Tuesday, September 16, 2008

MALAYSIA 916

Hari ini 16 September 2008, genap 45 tahun Persekutuan Malaysia di bentuk dengan gabungan Persekutuan Tanah melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Namun disebabkan politik Singapura keluar daripada Malaysia pada Ogos 1965 selepas hampir dua tahun dalam Malaysia.

Generasi muda sekarang tidak dapat merasai suasana, pembentukan ini dalam makna yang sebenar. Kita hanya membaca dan mendengar tarikh ini, tapi tidak dapat merasakan apa yang generasi kemerdekaan rasakan. Namun ianya bukan alasan bagi kita untuk kita tidak memahami sejarah ini. Ianya berkait rapat persetujuan kita untuk hidup secara adil, harmoni dan aman dalam sebuah negara yang kita cintai.

Tidak dapat dinafikan banyak perundingan dan tolak ansur bagi membolehkan persefahaman untuk membina negara ini. Dan ada logiknya untuk menilai sebaik mungkin perubahan semasa dengan apa yang kita sepakati dulu. Jangan pula kita lupa, bahwa pengorbanan pemimpin yang terdahulu ternyata telah memberi kesan kepada kestabilan, keharmonian serta kekukuhan ekonomi negara. Maka sekiranya kita ingin melakukan perubahan, janganlah sampai tergadai agama, bangsa dan negara. Biarlah semua dapat keadilan tanpa merosakan kebenaran.

No comments: