Dalam keghairahan zaman demokrasi, dimana kebanyak ulama' bersetuju bahawa demokrasi adalah suatu yang baik bagi membolehkan petadbiran sesebuah negara. Keterbukaan ini menyakinkan gerakan-gerakan Islam untuk berpartisipasi dalam proses pilihanraya walaupun mereka tidak yakin akan cara dan kaedah pemilihan yang dilakukan. Kebanyak negara di Timur Tengah menjadi medan percubaan bagi proses demokrasi ini.
Kalau dahulu Barat menaja pemerintah tentera dan diktator untuk berkuasa agar mereka dapat mengaut keuntungan daripada hasil bumi. tetapi setelah pencerahan pemikiran mula tersebar, dan mereka (barat ) tidak lagi mampu menahan keinginan rakyat di Timur Tengah untuk bersuara,. Dalam masa yang sama diktator belaan mereka tidak lagi boleh lagi dipercayai dan berpihak kepada mereka. Dan tiba masanya, untuk mencipta kuasa "kononnya" ciptaan mereka , membawa demokrasi, dan membiarkan rakyat memberontak serta berlakulah pilihanraya.
Namun pilihanraya ini, tidak memihak kepada boneka boneka mereka. Kemenangan di kalangan suara umat Islam yang inginkan kembali suasana dan kekuasaan Islam merata, dan akhirnya terjadilah. Kemenangan dibeberapa negara seperti Tunisia, Algeria, dan Mesir rupa-rupa menimbulkan ketakutan kepada Barat. Dan negara seperti Syria dibiarkan, Iran di ugut kerana mereka tidak mahu kawasan ini dibiarkan demokrasi akan memberi kemenangan kepada pihak Islam.
Ternyata Islam dalam kemenangan ala demokrasi, @ suara rakyat ternyata palsu...mereka mencipta , mereka jugalah menghancurkan....
No comments:
Post a Comment