Tuesday, July 04, 2006

Majlis Belia Malaysia 2006-2008

Tamat sudah Mesyuarat Agung Tahunan MBM kali ke 56 yang diadakan di Bukit Merah LakeTown Resort, Perak. Mesyuarat kali ini memberi makna kepada barisan kepimpinan kerana tokoh-tokoh yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Selangor (sudah pastilah, Presiden MBM) dan tokoh-tokoh belia dari Negara Asean termasuk Korea dan Monggolia. Isu yang penting termasuk Akta dan Auku. MBM mendesak agar KBS mesti mengambil perhatian serius dengan permintaan MBM sebagai badan Belia tertinggi dalam Negara. Rupa-rupanya, amukan Presiden MBM, membuahkan hasil. TPM merasakan terpanggil untuk memberi perhatian sehingga memuas hati perwakilan yang hadir. Tahniah kepada YAB Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo, bersedia membuka gelanggang untuk rakan-rakan seperjuangan yang lain dapat meneruskan perjuangan.

Dalam mesyuarat tersebut pemilihan AJK MBM baru telah diadakan. MBM mendapat Presiden baru, Sdr Shamsul Anuar Nasarah ( walaupun MB Perak tersasul nama beliau) dan Timbalan , YB Dato Idris, Naib-Naib Presiden, Sdr Nasaruddin, Azizuddin, dan Ng Chin Loong dan SUA, Sdr Tajuddin. Inilah barisan yang meneraju kepimpinan MBM yang akan datang. Muga-muga kita mendapat sokongan yang kuat dari semua perwakilan.

Saya bersyukur kepada Allah swt diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam pembangunan insan dengan terpilihnya saya sebagai NAIB PRESIDEN MBM 2006 – 2008. Saya berharap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk generasi belia di Negara ini dengan bantuan rakan-rakan semua.

No comments: