Sejarah tanah Mesir ini penuh peristiwa berdarah. Berpindah dari pemerintah yang zalim sejak dahulu sehingga sekarang. Yang dinamakan zalim ini merujuk kepada kelakuan sekelompok manusia yang menjadi elite pemerintah dengan menggunakan kuasa tentera @ polis dan menggunakan kekerasan , penipuan dalam usaha menguasai tampuk pemerintah.
Menguasai tampuk pemerintah bermakna peluang untuk mengaut keuntungan harta negara untuk kekayaan sanak saudar dan kroni-kroninya. Tiada usaha untuk meningkatkan kemajuan negara, tiada usaha untuk meningkatkan pendidikan rakyat, tiada usaha untuk mengurangkan kemiskinan. Yang ada peluang untuk syarikat multinasional yang menjadi nasihat kepada pemerintah tentang ekonomi dan mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya dengan perahan titik peluh rakyatnya sendiri.
itu zalim? belum lagi....mereka tidak puas dengan itu. mereka akan menggunakan segala kekuatan yang ada bagi memastikan peluang kepada penentang atau pembangkang untuk bersuara melalui saluran politik dapat dihapuskan. Atau mereka akan membuat tuduhan rekaan seperti pengganas untuk memmudahkan kerja penghapusan (pembunuhan secara senyap). Sekiranya mereka bersuara , berdemonstrasi sudah pasti padah yang lebih besar akan menunggu.
ITU ZALIM....
Menentang mereka yang zalim sudah menjadi kewajipan. Bagi rakyat Mesir Muslim, sedar akan tanggungjawab ini. Kesediaan mereka menentang kezaliman kepimpinan mereka dengan cara yang bersuara dan berdemonstrasi bagi menghormati nyawa insan sesama Islam. Tetapi kuasa yang zalim, melihat ini sebagai peluang untuk menghapuskan suara-suara demokrasi ini.
Allah berfirman, يَا عِبَادِي : إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا ، فَلَا تَظَالَمُوا ،
Wahai hamba2Ku, Sesungguhnya Aku telah menghramkan kezaliman ke atas diriKu dan Aku jadikan ia haram antara sesama kamu sekelian, maka janganlah kamu saling zalim menzalimi…” SahiH Muslim, dari Abu Zarr.
Rebellion to tyrants is obedience to God. JOHN BRADSHAW, inscription on his tombstone
Akhirnya pertembungan diantara haq dan bthil ini tidak berkesudahan di Timur tengah. Cara penyelesaian mengikut sejarahnya penuh dengan darah. Semoga mereka berada dalam ketabahan untuk beroleh kemenangan.