Tuesday, March 02, 2010

Bunuh Anak?

Di Europe, sibuk dengan kisah ribut Xynthia mengakibatkan banjir dan kerosakan tanaman manakala di Chile, kita digemparkan dengan gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa dan harta benda yang musnah. Di Malaysia kita digemparkan dengan isu syafiah, insan kecil yang meninggal akibat perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Peristiwa ini diberi tumpuan khas dalam akhbar bagi mendedahkan perbuatan yang telah berlaku dalam masyarakat kita, melayu, khasnya. Walaupun berbagai berita dan perspektif diberikan kepada kita berkaitan dengan kedua-dua pasangan tersebut, namun kejadian tersebut adalah klimaks dalam trajedi ini.

1. Dimana pertimbangan keluarga dan masyarakat apabila mengetahui bahawa mereka tidak berkahwin sedangkan mereka masing-masing sudah punyai keupayaan tersebut. Apakah sikap mereka sendiri yang sombong menentukan kehidupan mereka dan tidak memerlukan orang ramai (termasuk ibubapa) campurtangan urusan mereka.

2. Apakah dengan kejadian ini akan memungkinkan kesedaran meluas dikalangan pasangan-pasangan seumpama ini di dalam negara kita? kadangkala terasa "mual" dengan peristiwa ini berlaku dalam masyarakat kita, dan segerakan hukuman agar mereka ini disedarkan.

3. Apakah penyebab sehingga insan kecil itu diperlakukan sedemikian rupa, berpanjangan dan diakhiri kematian. Apakah kerana kebencian, kemarahan yang tersimpan sehingga mangsa adalah anak kecil itu ataupun memang sudah tidak siuman lagi?

4. Apapun, sudah pasti puncanya memang banyak dan sudah dijangka. Yang ada penyesalan dari semua pihak.Yang ada tangisan yang merupakan sementara. Sekarang mereka menunggu hukuman dari sudut undang-undang, masyarakat dan agama. Kita akan mendapat lagi cerita-cerita sensasi mengenai mereka.

5. Saya terfikir apakah yang akan terjadi kepada ribuan anak-anak seumpama Syafiah ini, menderita tetapi tidak diakhiri dengan kematian? Apakah mereka apabila besar dapat menjadi insan yag lebih baik atau terus menyimpan dendam untuk generasi yang akan datang? Apakah kta boleh menghentikan perbuatan ini berlaku lagi dalam masyarakat kita?