Keputusan ini memang saya jangka akan berlaku. Dan rasa juga merasakan mereka yang membawa dan membesarkan perkara ini juga mengjangka keputusan ini. Keputusan ini dibuat atas pertimbangan yang sewajarnya. Bukan melihat siapa menang atau kalah, siapa yang lebih demokrasi, atau siapa yang berkuasa tetapi ianya merupakan suatu keputusan yang mencatitkan sejarah yang kekal untuk memberi pengertian yang sebenar kepada mereka yang tidak mahu mengerti apa itu toleransi.
Kita mengalu-alukan kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu usaha penyebaran agama lain terhadap umat Islam dihentikan segera. Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan memiliki perkaitan sejarah, sosial dan politik yang perlu dihormati serta diambil kira sebelum sebarang tuntutan secara terbuka dibuat.
Gesaan Perdana Menteri yang meminta agar kerajaan negeri yang belum mempunyai undang-undang khusus berperanan menyekat penyebaran agama lain kepada umat Islam diwujudkan segera. ‘Bagi negeri yang telah mempunyai peruntukan undang-undang tersebut gesaan agar langkah penguatkuasaan diambil segera. Malah pendidikan kesedaran mengenai undang-undang ini perlu dibuat agar semua pihak menyedarinya.
Menurut Perdana Menteri mengarahkan empat kerajaan negeri iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak supaya mengambil tindakan yang sesuai untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam. Pada masa ini, Perlis, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu serta Melaka sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bertegas tidak akan meminda Perkara 121 (1A) juga menggembirakan.
Apa yang diharapakan pengajaran dari peristiwa ini. Janganlah peristiwa ini dianggap lagi sebagai menyekat kebebasan. Memang semestinya setiap keputusan dapat memuaskan hati semua orang. Mesti ada yang tidak puas hati malah cuba mencabarnya dengan cara dan kaedah yang lain. Tapi jangan sampai mencemar kedaulatan Negara, jangan sampai dendam melalui akal yang murni, jangan sampai kampong tergadai semata-mata persoalan yang diambil dari oranglain (kangkala ditempatnya sendiripun (USA) tak juga sempurna dalam soal kebebasan). Adakala perkongsian kehidupan ini memang begitu, bukan semuanya kita dapat, tapi kita juga harus memberi dan menerima yang baik untuk semua. Terimalah dengan hati terbuka, perbaiki kata-kata dan jiwa agar kita lebih memahami masyarakat yang kita berada sekarang.