
Dalam temubual tersebut Morsi menekankan bahawa perlunya persepakatan dalam pentadbiran negara, yang berdasarkan undang-undang, kebebasan dan dalam lunas demokrasi. Ini adalah kerana serangan daripada berbagai pihak termasuk media dalam dan luar negara yang tidak mempercayai sepenuhnya ,M Morsi (parti Ikwanul Muslimin) akan mampu menjalankan pemerintah yang adil bagi semua pihak.
Walaupun ianya tidak melebih 50% berpendapat sedemikian, namun sebahagian besar penyokong Ikhwanul Mulsimin adalah dikalangan luar bandar dan "berpelajaran rendah", manakala dikalangan bandar, middle class group, peniaga dan bijakpandai dilihat menyokong kepada golongan liberal dan demokrat. Ini merupakan cabaran besar bagi Morsi untuk menarik perhatian mereka semula. Mereka melihat dalam tempoh 2 tahun ini tiada tanda-tanda pemulihan ekonomi, tiada agenda besar, tiada matlamat, daripada kepimpinan Morsi. Apa yang merunsingkan mereka ialah paras kemiskinan semakin meluas, kekecewaan sebahagian besar golongan "middle class", malah dilihat hanya berlegar dengan perlembagaan.
Mesir tidak boleh dilihat lemah dan kemunculan fraksi dalam sesebuah negara selepas berjaya menumbangkan pemerintah diktator, adalah lumrah. Setiap kumpulan merasakan peranan mereka lebih besar dari yang lain, dan layak memerintah,...namun semuanya tertakluk kepada kekuatan kepimpinan Morsi dan jenteranya bagi mendapat kembali keyakinan rakyat kepada beliau pada bulan April ini. Morsi perlu diberi masa untuk membuktikan perubahan boleh dilakukan, dan ianya harus menjadi model perubahan untuk pada masa akan datang bagi kawasan Tanah Arab dan Afrika.
No comments:
Post a Comment