Ramadhan datang lagi setiap tahun. Bagi umat Islam kedatangan Ramadhan ini merupakan rahmat kerana bulan ini didatangi dengan penuh baraqah. Kadang kala terfikir ada yang tidak kisah langsung dengan kehadiran. Ataupun sebilangan kecil merasakan kewajipan yang dipaksa. Saya dapat merasakan cabarannya semasa saya mengikuti kursus di USA selama tiga minggu dalam bulan Ramadhan. Dan saya seorang yang sahaja yang berpuasa sedangkan program serta aturcara tidak banyak membantu suasana. Nasib baik juga program tamat jam 5 petang , boleh juga bersiap untuk berbuka. Saya dapat merasakan betapa beruntungnya saya berada dalam negara yang mempunyai suasana Ramadhan. Barulah saya fahami apabila seorang convert dari luar negara terutama dari eropah, seronoknya berpuasa di sini. It is just the environment will make you enjoy more in the ramadhan.
Bulan ramadhan ini juga merupakan bulan latihan. Setiap tahun umat Islam dilatih melalui bulan Ramadhan. Latihan dalam berbagai bentuk, fizikal, mental dan spiritual. Tiada agama di dalam dunia ini yang mengajarkan atau melatih umatnya sebulan dalam setiap tahun.
Bulan kasih sayang – membina ikatan diantara keluarga, makan sahur dan berbuka bersama, solat bersama dan lainlain yang jarang dilakukan dibulan lain. Tidak secara langsung hubungan diantara keluarga dapat dieratkan secara kolektif. Kasih sayang bukan sahaja terbina antara keluarga tetapi juga kepada orang yang lain yang tidak bernasib baik seperti orang miskin, anak yatim, dll. Keinsafan timbul apabila kita bersama-sama dengan mereka.
Memperkukuhkan hubungan – diantara jiran, rakan. Kita kadangkala tidak pernah jumpa jiran (mungkin terlalu sibuk atau malas), inilah masanya kita dapat berjumpa jiran di masjid. Mungkin tidak bercerita panjang, tapi dengan melihat, ngangguk, senyum, mungkin dapat mengingatkan kita kepada nya apabila lepas bulan Ramadhan.
Membantu memperdekatkan diri kepada ibadah. Ada yang jarang ke masjid, mungkin masa ini terbaik untuk pergi ke masjid. Sebab ramai pergi, semua pergi, anak-anak kita pun pergi, suasana pergi masjid. Jadi kalau kita pergi masjid, orang tak hairan. Inilah peluang kita memperdekatkan diri dengan Allah, mula mendengar ayat-ayat Allah setiap malam, berusaha melembutkan lidah dengan aluanan zikir, dan mungkin juga membaca Al Quran walaupun sedikit.
Akhirnya apabila selesai bulan Ramadhan, sebenarnya kita telah membina satu kekuatan jatidiri dalaman dan luaran bersama-sama umat yang lain. Latihan ini bukan buatan manusia, tetapi modul latihan terus dari Allah swt. Semoga kita semua mengambil menafaat dari bulan ramadhan yang mulia ini.

No comments:
Post a Comment