Wednesday, October 15, 2008

Kualiti Harapan untuk Pemimpin Baru…

Saya teringat surat satu gerakan dakwah kepada anggota kepimpinan negara suatu ketika dahulu. Hikmah daripada nasihat amat penting untuk dierungi bersama oleh pemimpin baru yang akan menguasai pemerintahan dalam negara.
  1. Berikan tolenrasi kepada pihak lawan siasah, hargai saranan mereka, puji atas kebaikan , maklumkan pada mereka sekiranya mereka melontar kritikan keras dan kebencian peribadi, manafaat kesempatan untuk memahami antara satu sama lain, berikan hak sesuai dengan keadilan dan undang-undang. Buangkan sifat egoism, kebencian, tanamkan sifat berlapang dada, bersatu dan tolong menolong.
  2. Teruskan jalinan erat dengan rakyat dengan ziarah dengan sederhana dan kerendahan jiwa, jauhkan fomaliti yang berlebihan, bicara dengan urusan penting mereka.
  3. Jauhkan diri dari rasuah. Buangkan sikap nepotism dan kronism keterlaluan. Bicara iklas dan telus dalam tindakan. Rasakan amanah kepimpinan dengan kemuliaan, kebenaran dan menghormati keadilan.
  4. Tahan diri dari bermewah-mewah., pembaziran dan elaun besar. Mulakan dengan pempinan peringkat tertinggi. Biarkan kita merasakan kesusahan dan kesulitan agar jiwa dapat merasai jiwa rakyat.
  5. Fokus kepada ekonomi dan hindarkan kemiskinan rakyat. Usahakan pembangunan ekonomi rakyat , peluang kepada rakyat untuk merasai kehidupan yang lebih baik. Sesungguhnya kemiskinan akan mendekatan lagi kepada huru hara.
  6. Bersikap tegas dengan hal berkaitan dengan negara. Terus terang dengan rakyat sikap ini. Teruskan interaksi dan mengambil pandangan rakyat.
  7. Lindungi syariat, hindari perkara yang boleh mendatangkan mudarat keada rakyat, didik rakyat dengan kesopanan, berbudi tinggi, berilmu. Laksanakan dengan bijaksana.


”Sebaik-baik pemimpin kamu yakni pemegang kendali pemerintahan kami ialah orang yang kamu cintai dan mencintai kamu, mendoakan kebaikanmu dan kamu doakan kebaikan untuk mereka. Sedangkan seburuk-buruk pemimpin kamu ialah yang kamu benci dan membenci kamu, yang kamu kutuk dan mengutuk kamu” (HR Muslim).

Perubahan kepimpinan yang akan berlaku harus mengambil iktibar dan marilah kita jadikan nasihat ini sebagai pedoman dan kepada gerakan dakwah , teruskan dakwah dalam menjadikan negara kita lebihdiberkati dan mendapatkan keampunan Allah s.w.t

No comments: