sudah berubah. Marilah kita menzahirkan kepimpinan kita seperti mana kepimpinan kemuncak Islam, yang sentiasa menjaga diri, keluarga, agama, bangsa, rakyat dan negaranya. Semoga Malaysia terus aman, maju dan merdeka.
No comments:
Post a Comment