Friday, September 01, 2006

Perkahwinan adalah satu persembahan….

Kita merasa hairan, siapalah siti Norhaliza, datuk K, Mawi dan Ina yang perlu dicatatkan sejarah dalam Malaysia. Walaupun rating menunjukkan bahawa hamper separuh penduduk Malaysia mengikuti perkembangan perkahwinan dan program Mawi, namun masih tidak dapat dibayangkan faedah kepada minda serta kepentingan kepada rakyat.

Mungkin ukuran materialism ini sudah melampaui batas. Kalau TV picisan, seperti TV9 atau astro, boleh saya kira mungkin untuk mencari keuntungan tetapi TV utama seperti TV1 dan TV3 saya rasa pelik bagaimana boleh siaran langsung selama 2-3 jam dan diikuti promosi /iklan yang dijalankan. Bukannya jealous, iri hati, dengki, dendam, tak ada kena mengena langsung. Tetapi semakin risau anak-anak serta remaja yang didedahkan dengan sebegitu rupa. Sudahlah, marilah kita fikirkan yang lebih baik untuk masyarakat kita, mari kita mendidik, mari kita membentuk keperibadian mereka, mari kita tanamkan cinta kepada agama, bangsa dan Negara, mari kita bina semangat juang.

Benarlah sperti pengacara TV3 tempoh hari, perkahwinan Siti adalah merupakan suatu persembahan……

No comments: