Thursday, June 22, 2006

War is criminal ? - This is reality

Did you know that more than 200 million died in conflicts of the 20th century?
  • 50 mil during the WW2, of which 28 mil were civilians.
  • 3.5 mil died durig the vietnam war, 2.5 mil were civilians.
  • 1 million died during the Iran Iraq war.
  • 200,000 dead in the Gulf state.
  • more than 380,000 dead in the Iraq conflict and still counting.
  • armed conflict (1987-1997) 2 mil children killed; 4.5 mil children disabled, 12 mil children homeless, 1 mil children displaced.
  • 89% of all refugess and displaced persons globally are women and children.
  • rape is consciously used as a tool of genocide and weapon of war.
  • 70% of the 1.2 billion people living in desperate poverty are female.
  • 20,000 bosnian women were raped during the balkan war between 1992 and 1995.
  • one of six women under taliban controlled Afghanistan tried to commit suicide.
  • 500,000 Rwandese women were raped un the 1994 genocide.

Tuesday, June 13, 2006

Menggerak Belia

Disini mula semangat baru
Demi perjuangan yang dituju
Mempertingkatkan ilmu didada
Cekalkan kekuatan minda
Dan keikhlasan jiwa mulia
Menggerak belia

Biar beza kaum dan agama
Biar rintangan yang menduga
Kami belia Malaysia
Berikrar setia ke akhirnya

Terkini dengan inovasi
Mempertahankan jati diri
Inilah satu gerakan massa
Berganding bahu seluruh Negara
Rasakan bahang kehangatannya
Menggerak belia

Inilah kata-kata (lagu tema MBM) yang perlu diberi perhatian oleh golongan belia sekarang. Istilah semangat baru, perjuangan, ilmu, ikhlas, rintangan, setia, jati diri, inovasi, bergading bahu untuk menggerakkan belia harus disemat di dalam gerakan belia. YAB Dato Seri Dr.Mohd Khir Toyo, Presiden MBM telahpun menyatakan kesediaan beliau untuk berundur bagi membolehkan generasi baru kepimpinan membawa obor perjuangan membela nasib belia Negara. Ini semangat yang ditanam oleh beliau kepada pewaris kepimpinan belia pada masa akan datang. Bukan mudah mendapat pemimpin berjiwa besar seperti beliau. Beliau akan dikenang sebagai penggerak belia dalam kepimpinan Majlis Belia Malaysia. Syabas, jasamu tetap menjadi ingatan kami semua.

Monday, June 12, 2006

Apabila Dua Gajah Bergaduh, Kancil Mati Tersepit.

Bukanlah menjadi suatu rahsia lagi ketidaksefahaman diantara YAB PM dan bekas PM . walaupun ia telah menjadi bualan semasa tetapi baru-baru ini ianya diambil secara serius oleh media untuk paparan massa. Akhirnya ramai yang tahu, dan membuat spekulasi yang sensasi. Yang kita tahu, akhbar mendapat keuntungan yang besar dengan berita ini. Yang rosak rakyat yang semakin keliru dan berpecah. Bukan soal siapa benar, tetapi siapa salah.

Sebagai orang yang terlibat dalam NGO dan rujukan perbualan massa, saya merasakan bahwa pergolakan individu dalam politik tidak seharusnya diambil kesempatan oleh individu dan sekumpulan orang terutama orang luar untuk merancang sesuatu. Pergolakkan sebegini adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik, atau negara. Kritik serta berbeza pandangan adalah biasa dan seharusnya ditangani dengan bijaksana. Ia tidak mendatangkan apa-apa keuntungan dan selalunya di Malaysia perkara sedemikian akan selesai.

Yang rosak sekiranya fraction dalam umno, berlumba-lumba mengumpulkan orang-orang setia untuk menandingi antara satu sama lain. Berlumba-lumba menyekat orang lain dalam menjalankan tugas. Berlumba-lumba untuk menyekat laba (projek kerajaan) untuk kesenangan ‘orang-orang mereka’. Dan rakyat tidak lagi menjadi fokus dan tujuan pemerintah. Yang sengsara semakin bertambah, yang miskin papa kedana, yang tertindas semakin tercekik, tak ada yang untung kerana kerenah orang politik. Lihatlah sejarah, pergaduhan orang politik sebenarnya menggunakan rakyat untuk turut berada dalam polemic mereka.

Ternyata akhbar tidak perlu lagi memsensasikan isu-isu sedemikian. Walaupun menguntungkan, mereka sebenar turut mempunyai agenda kepentingan peribadi atau sokongan kepada pihak-pihak tertentu. Saya rasa banyak jalan-jalan penyelesaianya tetapi biarlah yang menang ialah kestabilan, keamanan, dan terbelanya rakyat.