Thursday, September 18, 2008

Peralihan Kuasa ?

Peralihan kuasa sudah menjadi pekara lumrah dalam sesebuah negara. Peralihan kuasa politik selalunya berlaku dengan tujuan untuk meneruskan kestabilan, keamanan dan kekukuhan ekonomi. Ada kala peralihan kuasa aboleh berlaku pabila parti yang berkuasa kalah dalam pilihanraya. Itu lumrah. Tetapi sekiranya peralihan kuasa berlaku dalam masa dan ruang pemerintahan yang sedia ada, ianya mestilah mengambilkira faktor kestabilan atau ketidakmampuan untuk memerintah lagi, atau tidak mendapat persepsi yang baik daripada rakyat keseluruhannya.

Ianya berbeza dengan peralihan kuasa dengan demostrasi seperti Thailand, Filipina, Indonesia. Peralihan kuasa berlaku berbentuk anarki, terbukti tidak menyelesaikan masalah, dan ianya hanya memberi peluang kepada sebelah pihak yang berlainan untuk berkuasa. Belum tentu bagus, kerana kita harus melihat kekuatan ideologi, kesefahaman, serta keupayaan mereka untuk memerintah. Selalunya diakhiri dengan kekecewaan dan kesengsaraan dan diambil kesempatan oleh mereka yang buta perjuangan, tali barut, serta kuasa luar.

Yang penting 916, tidak berlaku. Jangan pemimpin menjaja kebencian dengan menutup mata segala kebaikan yang ada. Jangan gunakan nama rakyat untuk meriah keuntungan dan kuasa. Jepun dengan slogan "Asia untuk Asia" , menghalau penjajah, namun mereka juga turut melakukan kekejaman dan akhirnya kembali ke asal. Entahlah, bila berkesudahan...

No comments: