Curahan minda dan rasa terhadap isu semasa. Komentar,pandangan serta idea berkaitan dengan pembangunan belia dan generasi baru ke arah lebih cemerlang mengikut acuan tradisi Islam dan Melayu.
Monday, August 25, 2008
Kemerdekaan harta yang tak ternilai
Kemerdekaan sesebuah negara cukup bererti kepada rakyatnya. Pada Tanggal 31 Ogos 1957, negara mengistiharkan hari kemerdekaan bagi menandakan kebebasan kita dari penguasaan penjajah. Walaupun perjuangan memerdeka negara tidak sehebat pertumpahan darah seperti negara-negara lain, namun rentetan salur galur perjuangan tidak lepas dari keringat, darah dan airmata.
Monday, August 18, 2008
Nilai Pingat Olympic
Nilai sesebuah pingat dalam acara sukan berprestij tinggi seperti Olympic, adalah suatu yang sangat bernilai bagi meletakkan nama Malaysia di mata dunia. Kita telah menghantar ramai pasukan atlet ke Olympic kali ini, bukan sahaja mendedahkan mereka kepada sukan masing-masing tetapi juga menjayakan semangat kesukanan yang tinggi dalam penyertaan bukan sekadar ingin menraih pingat sahaja. Inilah nilai yang sepatutnya ditanam oleh sesebuah negara bagi membolehkan sebuah masyarakat dapat mengenali diantara satu sama lain. Tetapi kerana kos yang tinggi, tidak semua negara mampu melakukan sedemikian.
Apa yang hendak saya perkatakan ialah terlibatnya atlet kita dalam sesuatu pertandingan sebenarnya mengajak rakyat yang berbilang kaum, duduk di depan TV, dengan harapan yang satu. Kejayaan untuk Malaysia. Entah dari mana semangat itu timbul, sekiranya kita mula melihat pertandingan itu, secara spontan semangat tiu timbul. Malah dalam keluarga itu sendiri, tumpuan dari yang tua sehingga lah yang muda, menunggu penuh debaran hasil pertandingan tersebut.
Bagi kita, untuk menempah pingat, dan meletakkan nama negara dalam senarai sudah besar pengorbanannya. Siapa sahaja, dalam acara apa sekalipun, ianya cukup membanggakan rakyat Malaysia. Yang penting, ada saat-saat yang utama dalam masyarakat bahawa tercermin semangat ingin melihat negara kita berjaya itu ada. Titik-titik patriotisma boleh bermula....
Wednesday, August 13, 2008
Bila Kita Berpecah?
Bila kita mula berpecah? Jari mula menunjukkan orang lain. Tapi hakikatnya kita juga mencari jalan perpecahan kerana kita merasakan apa yang ada pada kita, tidak memuaskan jiwa nurani kita. Atau hanya sekadar nafsu peribadi kita sendiri? Mungkin kita telah berubah, tanpa disedari juga dipengaruhi dengan nilai-nilai yang cukup asing dalam kehidupan yang telah orang terdahulu dari kita. Kita melihat sesuatu dari isu yang cukup tidak rasional ditambah pengalaman orang lain yang kita tidak tahu asal usul peristiwa itu. Tapi suara kita melaungkan rasa sebenarnya citaras orang lain, citra kehidupan orang lain, nilai budaya orang lain, kebebasanorang lain. Pernah kita melihat diri melalui kacamata kita sendiri ? Inilah cabaran pemimpin sekarang. Membawa erti kehidupan yang baik dalam masyarakat pimpinannya. Sekarang bukan lagi zaman mengiyakan semua, bukan juga zaman menidakkan semua, tapi zaman untuk berkongsi.
Kita tidak mampu berpecah, sebagai satu rakyat yang mempunyai bilangan kaum dan agama, kita tidak sewajarnya melihat ini suatu peluang tetapi suatu tragedi. Bila sebuah negara yang tidak stabil, jangan bicara soal kebebasan, jangan bicara soal hak, jangan bicara soal keadilan, semuanya akan dirampas oleh orang lain. sekiranya berlaku, usah kita mimpi untuk mengambilnya semula, kalau dapat hanyalah serpihan dari orang lain.
Bila kita berpecah? Jangan kita mimpi lagi.
Bila kita berpecah? Jangan kita mimpi lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)