Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Sikap Kepimpinan Parti

1. Dalam Perhimpunan  UMNO juga menekankan tentang pendekatan bagaimana menarik kembali kepercayaan orang ramai kepada parti UMNO. Cadangan, saranan serta contoh telah dikemukakan dalam perhimpunan. Tapi persoalannya, apakah ianya suatu retotrik semata-mata atau boleh dilaksanakan ?

2. Dalam kepimpinan Pemuda , Puteri dan Wanita , rata-rata menyedari betapa perlunya mereka berada dalam masyarakat. Sedangkan memang akar umbi UMNO itu dalam masyarakat, tetapi pendekatan dan sikap yang mungkin berbeza.

3. Sikap apa? 

  • Sikap berpoya-poya  
  • Sombong yang tak pandai, 
  • Bercakap besar,
  • Kroni yang keterlaluan, 
  • Berpura-pura
4. Sikap ini menular sehingga yang muda dalam kepimpinan. Dengan alasan, "yang tua boleh , tak kan aku tak boleh" . Yang tua, dulu baik sekarang sudah berbeza/sudah berubah.

5. Bolehkah orang dalam kepimpinan UMNO berubah? Sudah tentu boleh. UMNO didokongi oleh orang Melayu yang sememangnya kaum yang mudah berubah ke arah kebaikan..kerana ada asas yang kukuh dalam Melayu dan roh Islamnya. Perbaikilah. Tak susah. 

6. Kalau kita bersedia untuk menjadi pemimpin, jadikan kita mampu dijadikan sebagai contoh tauladan.



Orang muda masuk parti

1. Dalam perbahasan pemuda UMNO baru baru ini, banyak berbicara mengenai orang muda agar berada dalam parti. Malah banyak kesimpulan dibuat bahawa ramai anak muda lebih tertarik pada parti pembangkang sehingga menimbulkan kegusarankepada kepimpinan parti.

2. Maka timbullah banyak cadangan bagaimana menarik anak muda kepada parti. dan perjuangannya. Isunya, usaha-usaha yang diutarakan berlegar kepada perkara lama yang telah dibincangkan,  Salah satu dari cadangan untuk memberi peluang kepada mereka ini jawatan serta mengetuai pelbagai jawatanparti atau agensi kerajaan.

3. Perkara ini bukan suatu yang mudah, ianya mengambil masa yang panjang dan juga kepercayaan ahli parti yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Ia nya juga berkaitan rapat dengan kemampuan, keberanian serta kemahiran yang baik bagi membolehkan kepimpinan akan menjadi lebih berkesan.

4. Sebenarnya yang lebih penting ialah UMNO perlu menerima hakikat ramai anak muda tidak mahu terlibat dalam parti secara langusng. Mereka mempunyai pendapat dan kaedah masing-masing dalam menyatakan keperihatinan mereka. Sudah menjadi resam anak muda yang memang serntiasa agresif dengan pemerintah tetapi bukan semua perkara mereka tidak setuju .

5. Hakikatnya, orang muda  tidak juga berduyun-duyun ke parti pembangkang. Mereka (dipihak) cuma nampak lebih agresif dan berjaya menanam kekeliruan dalam isu-isu berbangkit. Kelembapan serta tak ramai pimpinan yang berketrampilan yang berani serta diyakini menangani isu-isu tersebut. Nampak tewas di mata umum, tidak memberi kebaikan kepada parti pemerintah.

5. Engagement, - sentiasa berdailog ,berkomunikasi serta menjelaskan melalui berbagai kaedah dengan anak muda agar mereka memahami isu dengan baik. Mereka sudah tentu berpuashati sekiranya apa yang .berada dalam minda mereka dapat disantuni dengan bijaksana. 

6. Yang penting ialah apabila mereka mengambil keputusan untuk memilih sewaktu pilihanraya akan memihak kepada UMNO dan BN. Itulah yang utama. Maka usahalah dengan sungguh-sungguh dan dailoglah dengan baik, dekati anak muda dari berbagai lapisan masyarakat, duduklah dan makanlah bersama mereka, berilah contoh tauladan yang baik. Mudah-mudah keikhlasan yang baik akan membuahkan hasil yang baik jua.