Nilai sesebuah pingat dalam acara sukan berprestij tinggi seperti Olympic, adalah suatu yang sangat bernilai bagi meletakkan nama Malaysia di mata dunia. Kita telah menghantar ramai pasukan atlet ke Olympic kali ini, bukan sahaja mendedahkan mereka kepada sukan masing-masing tetapi juga menjayakan semangat kesukanan yang tinggi dalam penyertaan bukan sekadar ingin menraih pingat sahaja. Inilah nilai yang sepatutnya ditanam oleh sesebuah negara bagi membolehkan sebuah masyarakat dapat mengenali diantara satu sama lain. Tetapi kerana kos yang tinggi, tidak semua negara mampu melakukan sedemikian.
Apa yang hendak saya perkatakan ialah terlibatnya atlet kita dalam sesuatu pertandingan sebenarnya mengajak rakyat yang berbilang kaum, duduk di depan TV, dengan harapan yang satu. Kejayaan untuk Malaysia. Entah dari mana semangat itu timbul, sekiranya kita mula melihat pertandingan itu, secara spontan semangat tiu timbul. Malah dalam keluarga itu sendiri, tumpuan dari yang tua sehingga lah yang muda, menunggu penuh debaran hasil pertandingan tersebut.
Bagi kita, untuk menempah pingat, dan meletakkan nama negara dalam senarai sudah besar pengorbanannya. Siapa sahaja, dalam acara apa sekalipun, ianya cukup membanggakan rakyat Malaysia. Yang penting, ada saat-saat yang utama dalam masyarakat bahawa tercermin semangat ingin melihat negara kita berjaya itu ada. Titik-titik patriotisma boleh bermula....
No comments:
Post a Comment