Monday, August 19, 2013

Sikap dan Semangat kita

Semua insan yang berjiwa manusia melihat kejadian , insiden di Mesir dan Syria adalah suatu di luar jangkaan dan tiada peri kemanusiaan. Walaupun atas nama dan tuduhan sebagai "anasir pengganas" " tamarod ' rebellion', menjadi alasan untuk bagi pihak tentera bertindak mengusir dan membunuh rakyat yang tidak berdosa di Mesir. Waktu ketika bulan Ramadhan dan kemuncak nya Syawal, perbuatan tersebut menjadi lebih parah apabila pertembungan ini melibatkan ratusan nyawa terkorban.

Apa salah mereka? Apa salah umat Islam yang selama ini, menjadi warga baik kepada negara dan rakyat Mesir? Apakah salah mereka meminta Morsi di bicarakan sekiranya salah, memberi peluang kepada Morsi membuat pilihan untuk berundur secara baik dan terhormat sekiranya itulah paksaan pihak tentera ? Apakah hukumannya dengan menembak umat Islam sedang berhimpun?

Dan negara dan kepimpinan Islam harus segera duduk semeja bagi sama-sama mencari jalan menyelesaian. Apakah kita disarankan untuk menjadi orang pendamai kepada orang yang sedang bertelagah/berperang/bermusuhan? 

Kita sebagai negara yang mempunyai kepimpinan Islam yang disegani seharusnya lebih tegas dalam menyatakan pendirian kita berkaitan alih alih politik secara tentera/kekerasan. Kita harus segera membantah dengan tindakan tentera Mesir mengambil jalan mudah dengan menembak orang awam. Kita segera melakukan lobi dikalangan negara OIC dan juga sekutu Barat yang boleh memikirkan bagaimana boleh diadakan perundingan diantara Ikhwan Muslimin dan Tentera Mesir.

Kita mesti punya rasa jiwa membantu ini. Sekiranya ianya mati, dan kita biarkan berlalu, kita tidak lagi mempunyai kredibiliti yang boleh dihormati oleh umat Islam diseluruh dunia sebagai jurucakap umat Islam @ sekurang-kurangnya berusaha dengan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah umat Islam ini.




No comments: