Kebiasaan dalam mana-mana pembentangan bajet selalunya di iringi dengan ulasan-ulasan. Kebanyakan perbincangan dibuat secara menyeluruh oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing, seperti bidang ekonomi, perniagaan, akauntan, dll. Malah NGO dan persatuan yang mempunyai kepentingan tertentu juga turut memberi pandangan .
Semua pandangan ini perlu, samada positif atau negatif , ianya memberi persepktif yang lebih jelas lagi tentang perancangan bajet tersebut ataupun memberi cara penambahbaikkan cara bajet itu dibelanjakan, serta membayangkan potensi impak yang akan berlaku sekiranya bajet tersebut dilaksanakan dengan baik.
Ada beberapa perkara yang kita harus melihat;
- Bagaimana perlaksanaannya, apakah ianya dilakukan secara berhemah, mengikut spesifikasi yang dicadangkan, dan secara terbuka dan telus?
- Apakah akan berlaku ketirisan @ perbelanjaan yang berlebih-lebihan?
- Apakah impak kepada masyarakat apabila bajet tersebut dilaksanakan?
- Laporan penggal yang terbuka dimaklumkan kepada orang ramai dan berlaku komunikasi dengan masyarakat serta mampu melakukan perubahan yang bersesuaian?
Peranan NGO dan agensi yang bertanggungjawab juga penting bagi memastikan semua perancangan dilaksanakan dengan adil, saksama dan efisien tanpa pembaziran dan memberi manafaat kepada semua golongan.
Dan kita ketepikan pandangan yang negatif, tidak konstruktif, suka label keburukan dari semua pihak yang sifat semulajadinya memang begitu. Yang malangnya, kadang-kala kita melihat akal yang kurang diikuti dengan perkataan yang dikeluarkan.
Apapun, rakyat mesti dapat menerima manafaat dari pengurusan negara.
No comments:
Post a Comment