Monday, December 15, 2008

Mencipta Arah Baru Tamadun Dunia

Setelah mendengar public lecture daripada Dr Elisabeth Sahtouris, seorang scholar dalam evolution biologist, saya dapat merasakan bahwa tangan/usaha kita sendiri yang menghancur alam ini. Beliau yang sedang merangka model bagaimana hubungkait diantara fizik, biologi dan spritual. Kegigihan beliau melihat dunia hubungannya dengan kuasa Tuhan adalah suatu perkara yang cukup bermakna dalam dunia sains kita pada masa akan datang.

Beliau melihat kefahaman sains sekarang yang mengenepikan dimensi spirit/Tuhan/Pencipta membawa banyak kerosakan. Kefahaman kepada material yang melampau, hasilnya hanya untuk mengaut keuntungan, mencipta mesin-mesin pemusnah alam, serta tidak mahu mengakui model-model yang lebih natural friendly, telah menguasai pemikiran ahli fizik, biology, engineer, arkitek dan lain-lain. Sehingga ciptaan mereka tidak lagi bersandarkan kepada spirit apatahlagi hubungan dengan ketuhanan. Saya kagum dengan kesungguh beliau yang sanggup bertahun-tahun mengkaji kehidupan bermuamalat indigenous/orang asli dari berbagai kawasan dunia, dan hidup bersama-sama dengan mereka, semata-mata kerana ilmu.

Beliau mencabar supaya umat Islam yang mempunyai model-model baru yang lebih baik, lebih mempunyai roh, dapat dikembangkan untuk umat seluruh dunia. Dan sewajar cendikiawan Islam memulakan ciptaan tamadun bagi mengganti tamadun yang ada, mengikut berita, sumber kewangan yang digunakan oleh negara-negara Islam untuk membeli senjata cukup banyak, alangkah baiknya sekiranya ada tokoh yang dapat menyatukan negara-negara Islam agar menyediakan sumber kewangan bagi mencipta kekuatan melalui tamadun pula ...”Why stay in prison, when the door is wide open”

Friday, December 12, 2008

AUKU atau AUTU

Saya yakin sebahagian besar pemimpin tua dan muda yang ada sekarang duduk dalam Parlimen merasai tindakan daripada AUKU ? Kebanyakannya dari UMNO, PAS, ..parti lain saya rasa tak banyak. Kalau ada mungkin bukan kerana bersuara.... tetapi saya yakin kebanyakan pemimpin yang lahir daripada AUKU lebih ketrampilan kerana mereka telah terbukti keberaniannya, berwawasan, berani mengambil risiko kerana kebenaran dan kepercayaan idealisma yang dibina dalam jiwa mereka.. betul atau tidak, itu soal lain. Yang penting mereka membuktikan bahawa AUKU tidak pernah menghalang mereka menjadi pemimpin, malah mereka lebih perihatin dan bertanggungjawab dengan kepimpinannya.

Hujah ini selalu saya berikan pada rakan-rakan di kampus. Memang benar dan ada kewajarannya sekiranya sekatan-sekatan kebebasan bersuara di kalangan pelajar dihapuskan, namun untuk siapa ? kepentingan siapa ? apakah semua pelajar selama ini tidak pernah bersuara ? apakah pelajar sekarang memang perlu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu terutama parti politik untuk meriah kemenangan politik ? Apakah pelajar sekarang tidak boleh lagi berfikir sendiri ? Semuanya persoalan ini perlu kejujuran dan selalunya tidak ada yang jujur .

Kebebasan harus ada batasnya. Batasnya perlu diperbincangkan demi kepetingan masa depan mereka untuk terus menjadi modal insan negara, bukannya gurkha parti politik.. Kebebasan mereka memupuk nilai dan moral yang tinggi dalam membina kehidupan mereka. Parti politik seharusnya membuka minda bukan meracuni dengan fitnah, kebencian dan dendam kesumat peribadi. Empangan harus dibuka sedikit untuk keperluan kawalan kederasannya, jika dibuka semua, kesannya pasti rosak semua yang ditimpa air yang deras itu. Yang rugi kita semua, biarlah perlahan tapi berkesan membuka minda pelajar kita semua.