Bukanlah menjadi suatu rahsia lagi ketidaksefahaman diantara YAB PM dan bekas PM . walaupun ia telah menjadi bualan semasa tetapi baru-baru ini ianya diambil secara serius oleh media untuk paparan massa. Akhirnya ramai yang tahu, dan membuat spekulasi yang sensasi. Yang kita tahu, akhbar mendapat keuntungan yang besar dengan berita ini. Yang rosak rakyat yang semakin keliru dan berpecah. Bukan soal siapa benar, tetapi siapa salah.
Sebagai orang yang terlibat dalam NGO dan rujukan perbualan massa, saya merasakan bahwa pergolakan individu dalam politik tidak seharusnya diambil kesempatan oleh individu dan sekumpulan orang terutama orang luar untuk merancang sesuatu. Pergolakkan sebegini adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik, atau negara. Kritik serta berbeza pandangan adalah biasa dan seharusnya ditangani dengan bijaksana. Ia tidak mendatangkan apa-apa keuntungan dan selalunya di Malaysia perkara sedemikian akan selesai.
Yang rosak sekiranya fraction dalam umno, berlumba-lumba mengumpulkan orang-orang setia untuk menandingi antara satu sama lain. Berlumba-lumba menyekat orang lain dalam menjalankan tugas. Berlumba-lumba untuk menyekat laba (projek kerajaan) untuk kesenangan ‘orang-orang mereka’. Dan rakyat tidak lagi menjadi fokus dan tujuan pemerintah. Yang sengsara semakin bertambah, yang miskin papa kedana, yang tertindas semakin tercekik, tak ada yang untung kerana kerenah orang politik. Lihatlah sejarah, pergaduhan orang politik sebenarnya menggunakan rakyat untuk turut berada dalam polemic mereka.
Ternyata akhbar tidak perlu lagi memsensasikan isu-isu sedemikian. Walaupun menguntungkan, mereka sebenar turut mempunyai agenda kepentingan peribadi atau sokongan kepada pihak-pihak tertentu. Saya rasa banyak jalan-jalan penyelesaianya tetapi biarlah yang menang ialah kestabilan, keamanan, dan terbelanya rakyat.