Friday, August 25, 2006

Kerana Mu Malaysia: Misi Nasional, Penjana Wawasan

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 49 tahun ini bertemakan “ Kerana Mu Malaysia: Misi Nasional, Penjana Wawasan. Kemerdekaan bagi yang mengerti adalah suatu anugerah kepada rakyat yang bebas. Bebas dari belengu penjajahan, bebas dari anasir yang boleh merosakkan agama, bangsa dan Negara, bebas dari kemiskinan, bebas dari mengikut pilihan dan telunjuk orang lain. Ini membawa maksud kita mesti pelihara kemerdekaan ini dengan penuh cemburu. Kita harus bersedia berkorban dan setia mempertahankan kedaulatan Negara.

Semangat kenegaraan (patriotik) yang ditanam dalam diri mesti segar agar ianya dapat disuburkan kepada generasi muda. Semangat patriotic mudah disedari dengan melihat bagaimana kesengsaraan banyak Negara sekarang ini. Menyayangi Negara ini bermaksud bersedia untuk menjadi Negara ini lebih baik dengan acuan dan formula sendiri. Bukannya dengan mengikut mana-mana telunjuk orang lain yang kurang mengerti asal budaya, adapt resam dan keharmonian yang telah sedia ada dalam masyarakat kita. Mereka yang menggunakan berbagai kaedah dengan berbagai jenama samada demokrasi, kemanusiaan dan lain-lain kadangkala mempunyai agenda yang tersendiri dan akhirnya membawa kerosakan keamanan yang sedia ada.

Tapi berapa ramai diantara kita boleh mengerti kemerdekaan, kebebasan, jatidiri, keunggulan, semangat cintakan agama, bangsa dan Negara. Tugas pemerintah dan peminpin tidak akan ada kesudahan

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 49 !

No comments: