Monday, February 23, 2009

Bekerja kerana semangat, idelisma, kasih sayang....

-->
Bila ada orang berkata “ NGO ? Apa yang boleh mereka buat ? Saya merasakan mereka yang berkata sedemikian, tidak berpijak dengan bumi yang nyata. Mereka tidak sedar sebenarnya NGO adalah organisasi yang cukup berjasa dengan perkembangan manusia di dunia ini. Mereka telah melahirkan manusia yang punya empathi, punya rasa, punya jiwa dan naluri dan hasilnya dapat dirasai oleh seluruh umat. Dan saya yakin bahawa kerajaan pada masa depan (future goverments) adalah terdiri kombinasi diantara kekuatan kerajaan (yang dibentuk melalui parti) dan NGO.
Clinton dalam bukunya bertajuk ”Giving ” menyatakan sumbangan kelompok manusia (NGO) ini cukup banyak berjasa kepada proses pembaikan umat. Setelah beliau meninggalkan Washington DC, 2001,beliau secara aktif mencebur diri dengan kerja-kerja kebajikan. Ternyata beliau dapat melihat kebajikan yang telah dilakukan oleh golongan ini. Ada tiga sebab utama sumbangan NGO (citizan services) bertambah dalam abad ke 21 ini ; pertama, aktivitism ini berkembang selepas Cold War, dalam negara yang demokratik, media response kepada suara ramai dan semakin ramai yang boleh melakukan kerja sedemikian. Kedua, revolusi informasi dan globalisasi membantu peluang kekayaan dan mereka pula bersedia untuk mengeluarkan kembali wang yang mereka perolehi bagi membantu mereka yang tidak berdaya. Ketiga, NGO telah mengembangkan cara mereka bekerja dan mencari dana melalui internet , ini membolehkan sesiapa saja mampu menyumbang dengan keupayaan yang mereka ada.
Ternyata NGO memang memberi kesan. Sebagai contoh di USA, mempunyai lebih 1 juta NGO/Charitable organisations, dan telah memberi 10.2 juta pekerjaan kepada rakyat dan menyumbang 7% pekerjaan di US. Saya yakin mereka yang bekerja bukannya kerana wang tetapi semangat dan jiwa mereka yang cintai keamanan, jiwa yang penuh kasih sayang, jiwa yang sentiasa melihat manusia boleh di beri peluang untuk hidup dan mengubah nasib yang lebih baik lagi. Mereka bebas dan inilah kekuatan baru dalam masyarakat pada masa akan datang.
Tidak lah rugi kita menjadi salah seorang daripada mereka yangmelakukan kebajikan.....

No comments: