Tuesday, July 04, 2006

Majlis Belia Malaysia 2006-2008

Tamat sudah Mesyuarat Agung Tahunan MBM kali ke 56 yang diadakan di Bukit Merah LakeTown Resort, Perak. Mesyuarat kali ini memberi makna kepada barisan kepimpinan kerana tokoh-tokoh yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Selangor (sudah pastilah, Presiden MBM) dan tokoh-tokoh belia dari Negara Asean termasuk Korea dan Monggolia. Isu yang penting termasuk Akta dan Auku. MBM mendesak agar KBS mesti mengambil perhatian serius dengan permintaan MBM sebagai badan Belia tertinggi dalam Negara. Rupa-rupanya, amukan Presiden MBM, membuahkan hasil. TPM merasakan terpanggil untuk memberi perhatian sehingga memuas hati perwakilan yang hadir. Tahniah kepada YAB Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo, bersedia membuka gelanggang untuk rakan-rakan seperjuangan yang lain dapat meneruskan perjuangan.

Dalam mesyuarat tersebut pemilihan AJK MBM baru telah diadakan. MBM mendapat Presiden baru, Sdr Shamsul Anuar Nasarah ( walaupun MB Perak tersasul nama beliau) dan Timbalan , YB Dato Idris, Naib-Naib Presiden, Sdr Nasaruddin, Azizuddin, dan Ng Chin Loong dan SUA, Sdr Tajuddin. Inilah barisan yang meneraju kepimpinan MBM yang akan datang. Muga-muga kita mendapat sokongan yang kuat dari semua perwakilan.

Saya bersyukur kepada Allah swt diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam pembangunan insan dengan terpilihnya saya sebagai NAIB PRESIDEN MBM 2006 – 2008. Saya berharap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk generasi belia di Negara ini dengan bantuan rakan-rakan semua.

Too Much, Too Fast

Apabila Menteri Pelajaran membuat satu lagi lonjakan dalam sistem pendidikan kita iaitu dengan memulakan pendidikan pelajar dari peringkat 2 setengah tahun lagi (ada yang baru lepas menyusu), kita mula berfikir “wow that’s great”. Maklumlah untuk mengejar cita-cita membangunkan modal insan menuju K-sosiety. Menteri Pelajaran ni memang terkenal dengan absorption of ideas. Banyak yang beliau ingin lakukan demi kebaikan kita semua, tapi saya masih terfikir apakah kia ada kemampuan melaksanakannya. Kita khuatir, staf kementerian pelajaran akan menghabiskan umur untuk berbincang, berkursus, pergi hotel sini, pergi hotel sana akhirnya kerja tak sempurna kerana bincang lebih dari kerja. Bak kata orang umno "Banyak Announcement"

Ini adalah kekuatiran kita. Banyak perkara yang masih belum selesai. Sikap pelajar semakin ganas, “drop out school still alarming” , guru masih berkurangan dan mismatch, bahasa Inggeris yang masih mengganggu pembelajaran anak-anak bangsa, pengangguran di kalangan graduan bak kata orang putih “still many things to do lah”.

Kita berharap perubahan ini sesuai dengan tenaga kerja yang hendak melaksanakannya. Maklumkan menteri orang politik, jarang kekal lama dalam satu-satu kementerian, datang orang baru, lain pula gaya dan ideanya. Susah nak teruskan idea orang lain, apatah lagi tidak dapat berfikir macam orang terdahulu. Akhirnya usaha yang dibuat tinggal kenangan, yang susah pelaksana yang turun naik hotel berkursus. Tapi elok juga dapat buat kerja dalam hotel.

Too Much, Too Fast, Too Furius