Wednesday, May 27, 2009

Mat rempit, Samseng jalanan

Kadang-kadang pelik juga, kenapa mat rempit menjadi perhatian ? Kalau mereka ingin naik dgn cara mereka, ditengah jalan,atau semasa orang ramai menunggu bas,apabila ramai wanita (utk perhatian)..biarkan. Kalau mereka jatuh, dan cedera sebagainya, hantar saja ke hospital. Mungkin masyarakat kita risau ianya juga berkaitan dengan mat snap..peragut, tapi saya rasa mat snap ni memang kerja dia, kebarangkalian mereka merempit kurang sebab mereka bukan bukan dari golongan tersebut.
Ada yang mengadu, apa boleh buat dengan mereka, tiada undang-undsng, tangkap kemudian masuk jel, lepas dengan motor-motor sekali, esok buat lagi. Sebab itu, setiap kali tangkapan mereka diuji air kencing manalah tau boleh disabitkan dengan kes lain.
Golongan ini, bersifat sementara, kalau dilayan makin menjadi. Jadi hero pulak. Beri macam-macam tak jadi, biarkan, bila dah meningkat umur dan tanggungjwab mereka akan berubah dan orang lain ambil alih, dan ianya berterusan.
Cuma yang menjadi fokus kita ialah sekiranya mereka melakukan lumba haram, sudah melibatkan wang dan wanita menjadi pertaruhan. Tambah lagi jika mereka terlibat dengan dadah, minum arak, bohsia, gengterism maka mereka mesti diambil tindakan undang-undang sewajar. Jika disabit, motor mereka mesti dirampas. Jika pihak berkuasa fokus kepada ketua kumpulan ini, dan aktiviti yang melanggar undang-undang dan dihiglightkan, gejala buruk ini tidak akan berkembang, dan lama-kelamaan orang muda akan malu untuk mengikutnya.
Dalam kajian, lebih 60% mat rempit ini masih tinggal dengan ibubapa, dan keluarga juga harus diberi perhatian oleh kaunselor polis, bagaimana mereka dapat menngawal awal pergerakan mereka. Jadilah ibubapa SAZALI...(cerita p ramlee)
Yang malang lagi, filem seumpama ini "mat rempit, KL Drift, bohsia" dah bertambah, lebih mengajar/galakan dari memberi pengajaran. Mungkin kita tersasar fokus dalam mencari menyelesaikan..kita yang membuat mereka bertambah dan menjadi gagah.

Thursday, May 21, 2009

SATU MALAYSIA: BELIA BERWAWASAN, PENGGERAK KEJAYAAN

Belia yang semakin mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat. Apa yang berlaku dalam dunia belia akan diperbincangkan secara mendalam oleh semua golongan. Bukan sahaja di negara ini, malah ianya menjadi agenda dalam semua negara. Semua menyedari bahawa generasi belia adalah aset negara dan perlu diberi persediaan, perlindungan serta hala tuju yang sebenar dalam menjamin kestabilan dan kemajuan sesebuah negara tersebut. Dengan itu, kerajaan telah berusaha sedaya upaya memenuhi cita rasa generasi belia yang menerajui negara kita pada masa akan datang.

Jikalau visi 2020 merupakan satu wawasan (vision) strategik jangka panjang sebagai panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya. Ianya juga bertujuan untuk menjadi pandu arah, sasaran (target) dan mempunyai jangka masa tertentu untuk mencapainya.
Wawasan ini perlu bagi membolehkan generasi muda jelas akan tujuan hidupnya. Mereka yang tidak mempunyai tujuan dalam hidupnya akan mudah dipengaruhi dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya, keluarga, masyarakat dan negaranya.

Belia Berwawasan


Generasi berwawasan akan menjadikan negara kita mempunyai satu masyarakat yang tahu hala tuju, komited dengan matlamat serta mampu menghadapi apa jua rintangan demi mencapai impian tersebut. Generasi berwawasan juga mampu meletakkan tahap pencapaiannya, dan jangkamasa untuk beroleh kejayaan. Oleh kerana itu, YAB Perdana Menteri menggariskan wawasannya bagi membolehkan kita sama-sama mendokongnya demi survival umat, demi survival negara, demi kelangsungan bangsa Malaysia pada masa akan datang.
YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, menyatakan secara tegas bahawa ”Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”, telah memulakan era baru dalam menganjak paradiqma rakyat. Kita harus memulakan langkah baru, setelah berhadapan dengan kecelaruan politik serta kekusutan maklumat sehingga mengganggu keamanan, keharmonian serta perpaduan rakyat Malaysia. Beliau menyedari kekuatan bangsa Malaysia dengan menyatakan ;
”`Malaysia unik kerana kepelbagaian kita dan berharap kita dapat mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.
YAB menggariskan 8 nilai dalam menjadikan SATU MALAYSIA ialah Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Penerimaan, Pendidikan, Intergriti, Kesetiaan, Kerendahan hati dan Meritokrasi. Nilai ini bukan sahaja untuk dihayati, malah beliau dan kerajaan baru ini sedang melakukan perubahan besar dengan nilai dasar pentadbiran dan perlaksanaannya.
Nilai-nilai ini bukanlah suatu yang sukar untuk dihayati serta dijadikan dasar dalam pembentukan generasi belia. Ianya juga bukanlah suatu yang janggal untuk dijadikan budaya sesuatu bangsa. Namun, ianya tidak seharusnya diambil mudah serta harus ditanam kepercayaan dalam diri akan nilai-nilai ini sebenarnya berupaya membangunkan belia itu sendiri dan seterusnya nilai-nilai tersebut dapat dijelmakan dalam pembinaan negara. Apakah generasi kita mampu dan bersediakah kita ?

Menanam nilai dalam generasi belia adalah satu proses dan merupakan perjalanan yang panjang dan memerlukan semua pihak dalam mendokong misi besar ini. Proses ini ini memerlukan kesabaran dan komitmen. Usaha yang bersungguh-sungguh amat perlu untuk menjadikan generasi belia kita dapat menghayati serta menjadikan nilai ini sebagai perisai yang menguasai diri mampu membina negara dengan lebih cemerlang dan menempis segala cabaran-cabaran yang mendatang.

” Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik. Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.”
Dalam sedutan ucapan YAB Perdana Menteri, kita dapat rasakan bagaimanakah rasa keperihatinan beliau dan kerajaan yang ada sekarang terhadap generasi belia. Rasa ini harus juga dipertanggungjawabkan kepada seluruh kepimpinan belia agar bersedia memikul beban menyedarkan generasi belia akan persediaan yang perlu ada /miliki bagi mereka .


Cabaran-cabaran


Namun begitu, terletak dibahu generasi muda ini, cabaran-cabaran yang menguji generasi terutamanya dalam arus negara yang sedang menuju kemajuan;


Bagi mengujudkan generasi baru yang mempunyai impian yang sama. Impian untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang aman, bersatupadu, selamat, bertolenrasi dan bekerjasama demi negara. Impian ini harus dikongsi perlaksanaanya. Tidak ada maknanya kita tidur sebantal, sekiranya mimpi kita berlainan. Kita tidak mampu berjalan lebih jauh lagi sekiranya, negara dalam keadaan tidak stabil, kucar kacir. Sejarah telah membuktikan bahawa tidak ada sebuah negara akan berjaya sekiranya negara itu tidak stabil.
Menjadi generasi yang mempunyai jatidiri yang tinggi, jiwa yang merdeka dari belenggu keburukan budaya barat yang bebas nilai. Mempunyai jatidiri tidak membawa erti ketinggalan arus kemodenan, ianya sebenarnya mengikat kita dengan nilai yang sememang sesuai dengan citarasa budaya dan nilai masyarakat kita. Kita lihat negara seperti Jepun dan China yang sentiasa menjunjung tinggi akan jatidiri mereka dan terus maju dalam kemodenan.
Menanam semangat patriotism yang tinggi kepada negara. Semangat ini perlu ada dalam jiwa sanubari generasi muda. Semangat ini juga mampu membendung cabaran-cabaran yang boleh menggugat kestabilan serta keamanan dalam negara.
Mengurang keterlibatan dalam gejala sosial yang serius. Keterlibatan mereka dalam penyalahgunaan dadah, lumba haram (mat rempit), seks bebas, alkoholism dan lain-lain. Keterlibatan mereka dalam gejala sosial akan membantutkan pembangunan insan dalam negara dan membawa kelemahan dalam bangsa tersebut. Untuk menyatakan kita mampu ke arah ”zero problem” , adalah sesuatu mustahil tetapi mengurangkannya adalah usaha yang berterusan dan usaha yang sungguh-sungguh daripada generasi belia itu sendiri.

Membina keyakinan dan daya saing yang tinggi di kalangan generasi belia. Belia harus diangkat potensi mereka dan menyedarkan mereka akan peluang serta cabaran yang akan mereka hadapi dalam abad ke 21. Mereka harus mampu melonjakkan potensi diluar lingkuan biasa dan lebih kreatif dalam sesuatu usaha agar dapat menyaingi arus globalisasi.
Dengan itu pembangunan belia untuk masa depan mestilah berasaskan pembangunan belia komuniti atau community youth development yang menekankan tiga matlamat penting iaitu bebaskan mereka daripada permasalahan, mempastikan kesediaan belia menghadapi masa depan dan menggalakkan keterlibatan belia dalam persekitaran komuniti di mana mereka berada.

Penggerak Kejayaan.

Sememangnya belia yang mempunyai hala tuju yang jelas, serta mempunyai jatidiri yang mantap akan menjadi penggerak utama kejayaan negara. Sekiranya kita mampu menjadikan agenda belia glokal, dimana belia kita berfikiran global (think global) dan bertindak secara loca (local act), kemungkinan mereka mampu bergerak lebih jauh lagi.
Dengan persekitaran yang aman serta peluang dan kemudahan kerajaan berikan, sudah pasti, dan saya yakin generasi belia akan mudah mencapai impian dan menjadi pemacu utama dalam pembangunan negara. Semuanya bermula dengan pemikiran yang jelas.
Belia glokal mesti mempunyai daya saing yang tinggi agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di peringkat antarabangsa. Persaingan dalam bentuk keilmuan, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya memerlukan jatidiri yang tinggi, nilai yang kuat, daya tahan yang kental, dan nilai spiritual yang tinggi. Mereka tidak akan boleh membuat perubahan dan bersaing sekiranya mereka sendiri tidak memulakan perubahan dalam diri mereka sendiri.
Sebagai penggerak, kita harus sentiasa perihatin dengan alam sekeliling kita. Kita hidup dalam masyarakat, umpama resam padi, semakin berisi, semakin tunduk” membawa maksud walaupun kita sudah berjaya, sepatutnya kita harus bersyukur dan rendah diri, kerana kejayaan kita bukanlah hasil usaha kita semata-mata, tetapi pengorbanan keluarga serta peluang yang diberikan kepada kita. Seharusnya kita menjadikan hasil ini sebagai pemangkin kepada sumbangan kita terhadap generasi belia yang akan datang serta negara.