Tuesday, October 16, 2012

Obama sama saja dengan Bush

Summing up some of his military accomplishments a few months ago, Obama declared: “We’ve succeeded in defending our nation, taking the fight to our enemies, reducing the number of Americans in harm’s way, and we’ve restored America’s global leadership. That makes us safer and it makes us stronger. And that’s an achievement that every American — especially those Americans who are proud to wear the uniform of the United States Armed Forces — should take great pride in.”
Obama yang dilihat sebagai orang yang menentang peperangan, ingin melihat kerjasama dan persefahaman dailog, pada kempen 2008 meleset sama sekali.  Dia masih meneruskan kempen "world police or domination through war" US dengan nama lain.  Beliau meneruskan peperangan Bush pada Pakistan. Yemen, Somalia, Libya, Sudan dan akhir sekali di kawasan Mesir, dan Syria. Peruntukaan kewangan meningkat untuk peperangan di Afghanistan dan juga kawalan ketat dekat dengan kawasan Republic of China. 

 Beliau tidak dapat lari dengan tekanan majoriti kepimpinan yang diselangi dengan lobi Yahudi untuk mempertingkatkan bantuan kepada Israel dan berterusan memberi tekanan kepada umat Islam di kelilingnya.

Dengan menggunakan slogan dan rethorik " freedom, oppression, manipulation, " dikepit dengan demokrasi , ramai yang terlupa agenda besar US untuk menguasai dunia. Lebih malang lagi , semakin ramai umat Islam yang keliru dengan hebatnya perkataan ini sehingga membiarkan mereka berada di tengah-tengah umat Islam , lalu menjadi api , bagi memastikan umat Islam bergaduh sesama sendiri dan berpecah belah.

Kita sendiri tidak lagi yakin sesama sendiri, dan akhirnya umat Islam tidak lagi menjadi kekuatan tetapi ancaman kepada orang lain. Label sebagai terrorism ini bukan kepada orang nya tetapi kepada agama Islam itu sendiri.

Monday, October 08, 2012

Umat Islam jadi alat mainan

NATO-backed terrorism swept the northern Syrian city of Aleppo this week, killing and maiming scores of civilians. Al Qaeda-style car bombings targeted public squares throughout the city in a coordinated attack the Western press has attempted to claim was “targeting government forces.” CNN in their article, “Syria: Dozens killed in blasts at Aleppo public square,” bases this conclusion on the discredited “Syrian Observatory for Human Rights,” a single man, Rami Abdelrahman, who is admittedly a biased member of the so-called “Syrian opposition,” based not in Syria but in Coventry England disingenuously posing as an entire “human rights organization.”
Bencana yang menimpa umat Islam Akhir-akhir ini adalah pertelingakahan , pembunuhan sesama sendiri secara besar-besaran. apa yang berlaku di Timur Tengah dan dunia Arab adalah satu bencana yang harus diambil iktibar oleh seluruh umat Islam.

Kita masih bertuah ,kebanyakan negara yang dilanda " peperangan dalaman" dapat ditamat dengan cepat seperti di Tunisia, Yemen, Mesir . Tidak banyak nyawa terkorban. Apapun sekali digambarkan oleh semua pihak, dengan kejatuhan diktator atau apa saja alasannya, kita bersyukur kerana tidak ramai nyawa umat Islam yang terkorban akibat pertelingkahan politik.

Tuesday, October 02, 2012

Bajet - fikiran yang menguasai tingkah laku

Kebiasaan dalam mana-mana pembentangan bajet selalunya di iringi dengan ulasan-ulasan. Kebanyakan perbincangan dibuat secara menyeluruh oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing, seperti bidang ekonomi, perniagaan, akauntan, dll.  Malah NGO dan persatuan yang mempunyai kepentingan tertentu juga turut memberi pandangan . 

Semua pandangan ini perlu, samada positif atau negatif , ianya memberi persepktif yang lebih jelas lagi tentang perancangan bajet tersebut ataupun memberi cara penambahbaikkan cara bajet itu dibelanjakan, serta membayangkan potensi impak yang akan berlaku sekiranya bajet tersebut dilaksanakan dengan baik.

Friday, November 19, 2010

Idil Adha dan Tangisan

Sekiranya kita dihadapkan di hadapan Ka’abah, dan setiap kali, kita akan menitiskan air mata. Itulah yang berlaku kepada kita dan saya juga yakin kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kerana ketika itu hati kita bagai diruntun dengan penuh rasa yang berbagai.
Rasa bertambah kasih sayang – rasa kasih sayang kepada Allah swt, rasa jiwa kita dipenuh sebagaimana air dituang penuh di dalam sebuah gelas kosong, atau menunggu loading (muat turun) dihadapan komputer, dan rasa penuh apabila selesai dan betapa indah menikmatinya. Dan ingatan kita hilang dari segala resah,gelisah, kekosongan, dan semuanya keindahan dunia.

Tuesday, November 16, 2010

Idil Adha dan Perpaduan : Satu Mitos umat Islam?


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Selain memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t., banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini sebagai peringatan kepada kita tentang perjalanan kehidupan ini.

Saturday, May 15, 2010

Hari Belia Bukan hari Bersukaria

1. Setiap tahun, 15 Mei adalah hari diperingatkan kita tentang belia. Setiap negara akan mengatakan bahawwa generasi belia (GB) adalah generasi penting bagi menjamin masa depan negara. Cuma fokus yang berbeza. Bagi sesebuah negara seperti kita pendidikan dilihat sebagai pemangkin dan menyediakan peluang untuk mereka bekerja merupakan amanah yang harus dipikul oleh kerajaan dengan memastikan ekonomi akan terus maju pada masa hadapan.

2. Dengan pertambahan saingan dan perkembangan ekonomi yang tidak selalunya stabil, membuat kita lebih peka dalam memperkembangkan potensi belia. Lebih peluang mereka berkreatif dengan ilmu yang mereka dapati dari IPTA/IPTS, lebih mudah mereka mengurus kehidupan. Mereka tidak lagi bergantung dengan kerajaan tetapi mencipta dan menerokai peluang bagi beroleh kejayaan. Ini lah cabaran pada masa akan datang.

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Ramai yang sebenarnya tidak terasa hangatnya pertandingan Piala Thomas ini. Setelah Malaysia tewas dengan Jepun baru-baru ini., baru terasa kembali ...Kenapa kehangatan lambat ?

1. Kurang publisiti melalui media dan kempen yang bersungguh? Rakyat Malaysia mesti merasai kehangatan pertandingan ini kerana kita pernah menjuarainya dan ianya juga telah menjadi permainan yang berprestij tinggi di dunia. Apakah disebabkan tidak cukup kewangan? atau kelemahan pihak penganjur tentang peri pentingnya mengembalikan semangat keMalaysian dalam masyarakat kita?

Saturday, May 01, 2010

Polis vs Aminurashid

Di mana-mana negara yang di daulati dengan undang-undang, sudah menajadi suatu kewajaran, apabila suatu perkara yang berlaku yang melibatkan nyawa, ianya amat sensitif kepada masyarakat. Apatah lagi ianya berlaku dengan sebab kecuaian oleh pemegang jawatan awam seperti anggota keselamatan.

1. Menjadi satu tanggungjawab bagi pihak yang berkuasa menjalankan penyiasatan penuh apabila tindakan itu mendatangkan kecurigaan. dan sudah pasti keinginan dari keluarga dan masyarakat mahu satu jawatankuasa bebas yang boleh ianya disiasat dengan teliti. Kerana secara lojiknya, sisatan yang dilakukan oleh pihak polis sendiri bleh mendatang kekeliruan dan cubaan menutup ruang-ruang kelemahan perlaksanaan kuasa. Dan pihak kerajaan, harus membenarkan ini berlaku untuk memastikan keadilan boleh didapati oleh pihak keluarga.

2. Bagi saya, apabila pihak PKPIM dan badan NGO terus tegas dalam mengutarakan desakan agar ianya penyisatan menyeluruh secara telus dan adil, ianya merupakan adalah tindakan wajar. Dan tindakan serta merta menghentikan mereka (anggita polis yang terlibat) dari bertugas juga merupakan tindakan yang wajar bagi menunjukkan kesediaan pihak berkuasa menjalankan sisatan dengan lebih baik lagi.

Tuesday, March 02, 2010

Bunuh Anak?

Di Europe, sibuk dengan kisah ribut Xynthia mengakibatkan banjir dan kerosakan tanaman manakala di Chile, kita digemparkan dengan gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa dan harta benda yang musnah. Di Malaysia kita digemparkan dengan isu syafiah, insan kecil yang meninggal akibat perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Peristiwa ini diberi tumpuan khas dalam akhbar bagi mendedahkan perbuatan yang telah berlaku dalam masyarakat kita, melayu, khasnya. Walaupun berbagai berita dan perspektif diberikan kepada kita berkaitan dengan kedua-dua pasangan tersebut, namun kejadian tersebut adalah klimaks dalam trajedi ini.

1. Dimana pertimbangan keluarga dan masyarakat apabila mengetahui bahawa mereka tidak berkahwin sedangkan mereka masing-masing sudah punyai keupayaan tersebut. Apakah sikap mereka sendiri yang sombong menentukan kehidupan mereka dan tidak memerlukan orang ramai (termasuk ibubapa) campurtangan urusan mereka.

2. Apakah dengan kejadian ini akan memungkinkan kesedaran meluas dikalangan pasangan-pasangan seumpama ini di dalam negara kita? kadangkala terasa "mual" dengan peristiwa ini berlaku dalam masyarakat kita, dan segerakan hukuman agar mereka ini disedarkan.

3. Apakah penyebab sehingga insan kecil itu diperlakukan sedemikian rupa, berpanjangan dan diakhiri kematian. Apakah kerana kebencian, kemarahan yang tersimpan sehingga mangsa adalah anak kecil itu ataupun memang sudah tidak siuman lagi?

4. Apapun, sudah pasti puncanya memang banyak dan sudah dijangka. Yang ada penyesalan dari semua pihak.Yang ada tangisan yang merupakan sementara. Sekarang mereka menunggu hukuman dari sudut undang-undang, masyarakat dan agama. Kita akan mendapat lagi cerita-cerita sensasi mengenai mereka.

5. Saya terfikir apakah yang akan terjadi kepada ribuan anak-anak seumpama Syafiah ini, menderita tetapi tidak diakhiri dengan kematian? Apakah mereka apabila besar dapat menjadi insan yag lebih baik atau terus menyimpan dendam untuk generasi yang akan datang? Apakah kta boleh menghentikan perbuatan ini berlaku lagi dalam masyarakat kita?


Monday, February 22, 2010

Buang Anak?

Mencari jawapan bagi menyelesaikan masalah buang anak ini, sudah berbuih, bak kata pepatah. Isu ini bukannya perkara baru dalam negara ini, tapi sejak kebelakangan ini perbuatan ini menunjukkan sikap kejam yang luarbiasa. Selalunya kita dapati , bayi itu diletakkan ditemat yang mudah ditemui, tetapi fenomena ini berubah menjadi 'mimpi seram" bagi ibu-ibu dan orang ramai.

Namun dalam melihat isu ini, kita tidak lari merungkai punca permaslahan daripada berbagai pihak. Pasangan muda itu sendiri, sikap keluarga, sikap orang ramai, persekitaran, tiada didikan agama, tiada berpelajaran, terlalu dibuai nafsu, terjebak dari tpu daya lelaki, dan apa-apa shaja difikirkan lojik, iklan dan media yang melampau dan boleh berlaku.

Begitu juga dengan menyelesaikan masalah tersebut; ada mencadangkan tubuh rumah tumpang untuk mereka, sediakan kaunseling, perbanyakkan program, tingkatkan didikan agama, sekat media, tutup tempat-tempat maksiat, masjid dibuka untuk kaunseling, bantuan online, dan macam-macam cadangan difikirkan sesuai bagi mereka.

Bagi mereka yang insaf ( sudah mengandung) dan diletakkan dalam tempat perlindungan, apabila ditanya, menyesal perbuatan sendiri, tertipu oleh teman, dibuang ibu bapa, tiada yang sedia membantu, hilang pedoman, ketagih dadah, dan macam-macam lagi.

Saya nyatakan semua ini, sebenarnya kita hadapi dari masa kesemasa dan itulah semua kumpulan permasalahannya, jawapannya, cadangannya...tapi ia akan terus berlaku. Kerana apa, kerana kita lupa bahawa kita tidak dapat lari kenyataan bahwa kita tidak pernah perihatin (concern) diantara satu sama lain. "We are strangers". Kita tidak lagi mengenali antara satu sama lain. Maka kita bebas melakukan apa saja asalkan kita berasa puas mengikut kepuasan kita sendiri....